Anda di halaman 1dari 14

BAB II

KAJIAN LITERATUR

Kajian hidrologi merangkumi skop yang luas berkaitan dengan pergerakan air di permukaan bumi dan juga di bawah tanah. Di dalam kajian ini perkara-perkara yang perlu diketahui ialah unsur-unsur yang terlibat dalam kitaran hidrologi. Selain itu juga ciri-ciri fizikal kawasan juga perlu diambil kira kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi analisis ini.

2.1

Kitaran Hidrologi

Pergerakan berkitar air laut ke atmosfera dan kemudianya sebagai curahan atau hujan keatas bumi, dimana air berkumpul di dalam sungai dan mengalir semula ke laut dikenali sebagai hidrologi. Di bawah pancaran suria,air dalam laut akan menyejat dan awan yang mengandungi wap air bergerak melintasi bumi. Curahan seperti salji,hujan

6 batu dan hujan terpelowap dalam bentuk embun di atas aras bumi. Salji dan ais di daratan merupakan air simpanan sementara. Air mula mengalir balik ke laut. Hujan yang turun ke permukaan mungkin juga di pintas oleh tumbuh-tumbuhan dan menyejat ke dalam tanah dan bergerak ke bawah atau menelus ke dalam zon tanah tepu di bawah aras air bumi. Air di kawasan ini mengalir perlahan-lahan menerusi akuifer ke dalam terusan ,sungai atau kadangkala terus ke dalam laut. Air yang menyusup juga menghidupkan tumbuhan hingga perpeluhan berlaku daripada daundaun tumbuhan ini (Wilson,E.M.,1992).

Sebahagian daripada baki air permukaan menyejat kembali dalam bentuk wap, tetapi sebahagian besarnya mengalir masuk ke dalam sungai dengan berbagai bentuk saluran dan mengalir sebagai air larian permukaan. Permukaan sungai dan tasik juga menyejat, oleh itu kehilangan air masih banyak lagi berlaku di sini. Akhir sekali, baki air yang tidak telus atau tersejat, akan masuk ke laut melalui saluran sungai. Air bumi, yang bergerak lebih perlahan, sama ada keluar atau ke dalam laut, dan seluruh kitaran bermula semula

2.2

Komponen-komponen Kitaran Hidrologi

2.2.1

Curahan

Hampir seluruh hujan berpunca daripada laut. Penyejatan terjadi daripada lautan dan wap air diserap ke dalam arus udara yang bergerak merentasi permukaan laut. Udara yang sarat dengan lembapan wap air yang diserap sehingga ia menyejuk

7 dibawah suhu titik embun. Wap air tersebut akan ditukar menjadi hujan atau curahan. Curahan terbahagi kepada dua kumpulan: i) ii) Curahan berbentuk cecair-hujan biasa Curahan berbentuk pepejal-salji,hujan batu

2.2.2

Jenis-jenis Hujan.

Jenis hujan ditentukan mengikut faktor-faktor yangbertanggungjawab untuk mengangkat udara lembap ke udara. Jenis-jenis hujan tersebut adalah:

i) ii) iii)

hujan perolakan hujan gunung hujan saiklun

2.2.3

Hujan Perolakan

Hujan ini terjadi dari pergerakan udara panas yang terangkat ke atas. Hujan ini berlaku dalam masa yang singkat dan ia berlaku di kawasan tropika dan berserta dengan guruh dan petir.

2.2.4

Hujan Gunung

Hujan ini biasanya terdapat di kawasan-kawasan tinggi seperti di kawasan pergunungan. Hujan ini terhasil daripada udara oleh tiupan angin laut yang membawa bersama wap air menuju ke atas gunung. Pada kebiasaannya hujan ini berlaku dalam jangka masa yang agak panjang. Selain itu juga ia berlaku meliputi kawasan yang agak luas.

2.2.5

Hujan Saiklun

Hujan ini terhasil daripada udara lembap yang terangkat dan bergerak dari kawasan yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan yang rendah. Hujan ini juga berlaku akibat daripada permanasan tak seimbang yang berlaku di atas permukaan bumi. Hujan ini terbahagi kepada dua iaitu perengan udara panas dan perenggan udara dingin. Peranggan udara panas ialah kelompok udara panas ditolak keatas oleh arus udara dingin. Peranggan udara dingin ialah kelompok udara panas di tolak ke atas oleh uadara dingin. Kebiasaanya hujan ini berlaku di kawasan yang luas seperti di negara Amerika, Eropah Tengah dan lain-lain tempat. Hujan ini terbahagi kepada dua iaitu:

i) ii)

Perenggan udara dingin Peranggan udara panas

Rajah 2.1:Perenggan udara dingin

Rajah 2.2: Perenggan udara panas

10

2.2.6

Ciri-ciri Hujan

Ciri-ciri curahan yang biasa dibuat kajian untuk perancangan dan rekebentuk ialah:

i) ii) iii) iv) v) vi)

Ukurdalam ( mm, cm ) Keamatan ( mm/jam) Tempoh panjang masa berlaku Ulangan kekerapan berlaku. Contohnya berlaku sekali dalam setiap ulangan 50 tahun. Luas kawasan berlakunya curahan kelajuan dan arah ribut.

2.2.7

Anggapan Yang Dibuat Dalam Pengukuran Curahan.

i) ii)

Jumlah air hujan yang di kumpulkan per unit lubang tolok adalah sama dengan jumlah hujan per luas kawasan tahadan yang dicerap. Tolok hujan yang sama pada lokasi yang berlainan akan menerima jumlah hujan yang sama di kawasan cerapan yang sama.

2.3

Tolok Hujan

11 Tolok hujan yang digunakan dalam mengambil data-datan hujan terdiri daripada dua jenis iaitu: i) ii) Tolok hujan tidak mencatit Tolok hujan mencatit

2.3.1

Tolok Hujan Tidak Mencatit

Tolok hujan ini mencerap kuantiti hujan yang turun untuk jangka masa atau suatu tempoh sebagai contohnya ialah harian, bulanan. Biasanya ia di lakukan secara manual atau menggunakan tenaga manusia untuk mengambil data hujan.

2.3.2

Tolok Hujan Mencatit

Tolok hujan ini dapat digunakan untuk menentukan masa yang tepat bila berlakunya hujan,tempoh hujan, serta keamatan hujan yang turun. Ia terdiri daripada komponen iaitu jam perakam waktu, kertas graf, penunjuk mencatit carta hujan. Contoh tolok hujan yang selalu digunakan ialah Tipping Bucket dan Tilting Syphon, (Sobri Harun ,2002).

2.4

Pemilihan Lokasi Tolok Hujan

i)

Kawasan yang dipilih adalah mewakili kawasan yang di cerap.

12 ii) iii) iv) v) vi) Kawasan tersebut mestilah lapang. Terlindung dari tiupan angin kencang Mudah untuk pencatit keluar masuk semasa mengambil data hujan. Kawasan tersebut mestilah tanah rata. Jauh dari pokok-pokok, bangunan, halangan, minimum dua kali tinggi daripada pokok.

2.5

Air Larian Permukaan

Air larian permukaan amat penting dalam kajian kerana tanpanya segala projek atau aktiviti yang memerlukan air tidak dapat direalisasikan. Ia merupakan komponen hidrologi yang paling penting kerana kaitannya dengan kuantiti sumber bekalan air, banjir, aliran sungai dan seterusnya rekabentuk empangan sungai dan struktur kawalan hidraulik. Magnitude bagi air larian permukaan ialah jumlah hujan suatu kawasan tadahan setelah dikurangi oleh jumlah susupan (F), sejatan (E), sejatpeluhan (ET). Secara semulajadinya air larian permukaan menuju ke sungai, tasik, dan seterusnya ke laut secara semulajadi secara aliran graviti.

2.5.1

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Air Lairan Permukaan

i) ii) iii)

Keluasan kawasan tadahan. Semakin luas kawasan tadahan semakin besar nilai air larian permukaan. Kecerunan.

13 iv) v) Semakin cerun sesebuah kawasan tadahan, semakin besar nilai halaju air larian permukaan. Kekerapan hujan Semakin kerap hujan yang turun di sesebuah kawasan tadahan,semakin besar nilai air larian permuakan.

2.6

Penyejatan Dan Perpeluhan

Penyejatan merupakan perubahan air daripada cecair menjadi wap air. Penyejatan adalah penting di dalam semua pengajian sumber air. Beberapa faktor yang mempengaruhinya ialah kesan yang berlaku ke atas penghasilan lembangan sungai, kapasiti yang perlu bagi reservoir seperti saiz sesebuah loji pam, penggunaan air bagi tujuan pengairan tanaman dan penghasilan bekalan air bawah tanah. Air akan tersejat daripada tanah, samaada tanah usang ataupun tanah yang dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan atau pemukaan yang tidak telap seperti bumbung, air yang terdedah dan sebagainya. Antara faktor-faktor yamg mempengaruhi kadar sejatan ialah seperti sinaran matahari, angin, kelembapan bandingan dan juga suhu di kawasan tersebut.

Perpeluhan pula merupakan proses penyingkiran air oleh tumbuh-tumbuhan melalui daunnya. Walaupun kejadian ini dianggap hanya memberikan kesan yang sedikit terhadap kajian hidrologi ianya perlu diambil kira bagi kes-kes kajian yang mendalam. Jumlah yang hilang melalui sejatpeluhan bergantung terutamanya kepada tempat curahan itu berlaku dan faktor cuaca seperti suhu, kelembapan serta keluasan sesebuah kawasan tadahan.

14

2.7

Air Dalam Tanah

Air tanah mewakili 95 % daripada seluruh sumber air tawar dunia yang boleh digunakan. Air tanah memainkan peranan penting untuk mengekalkan lembapan tanih, aliran sungai dan kawasan tanah lembap. Air tanah ialah semua air yang terdapat di bawah permukaan bumi. Ia merupakan jasad air yang didapati terutamanya daripada penelusan dan tersimpan di dalam batuan telap air yang dikenali sebagai akuifer. Hidrologi air tanah ialah kajian saintifik tentang kewujudan,taburan dan pergerakan air di bawah permukaan bumi. Sejumlah kecil daripada air tanah ialah air galian dan air muda. Air galian ialah air yang tersimpan dalam ruang antara batuan mendak semasa pembentukannya iaitu semasa berlaku pemendakan. Air muda pula ialah berasal daripada magma,gunung berapi dan kosmik yang bercampur dengan air bumi (Todd,1980). Air tanah wujud dalam pelbagai bentuk dan pelbagai keadaan. Air mata air dan air yang membeku sepanjang tahun merupakan beberapa contoh kewujudan air tanah. Kebanyakan air tanah tidak diluahkan secara asli. Air tanah selalunya terkandung dalam batuan telap air yang terbentuk dibawah tanah. Pembentukan sedemikian boleh dikenali sebagai akuifer. Airnya diluahkan secara tiruan daripada storan oleh telaga dan lubang-lubang yang dikorek oleh manusia.

2.8

Ciri-ciri Akuifer

Akuifer merupakan simpanan semula jadi air tanah. Tanah beberapa ciri penting yang dimiliki oleh akuifer yang menjadikanya bahan simpanan dan pengaliran air yang baik. Ciri-ciri batuan atau formasi geologi tersebut boleh

15 dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu sifat mikro dan sifat makro. Sifat mikro akuifer ialah seperti keporosan, ketertelapan dan hasilan tentu yang dapat diukur dalam makmal. Sifat makro pula ialah sifat yang diwarisi oleh formasi batuan itu sendiri. Ini termasuk sifat pemindahan dan pekali simpanan (Wan Ruslan,1994).

Jadual 2.1: Akuifer di Malaysia Kedalaman akuifer (meter) 27-35 7-12 Tumpat, kelantan Kota Bharu, 4-12 kelantan Sungai Ular, 10-22 25-40 Pahang Kuala Terenganu Kampung Raja, 72-94 Terenganu Tanjung Mas, 14-47 Kelantan Chuping, Perlis (Sumber: United Nation 1986.Natural Resources/Water Series,15) 2.9 Aliran Air Bumi 42 1.1 94 2.5 23 40 4.59 12.4 950 604 13 1.78 4.66 Lokasi Dalam telaga (meter) 36 12 10.8 28.9 Hasilan tentu Parameter hidrologi (ketertelapan ) m2 44.9 1071.3

16

Jumlah lebat hujan yang menyusup ke dalam tanah dan menembusi lapisanlapisan di bawahnya dipanggil air bumi. Kuantiti yang boleh terhimpun di bawah permukaan bergantung kepada keliangan lapisan bawah. Aliran air bumi berlaku di kawasan yang boleh telap serta mempunyai liang-liang yang sangat kecil untuk membolehklan air bergerak dari satu lapisan ke lapisan tanah yang lain. Pergerakan air bumi adalah jauh lebih perlahan berbanding dengan air larian permukaan. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kadar aliran air bumi ialah ketumpatan dan kelikatannya.

2.10

Penyusupan

Penyusupan merupakan proses kemasukan air daripada permukaan ke dalam tanah. Apabila hujan jatuh ke bumi, mulanya ia akan membasahi tumbuh-tumbuhan atau tanah kosong. Apabila tanah menjadi basah sepenuhnya, ia akan menyusup ke dalam tanah dan telus ke bawah mengikut hukum graviti sehingga ke aras bumi. Bagi kawasan yang mempunyai kadar kecerunan yang tinggi, kadar penyusupannya adalah rendah. Jenih tanah juga memainkan peranan yang penting di dalam mempengaruhi kadar penyusupan. Bagi kawasan yang mempunyai tanah batu kelikir atau pasir, kadar penyusupan yang berlaku adalah tinggi manakala bagi kawasan yang mempunyai tanah liat akan menjadi sebaliknya.

2.11

Pemintasan

17

Pemintasan merupakan pergerakan air yang diganggu, yang turun ke permukaan tanah oleh sebarang pemukaan yang berada pada laluan curahan. Pemintasan bergantung kepada ciri-ciri curahan, jenis tumbuhan yang meliputi kawasan tadahan dan juga musim hujan.

2.12

Konsep Kawasan Tadahan

Kawasan tadahan boleh didefinisikan sebagai keseluruhan kawasan dimana kesemua air lariannya menuju ke sistem sungai yang berada di dalam kawasan tersebut. Kawasan tadahan ialah suatu kawasan yang menyumbangkan air kepada sungai, tasik atau sebarang water body yang lain yang terdapat di dalam kawasan tersebut.

2.13

Kaedah HEC-HMS

Perisian HEC-HMS telah direkabentuk untuk mensimulasi curahan-air larian bagi sesebuah kawasan tadahan. Ia direkabentuk agar boleh digunakan untuk pelbagai bentuk geografi kawasan serta penyelesaian pelbagai masalah berkaitan hidrologi. Program ini melibatkan tiga komponen utama iaitu model tadahan, model meteorologi dan model kawalan. Data utama yang digunakan di dalam perisian ini

18 ialah data lebat hujan, masa berlakunya hujan yang dicerap di kawasan kajian. Rajah dibawah menunjukkan langkah-langkah untuk memgunakan perisian ini:

Mula projek

Bina model tadahan

Bina model kawalan

Masukkan data hujan dan kadaralir

Simulasi dan keputusan

Kalibrasi dan validasi

Rajah 2.3: Carta alir penggunaan kaedah HEC-HMS

Anda mungkin juga menyukai