Anda di halaman 1dari 2

TEORI BERKAITAN TERAPI BIBLIO Terapi Biblio ialah penggunaan Dalam buku-buku konteks untuk menolong orang

menyelesaikan

masalah.

kanak-kanak,

kaunseling

biblioterapi adalah bahan bacaan penulisan yang terbimbing. Ia bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai bimbingan melalui bacaan. Fleshman dan Fryrear menyatakan bahawa konsep utama kaunseling atau terapi biblio berasal daripada teori psikoanalisis Freud iaitu : Unsur kesejagatan Identifikasi Catharsis Celik akal Penyelesaian masalah terapi ini dalam aspek unsur kesejagatan, klien akan

Melalui

mengurangkan perasaan malu, serba salah, dan terasing apabila dapat berkongsi masalah. Seterusnya, dalam aspek identifikasi, klien mengaitkan dirinya dengan watak tertentu dalam buku dan menjadikannya sebagai rolemodel dari segi sikap dan nilai. Cartharsis iaitu pengubat hati, dalam terapi ini klien akan membuat pendedahan kendiri di mana mereka membuat luahan perasaan tanpa had. Mereka akan melihat bagaimana watak menyelesaikan masalah yang dialami dan membuat pemahaman kendiri. Dalam aspek celik akal pula, klien membaca dan membuat perbandingan dengan alternatif penyelesaian yang digunakan oleh watak dalam buku. Seterusnya, pada peringkat penyelesaian masalah, klien akan mengambil masa untuk mencapai matlamat kaunseling yang berlaku secara beransuransur dengan memcuba pelbagai alternatif penyelesaian.

Dari segi sejarah, teori ini merupakan sistem pertama dalam psikoterapi. Teori Psikoanalitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Psikoanalisis. Mengikut pandangan Freud mengenai manusia ialah manusia itu hanya mementingkan diri. Andaian-andaian yang dibuat ialah : 1) Tingkah laku manusia ditentukan oleh kuasa-kuasa tak sedar. 2) Dorongan-dorongan kejantinaan ialah penentu-penentu utama bagi tingkah laku. 3) Tingkah laku orang dewasa banyak dipengaruhi oleh perkembangan peringkat awal kanak-kanak. 4) Masalah-masalah akan timbul kerana wujudnya konflik dalam diri individu yang disebabkan oleh sejarah lampau yang menyebabkan helah bela diri. Tujuan rawatan psikoanalitik adalah menjadikan klien sedar akan bahan tak sedar dan menstrukturkan semula sahsiah supaya dapat menyeimbangkan tenaga. Rawatan ini ialah terapi terarah dengan menggunakan format temu duga yang meliputi teknik seperti in terpretasi, analisis mimpi, pemindahan, ingat kebali dan teknik projektif. Rawatan psikoanalitik ini menuntut suatu hubungan terarah dan autoritatif antara kaunselor dengan klien. Justeru, teori ini telah diaplikasikan dalam terapi biblio kerana adanya kuasa-kuasa motivasi dalam diri individu yang tidak disedari, bagaimana orang melindungi diri dengan menggunakan helah bela diri, pentingnya pengalaman-pengalaman peringkat awal kanak-kanak serta proses pemindahannya.

Anda mungkin juga menyukai