Anda di halaman 1dari 1

assalamualaikum w.b.k. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Pengerusi Majlis.

Yang berusaha Encik Ngamidoon B Abbas, Guru Besar SK Kg Sawah, barisan guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Hadirin sekalian, Pertama kali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kepercayaan mewakili rakan-rakan dalam menyampaikan ucapan wakil pelajar sekolah kebangsaan kampong sawah dalam majlis perpisahan Puan Naziah Bt Zailani ini. Seterusnya, saya bagi pihak semua murid ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada cikgu Naziah yang telah mendidik kami. Sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam, daripada kami tidak mengenal huruf, sehinggalah kami dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendak terutamanya dalam bahasa melayu,membuat karangan yang mapan, begitu juga dengan teknik berlari dengan betul,melompat dengan betul, dan macam-macam lagi. Pada kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan. Selain itu, sebagai wakil bagi semua murid kami juga memohon maaf, sekiranya kami tidak dapat memenuhi tugasasn yang diberikan dengan cemerlang sebagaimana yang diharapkan. Akhir kata, kami akan senantiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan cikgu walau di mana cikgu berada, jasa dan bakti cikgu akan kami sanjungi dan kami ingati sepanjang hayat kami. Hanya Allah sahajalah yang membalas segala pengorbanan guru-guru itu. Sekian, wasalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai