Anda di halaman 1dari 9

Di sebuah Kampung, ada seorang miskin bernama SI Tanggang. Ayahnya telah meninggal.

Tinggalah si Tanggang bersama ibunya yang sudah tua.Rumah mereka terletak di kawasan yang terpencil.Walaubagaimanapun, kampung mereka berhampiran dengan laut.Setiap hari, kedua anak beranak ini keluar mencari rezeri di sekitar pantai. Si Tanggang berasa sedih mengenangkan kemiskinan keluarganya itu.Dia tidak sanggup melihat nasib keluarganya beterusan begitu. Ini menyebabkan Si Tanggang berasa susah hati.Kerana itu,dia selalu berfikir bagaimana cara untuk mengubah kehidupan mereka berdua.

Sejak itu,Si Tanggang sentiasa bersedih dan termenung. Aku mesti pergi jauh.Di sini pun aku hanya menanggung malukata Tanggang di dalam hatinya.Akhirnya dia membuat keputusan untuk merantau mencari pekerjaan yang boleh mengubah nasib mereka berdua.Semasa hendak berpisah kedua anak - beranak ini berasa sedih kerana selama ini mereka berdua tidak pernah berpisah.Si Tanggang pergi ke tepi pantai jika ada kapal yang berlabuh.Nasib menyebelahi Si Tanggang,apabila ternampak beberapa anak kapal dia menghampiri mereka.Dia memberitahu hasratnya ingin belayar mencari pekerjaan,

Mereka membawanya bertemu dengan nakhoda kapal.Nakhoda kapal membenarkan Tanggang belayar bersama mereka.Oleh kerana Si Tanggang seorang yang rajin dan baik,akhirnya nakhoda kapal memberi Tanggang pekerjaan sebagai anak kapal.Si Tanggang sangat gembira dan berjanji supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh

Hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Si Tanggang terus bekerja dengan rajin dan setia.Lama-kelamaan,dia semakin disayangi oleh nakhoda kapal.Pada suatu hari,nakhoda kapal itu telah memberi Si Tanggang pangkat.Dia dijadikan ketua anak-anak kapal.Si Tanggang sangat amat gembira menerima jawatan ini.Nahkoda kapal juga telah mengahwinkan Si Tanggang dengan puterinya.

Setelah berkahwin,hidup SiTanggang penuh dengan kemewahan.Wang dan hartanya bertambah banyak.Kerana itu,sedikit demi sedikit,SiTanggang melupakan ibunya di kampung.Suatu hari, Si Tanggang pergi belayar.Dia membawa isterinya bersama.Tanpa di duga,pelayarannya itu melalui laut berhampiran kampung Si Tanggang.Seorang nelayan tempatan ternampak Si Tanggang di atas kapal.Dia berasa gembira.Dia bercadang hendak memberitahu hal ini kepada ibu Tanggang.

Ibu Si Tanggang tidak sabar sabar lagi untuk bertemu dengan anaknya. Ibunya mengambil sedikit makanan yang disukai oleh Si Tanggang.Setelah itu,dia pergi ke pantai.Dia menaiki sebuah perahu kecil menuju ke kapal Si Tanggang.Sampai di kapal,Dia terus mencari dan memanggil anaknya Si Tanggang. .Namun tidak kelihatan.Dia hanya melihat beberapa orang anak kapal sedang bertugas.Anak anak kapal hairan melihat ibu Tanggang. Mana anakku, Si Tanggang?tanya ibu Si Tanggang.Mendengar namanya dipanggil keluar.Dia ternampak ibu.Si Tanggang berasa malu melihat Ibunya yang sudah tua dan berpakaian buruk.

Dia tidak mengaku perempuan tua itu ibunya.Ibu Tanggang bertambah sedih.Akhirnya Si Tanggang mengusir perempuan tua itu lalu mencampakkan makanan yang diberi ibunya ke dalam laut. Si ibu berasa sangat sedih.Dengan linangan air mata si ibu mengayuh perahunya ke pantai.Sampai hati kamu, Tanggang mak sendiri kamu hinakan, kata si ibu dengan kesal.Apabila sampai di pantai ibunya lalu berdoa Oh,Tuhan.Jika benarlah Si Tanggang anak derhaka tunjukkanlah kekuasaa Mu kepadanya!si ibu berdoa berkali kali.

Tuhan mengabulkan doanya.Tiba tiba berlaku ribut taufan,kilat sabung - menyabung.Anak anak kapal dan isterinya bertukar menjadi batu.Setelah Si Tanggang melihat isterinya dan anak kapalnya bertukar menjadi batu,Si Tanggang berasa berdosa kepada ibunya.Dia sangat menyesal.Ibu!Ampunkan Tanggang,ibuSi Tanggang berteriak berulang kali,tetapi ibunya tidak dapat menolongnya kerana semuanya sudah terlambat. Kapal itu mula hendak tenggelam.Tanggang benar benar cemas.Dia berteriak lagi tetapi ibunya masih tidak menghiraukan teriakanya itu.Akhirnya Si Tanggang tengelam bersama kapal itu.

Oleh itu kawan kawan jangan sekali kali kita menderhaka kepada ibu bapa terutama sekali ibu kerana bak kata pepatah syurga itu di bawah tapak kaki ibu.Ingat kawan kawan sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai