Anda di halaman 1dari 2

Praktis 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang puncapunca kebanjiran warga asing

di negara ini dan langkah mengatasi kedatangan warga asing. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kehadiran warga asing ke Malaysia kini dilihat sudah sampai pada tahap luar biasa. Beberapa buah kawasan di Kuala Lumpur dan bandar raya lain di negara ini seolah-olah telah menjadi perkampungan warga asing. Mereka berada di mana-mana; di hotel sebagai tukang cuci, di restoran sebagai pelayan, di institusi pengajian tinggi sebagai pelajar, di tapak pembinaan sebagai buruh kasar, dan pelbagai lokasi serta bidang kerja yang lain. Sebelum Malaysia merdeka, negara ini telah dibanjiri oleh warga asing khursusnya dari China dan India. Sebahagian daripada mereka dibawa oleh pihak British untuk bekerja di lading getah dan lombong bijih timah. Di samping itu, ada antara mereka yang masuk ke negara ini atas inisiatif sendiri. Setelah habis tempoh kontrak, warga asing ini tidak dihantar balik. Kebanyakan mereka telah maju dan ada yang menjadi pemilik kedai. Ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, warga asing tersebut diterima sebagai rakyat Malaysia melalui proses undang-undang. Hari ini, warga asing masuk ke negara kita secara sah dan tidak sah dari beberapa buah negara lain dengan tujuan untuk mencari pekerjaan yang ditawarkan dalam pelbagai sektor. Ada dalam kalangan mereka yang berniaga di negara kita sama ada individu ataupun melalui syarikat pelabuhan asing. Sesungguhnya kita tidak dapat menafikan kenyataan bahawa kehadiran pelabur asing ke negara kita memberikan sumbangan yang besar kepada negara dan rakyat. Di samping memajukan ekonomi negara kita, rakyat dapat mempelajari budaya kerja positif pelabur asing dalam memajukan perniagaan dan menjalankan perusahaan yang bertaraf antarabangsa. Hasil pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh bersama pekerja asing, ditambah dengan sikap berani mencuba dan skim galakan daripada kerajaan, mungkin rakyat negara kita berjaya mencipta nama di persada antarabangsa. Selain itu, kita membuka pintu negara ini seluas-luasnya kepada pelajar asing dari pelbagai negara dengan hasrat mahu menjadikan negara kita sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Kita tidak mewajibkan pelajar asing menguasai bahasa tempatan kerana mereka menuntut di institusi pendidikan tinggi yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris sedangkan institusi pendidikan di

banyak negara seperti Jepun, Korea, China atau Perancis menggunakan bahasa rasmi negara masing-masing sebagai bahasa pengantar.

Baru-baru ini juga Perdana Menteri berkata bahawa kira-kira 39 ribu orang warga asing dari India yang masuk ke negara ini sama ada secara sah atau tidak sah, tidak pulang ke negara asal mereka dan kehadiran mereka itu tidak dapat dikesan. Jumlah ini belum ditambahkan dengan mereka yang datang dari China, Indonesia, Afrika, dan negara-negara lain yang enggan pulang ke negara masing-masing. Masalah yang tidak sedap didengar daripada kebanjiran warga asing ialah penglibatan mereka dalam aktiviti negative seperti jenayah rompakan, pelacuran, dan pembunuhan yang kian menakutkan rakyat Malaysia. Kerajaan perlu memandang perkara ini dengan serius dan jangan membiarkan Malaysia dibolosi dengan mudah oleh warga asing sehingga mampu mengubah corak demografi negara ini secara radikal. Usaha keharmonian negara tidak dicacatkan oleh tindakan segelintir warga asing yang berani mengambil kesempatan atas kelonggaran yang diberikan kepada mereka. (Dipetik dan di ubah suai daripada Mengapa Malaysia Dibanjiri Warga Asing oleh Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat, April 2010)

Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) Berikan maksud rangkai kata dicacatkan oleh tindakan segelintir warga asing. Pengarang mengemukakan beberapa kesan daripada kemasukan pelabur asing ke negara kita. Nyatakan cara-cara tersebut. (iii) Pada pendangan anda, bagaimanakah kebanjiran warga asing ke negara ini mampu mengubah demografi penduduk negara ini? Kemukakan tiga cara.

Anda mungkin juga menyukai