Anda di halaman 1dari 4

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI) PROGRAM IJAZAH SAUJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP)

TAJUK PROGRAM : PISMP AMBILAN 2012

NAMA GURU PELATIH

TAJUK KURSUS : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOD KURSUS : EDU 3105

SEMESTER

: 4

TARIKH MULA

: 19 Ogos 2013

TARIKH HANTAR : 27 Sept. 2013

Hasil Pembelajaran: 1. Menghasilkan satu rancangan mengajar yang berkesan mengaplikasikan teori, prinsip, kaedah, & metodologi yang dipelajari. 2. Menganalisis dan memahami bagaimana prinsip dan teori dapat diterapkan dalam P & P. 3. Menghasilkan bahan 2D/3D dan bahan multimedia yang menarik dan kreatif bersesuaian dengan kebolehan murid berdasarkan teori & prinsip, kemahiran teknikal serta kaedah penggendalian yang telah dipelajari. Objektif Tugasan Kerja Kursus: 1. Berkemampuan menganaslisis serta menghasilkan satu rancangan mengajar yang baik dan berkesan berdasarkan teori-teori yang telah dipelajari 2. Berkemampuan menguruskan aplikasi pengurusan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang cekap. 3. Mengenalpasti aspek-aspek prinsip dan teori yang perlu diambil kira untuk menghasilkan satu sesi P & P yang efektif. 4. Berkemampuan untuk menggabungkan pelbagai jenis media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu persembahan multimedia. 5. Berkemampuan menghasilkan ciri-ciri grafik persembahan yang baik dan menarik mengikut perspektif pengguna. 6. Berkemampuan berkerjasama mencambahkan idea-idea dan saling membantu bagi menyiapkan tugasan.

Tajuk Kerja Kursus: Anda adalah guru pelatih yang dilahirkan pada zaman TMK yang terdapat pelbagai peralatan canggih yang digunakan dalam bilik darjah. Bayangkan anda telah ditempat di sebuah sekolah yang terdapat kelengkapan TMK canggih seperti internet dan projektor LCD serta komputer dalam bilik darjah. Berdasarkan satu tajuk kecil dalam sukatan pelajaran Tahun 4-6 subjek major anda, menghasilkan satu rancangan mengajar yang lengkap untuk satu/dua waktu pengajaran yang mengaplikasi teori-teori dan prinsip-prinsip reka bentuk P&P yang anda pelajari, dalam persediaan rancangan mengajar, persembahan multimedia serta bahan bantu mengajar. Tugasan Kerja Kursus: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertujuan melahirkan guru permulaan yang dapat menguasai kemahiran mereka bentuk satu P&P dan kaedah penghasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran berkesan di sekolah pada masa akan datang. Berteraskan kepada kemahiran Teknologi Maklumat Komunikasi para guru permulaan perlu menguasainya seoptimum yang mungkin kemahiran ini agar ia membantu meningkatkan lagi profesionalisme dalam bidang pendidikan. Semasa menyediakan bahan anda perlu: a) Menunjukkan kebijakjanaan anda mengaplikasikan teori dan kemahiran dalam perancangan dan penghasilan bahan bantu mengajar. b) Menunjukkan kreativiti dan inovatif dalam menghasilkan tugasan ini. c) Menunjukkan kepelbagaian dalam mengintegrasi aplikasi teknologi maklumat. d) Menghasilkan persembahan yang baik dan sesuai diguna pakai dalam kelas berkenaan. Panduan Tugasan: 1. Bentuk kumpulan : 2 orang satu kumpulan. 2. Dapatkan silibus mata pelajaran major/opsyen. 3. Pilih tajuk kecil daripada silibus tersebut Pastikan tajuk yang dipilih tidak bertindih dengan ahli lain, serta bijak memilih tajuk yang memerlukan banyak bahan bantu mengajar, kerana sebahagian besar markah akan berdasarkan kemahiran menghasilkan dan menggunakan alat bantu mengajar. 4. Menyediakan satu rancangan mengajar bersertakan dengan catatn kaedahkaedah dan bahan-bahan yang diguna. 5. Menyediakan bahan 2D & 3D yang bersesuaian untuk P&P berkenaan. 6. Membina sebuah persembahan multimedia mengandungi: a) Tajuk b) Isikandungan 15 -20 slaid. c) Pautan bersesuaian/sumber online d) Perkongsian bahan (muatnaik) e) Imej/grafik/video yang bersesuaian & asli hasil sendiri(original). f) Pengurusan pengguna (user) yang interaktif. g) Aplikasi persembahan elektronik juga perlu dicetak dan dijilid bersama Rancangan Pengajaran. 7. Menghasilkan satu analisis berdasarkan salah satu Model Reka Bentuk Pengajaran menjelaskan setiap kaedah, media, bahan dll yang terdapat dalam rancang P&P berserta rasionel anda memilih bahan/kaedah pengajar berkenaan.

8. Menghasilkan satu rumusan persendirian mengenai pendapat anda terhadap tugasan, seperti; perkara yang pelajari, kesedaran baru, pengalaman baru dan cadangan memperbaiki. 9. Semua bahan tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk cetak(hardcopy) dan CD (softcopy) berserta dengan maklumat berikut: - NAMA PELAJAR - ANGKA GILIRAN - NO. KP - NO. HP: - KUMPULAN/UNIT - KOD DAN MATA PELAJARAN - NAMA PENSYARAH PEMBIMBING

SPESIFIKASI KERJA KURSUS KERJA TAJUK 1. Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran. 2. Asas Grafik. 3. Asas Fotografi 4. Bahan Audio 5. Penerbitan Video 6. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

TUGASAN

WAJARAN

PENILAIAN SAHSIAH (10%)

Penguasaan Ilmu dan Kemahiran. Penghasilan Produk dan Membuat perancangan. Merancang untuk satu waktu pengajaran menggunakan Model Assure dan menghasilkan satu set bahan bantu mengajar termasuk satu persembahan elektronik untuk digunakan dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran itu.

100%

Komitmen Menunjukkan kesungguhan dan penglibatan penuh dalam tugasan. Kolaborasi Usaha untuk mendapatkan bimbingan. Refleksi Menunjukkan keupayaan pemikiran reflektif dan catatan refleksi yang bermutu.

PERATURAN MEMBERI MARKAH PROJEKSEMESTER 4


KRITERIA PENTAKSIRAN ASPEK DITAKSIR KOMPONEN TUGASAN LEMAH 1- 8 markah RPH yang tidak lengkap & kurang teliti, ABM, kaedah dan strategi kurang sesuai. SEDERHANA 9 15 markah RPH yang lengkap & teliti, ABM yang menarik, kaedah dan strategi digunakan sesuai. CEMERLANG 16 20 markah RPH yang lengkap & teliti, strategi dan ABM yang menarik dan baik, kaedah dan strategi diguna sesuai.Aplikasi KBKK dan menerap nNilai murni dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan kreativiti serta dapat merangsang pembelajaran. 21-30 markah Kesemua langkah Model Assure dinyatakan dan dihuraikan rasionel dengan contoh dan jelas mengikut langkah persembahan aplikasi yang disediakan. 16-20 markah Bahan yang pelbagai jenis, bahan hasikl sendiri yg berkualiti, menarik, dan sangat sesuai dgn tajuk yg diajar dan diguna dlm P&P. 16-20 markah Ada kreativiti, Ada ciri-ciri keaslian dalam bahan yang diguna. Organisasi isi kandungan tersusun, sesuai dan mesra pengguna. Ada elemen interaktif. Ada pautan & konsisten. Ada gabungjalin imej/grafik/video & audio. Maklumat padat daripada penggunaan office. 8-10 markah Rumusan yang menunjukkan pelajar mendapat kesedaran baru dari pelbagai perspetif serta pelajari kemahiran baru.

Rancangan Pengajaran Harian

Penguasaan Ilmu dan Kemahiran (Wajaran keseluruhan : 100%)

Analisis Model ASSURE menggunakan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1- 10 markah Tidak semua enam langkah Model Assure dinyatakan dan huraian setiap langkah kurang jelas. 1- 8 markah Bahan yang tidak lengkap & kurang teliti, serta tiada kualiti, dan tidak sesuai. 1- 8 markah Organisasi Isi kandungan tidak tersusun & tidak sesuai Tiada imej/grafik/video/ audio Tiada elemen interaktif. Kurang mesra pengguna. Tiada pautan. Tiada kreativiti, 1-3 markah Rumusan yang tidak menunjukkan telah mempelajari sesuatu yang baru dalam penghasilan tugasan ini.

11 20 markah Kesemua langkah Model Assure dinyatakan dan dihurai tanpa mengikut persembahan yang dicadang. 9-15 markah Bahan yang cukup, buat dengan baik & berkualiti, sesuai diguna dlm P&P. 9-15 markah Organisasi si kandungan kurang tersusun & kurang sesuai Kurang elemen interaktif. Kurang mesra pengguna. Pautan tidak lancar. Kurang kreativiti, Kurang imej/grafik/video/audio Ada penggunaan tambahan office yang lain. 4-7 markah Rumusan yang menunjukkan telah mempelajari sesuatu yang baru dan dapat kesedaran tentangan objetif penghasilan tugasan ini.

Bahan 2D & 3D

Membina sebuah aplikasi pengurusan isi kandungan mata pelajaran secara persembahan elektronik/multimedia

Rumusan

Tandatangan Pensyarah

Disahkan oleh Ketua Jabatan

Anda mungkin juga menyukai