Anda di halaman 1dari 7

Muka : 1 drp : 7 No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN No.

& TAJUK TUGASAN SK-2021 : A) KERJA, TENAGA DAN KUASA


TASK 01.01 Kerja TASK 01.02 Tenaga TASK 01.03 Kuasa TEMPOH : 6 jam
Code No. : SK-2021 KP 1

TEMPAT : Bilik Kuliah

Muka : 1 drp. : 9

TAJUK : KERJA, TENAGA DAN KUASA

TUJUAN: Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai konsep asas Kerja, Tenaga dan Kuasa serta ciri-cirinya. PENERANGAN:
1.01 1. KERJA Kerja , W ditakrifkan sebagai hasil darab daya, F dengan sesaran, s yang dilalui pada arah daya itu.

W=Fxs 2. Unit S.I bagi kerja ialah joule (J). 1 joule ialah kerja dilakukan apabila daya 1 newton (N) menggerakkan sesuatu jasad sejauh 1 meter (m) pada arah daya itu. 3. Kerja adalah kuantiti skala kerana kerja mempunyai magnitud sahaja. Daya dan sesaran pula adalah kuantiti vektor kerana kedua-dua daya dan geseran itu mempunyai magnitud dan arah Contoh 1 ( Jarak dilalui pada arah selari dengan arah daya ) Blok kayu 5kg ditolak secara mengufuk di atas permukaan rata kasar yang mempunyai daya geseran 10N sejauh 50cm. Kemudian blok kayu diangkat secara mencancang setinggi 2m. Hitung kerja yang dilakukan semasa blok kayu a) digerakkan secara mengufuk b) digerakkan secara mencancang

2m

50 cm

kasar

Code No. SK 2021 KP1 Penyelesaian : a) Kerja yang dilakukan dalam gerakan mengufuk = Daya mengufuk x Sesaran mengufuk = 10 N x 50 m 100 = 5J b) Kerja dilakukan dalam gerakan mencancang = Daya mencancang x Sesaran mencancang = Berat blok kayu x Sesaran mencancang = ( 5 x 10 ) N x 2 m = 100 J Contoh 2

Muka : 2 drp : 7

( Jarak dilalui pada arah yang berlainan daripada arah daya tetapi bukan serenjang dengannya ) Satu objek X yang berjisim 5kg ditarik sejauh 3m di atas permukaan rata yang licin oleh daya 50N seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Jika sudut yang didirikan oleh daya dan sesaran adalah 60 , berapakah kerja yang dibuat ?
50 N 5 kg 60 2m 60 50 N

Penyelesaian : Sesaran secara mengufuk = 3 m Komponen daya secara mengufuk = 50 x kos 60 = 25 N Kerja yang dilakukan Komponen daya = Secara mengufuk = 25 x 3 = 75 J

Sesaran secara mengufuk

Code No. SK 2021 KP1 Contoh 3

Muka : 3 drp : 7

Seorang mengangkat satu beban yang berjisim 5kg setinggi 3m mencancang ke atas. Berapakah a) kerja yang dilakukan oleh orang itu ? b) tenaga diperlukan untuk mengangkat beban ?

Penyelesaian : a) Kerja dilakukan = F x s = ( 5 x 10 ) N x 3 m = 150 J b) Tenaga diperlukan = Kerja dilakukan = 150 J

Code No. SK 2021 KP1 1.02 KUASA

Muka : 4 drp : 7

1. Kuasa, P ditakrifkan sebagai kadar melakukan kerja P = kerja = W Masa t Oleh sebab kerja dikaitkan dengan perubahan bentuk tenaga, maka kuasa, P juga ditakrifkan sebagai kadar perubahan tenaga 2. Unit S I bagi kuasa ialah Watt ( W ). 1 watt adalah kuasa apabila 1 joule kerja dilakukan dalam masa 1 saat. Unit yang lebih besar bagi ukuran kuasa ialah kilowatt ( kW ) dan megawatt (MW). 1 kW = 103 W dan 1 MW = 106 W. 3. Perkaitan antara kuasa, daya dan halaju Kuasa = Kerja Masa = Daya x Sesaran Masa = Daya x Sesaran Masa = Daya x Halaju P = F x s

Contoh 1 : Seekor monyet berjisim 5 kg memanjat sebatang pokok kelapa setinggi 3 m dalam masa 20 saat. Berapakah kuasa yang dijanakan oleh monyet itu ? Penyelesaian : Kuasa monyet = Kerja Masa = 7.5 W = ( 5 X 10 ) N x 3 m 20

Code No. SK 2021 KP1

Muka : 5 drp : 7

1.03

TENAGA

1. Tenaga ditakrifkan sebagai keupayaan melakukan kerja. 2. Unit SI bagi tenaga ialah joule (J). 3. Ciri-ciri utama tenaga adalah: a) tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, iaitu tenaga diabadikan. b) tenaga wujud dalam pelbagai bentuk seperti tenaga keupayaan, tenaga kinetik, tenaga haba, tenaga cahaya dan sebagainya. c) sebarang kerja yang dilakukan adalah dikaitkan dengan perubahan bentuk tenaga. Tenaga Kinetik 1. Tenaga kinetik ialah tenaga yang dipunyai oleh sesuatu jasad disebabkan oleh gerakannya. Tenaga Kinetik = 1 mv 2 di mana m ialah jisim jasad dan v ialah halaju jasad. 2. Katakan satu jasad yang berjisim m dikenakan satu daya malar, F sejauh sesaran, s. Jika jasad itu bermula dari keadaan pegun dan berakhir pada halaju, v dengan pecutan, a, maka kerja yang dilakukan ke atas jasad, W = Fs. 3. Oleh sebab tiada bentuk tenaga lain diahsilkan, maka semua kerja yang dilakukan ke atas jasad itu telah ditukarkan kepada tenaga kinetik iaitu, Tenaga kinetik bagi jasad, T.K = Fs Mengikut formula, F = ma, Maka T.K = (ma)s 4. Dari persamaan gerakan dengan pecutan seragam, v = u + 2as, maka T.K = m(v)s 2s = mv 2 = 1 mv 2 Contoh 5 : Hitung tenaga kinetik yang dipunyai oleh jasad x yang berjisim 500g dan berhalaju 4ms -1 Penyelesaian : T.K = 1 mv 2 500 =1 2 1000

=4J

Code No. SK 2021 KP1

Muka : 6 drp : 7

Tenaga Keupayaan 1. Tenaga keupayaan (T.U) ialah tenaga yang dipunyai oleh jasad yang disebabkan oleh kedudukan atau keadaannya. 2. Tenaga keupayaan graviti ialah tenaga yang dipunyai oleh jasad yang dipunyai oleh jasad yang disebabkan oleh kedudukannya dalam medan graviti. Tenaga keupayaan graviti = mgh Apabila m ialah jisim, g ialah pecutan graviti, dan h ialah tinggi 3. Tenaga keupayaan kenyal ialah tenaga yang dipunyai oleh jasad yang kenyal apabila jasad tersebut dimampatkan atau diregang. Tenaga keupayaan kenyal = (F1 + F2) s 2 Apabila F1 ialah daya awal, F2 ialah daya akhir dan s ialah jarak mampatan atau regangan. Hubungan antara kerja dengan tenaga keupayaan graviti

Rajah x 4. Rajah x menunjukkan objek yang berjisim m diangkat setinggi h secara mencancang. Kerja yang dilakukan adalah seperti berikut. Kerja = Daya x sesaran = Berat x tinggi diangkat = (mg) x h = mgh 5. Oleh sebab tiada bentuk tenaga lain dihasilkan, maka semua kerja yang dilakukan ke atas jasad itu akan ditukarkan kepada tenaga keupayaan graviti. Tenaga keupayaan graviti = kerja yang dilakukan = mgh

2 kg

2 kg licin 2m

Muka : 7 drp : 7

Anda mungkin juga menyukai