Anda di halaman 1dari 6

Hari Tarikh Masa Mata pelajaran Tahun Bil.

Murid Tema Tajuk Hasil Pembelajaran : Fokus Utama :

: Khamis : 18 April 2013 : 11.10 12.10 ( 60 minit) : Bahasa Melayu : 4 Cemerlang : 37 orang : Pengalaman Indah : Pengalaman di Gunung Machincang

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 i. Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan:

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Aras 1 ii. Mengemukakan soalan dengan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk mendapatkan maklumat.

Objektif

: Pada akhir pembelajaran murid akan dapat: a) Membaca teks yang diberikan oleh guru dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu. b) Menjawab soalan berdasarkan teks yang telah dibaca secara lisan dengan berbincang dengan guru. c) Menulis 3 daripada 5 jawapan yang betul dalam lembaran kerja yang telah diberikan oleh guru.

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa Pengisian Kurikulum Ilmu

: Bertutur, membaca dan menulis. : Ayat Tanya, Ayat Penyata

: Geografi, Kajian Tempatan

Nilai

: Patriotisme, Kesyukuran, Rasional, Rajin

Kemahiran Bernilai Tambah( KBT) Kemahiran Berfikir : Mengingat kembali, mengenal pasti idea, menjana idea, menganalisis. Kemahiran Belajar : mencari maklumat Kecerdasan Pelbagai : verbal linguistik, interpersonal

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari tentang soalan dengan kata tanya dan tanpa kata tanya.

Bahan : Komputer riba, projektor LCD, video Gunung Machincang, video Cuticuti Malaysia, petikan teks, kapur, papan hitam.

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Tayangan video tentang Gunung Machincang

1) Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengalaman mereka bercuti di Langkawi. 2) Guru menayangkan video tentang Gunung Machincang di hadapan kelas. 3) Murid diminta melihat tayangan video dengan teliti. 4) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

BSPP : Laptop, LCD, video. KB : Mengingat kembali. TKP : Verbal linguistik, interpersonal. Nilai murni : Patriotisme.

Langkah 1 (15 minit)

Bercerita tentang pengalaman bercuti di serata tempat secara lisan di hadapan kelas.

1) Murid yang pernah bercuti diminta menceritakan tentang pengalaman mereka itu secara lisan di hadapan kelas. 2) Murid-murid lain diminta mendengar cerita rakan mereka dengan teliti dan mengingat apa yang

BSPP : Laptop, LCD, video.

KB : Mengenal pasti idea, menjana idea, mengingat kembali.

diceritakan oleh rakan TKP :

mereka. 3) Murid yang terpilih diminta menceritakan kembali pengalaman rakan mereka tersebut di hadapan kelas. 4)Guru menayangkan video tentang Pulau Langkawi.

Verbal linguistik, interpersonal.

Nilai murni : Kesyukuran.

Langkah 2 (15 minit)

Membina soalan dan bertanya mengenai perkara yang ingin diketahui tentang Gunung Machincang secara lisan.

1) Guru memaparkan beberapa keping gambar berkaitan dengan Gunung Machincang pada slide power point yang ditayangkan di hadapan kelas. 2) Setiap murid dikehendaki membina soalan mengenai perkara yang ingin diketahui berkaitan Gunung Machincang berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 3) Murid yang terpilih diminta bertanya tentang soalan yang telah dibina kepada guru secara lisan.

BSPP : Laptop, LCD, power point, gambar.

KB : Menjana idea.

TKP : Verbal linguistik, interpersonal.

Nilai murni : Rasional.

4) Guru memberikan jawapan kepada soalan yang ditanya oleh murid secara lisan. 5) Murid yang terpilih diminta mengulang kembali jawapan yang telah diberikan oleh guru secara lisan.

Langkah 3 (20 minit)

Membaca teks secara individu serta menjawab soalan berdasarkan teks yang telah dibaca.

1) Murid diminta membaca teks yang telah diberikan oleh guru secara individu. 2) Guru membetulkan bacaan murid semasa murid membaca. 3) Murid diminta membaca soalan yang diberikan oleh guru dalam lembaran kerja secara lisan. 4) Guru berbincang dengan murid jawapan yang betul bagi setiap soalan. 5) Murid menulis

BSPP : Teks, lembaran kerja.

KB : Menganalisis.

TKP : Verbal linguistik, interpersonal.

BCB : Mencari maklumat.

Nilai murni : Rajin.

jawapan yang betul dalam lembaran kerja yang telah diberikan.

Penutup (5 minit)

Tayangan video dan nyanyian lagu Cuti-cuti Malaysia.

1) Guru membuat rumusan tentang tajuk pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini. 2) Guru menayangkan video lagu Cuti-cuti Malaysia. 3) Murid melihat tayangan video yang ditunjukkan dan menyanyi bersama-sama.

BSPP : Laptop, LCD, video.

TKP : Verbal linguistik.

Anda mungkin juga menyukai