Anda di halaman 1dari 14

PENGHARGAAN

Syukur kepada tuhan kerana kami telah melaksanakan kerja krusus ini iaitu kerja krusus berasaskan ilmu (KKBI) perancangan dan pengajaran Matematik yang telah diberikan sebagai salah satu tugasan projek Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada semester ini.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Chai Chin Pheng atas tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau untuk dalam melaksanakan kerja krusus ini seperti yang dikehendaki. Semasa menyiapkan tugasan ini, kami mendapati sedikit kekeliruan untuk membuatnya. Selepas membuat kolaborasi bersama-sama dengan beliau, beliau telah memberi penerangan yang jelas untuk kami aplikasikan pada tugasan tersebut. Kerjasama daripada beliau amat kami hargai.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang telah membantu kami berkongsi pengetahuan dan kefahaman dalam tugasan ini. Pemahaman kami pada pada tugasan yang berkaitan dengan pelaksanaan kerja kursus ini membolehkan kami mengadakan perbincangan serta memberi pendapat dan pandangan pada tugasan tersebut. Kerjasama antara antara kami dapat dilihat melalui tugasan ini.

Seterusnya, kami ingin mengucap syukur kepada kedua ibu dan bapa kami yang tidak jemu-jemu mendoakan kesejahteraan kami sepanjang pengajian ini. Pada mereka yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung, tahniah dan terima kasih kami ucapkan.

Sekian.

Bahagian A : Analisis Artikel

Operasi aritmetik merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam matematik dimana ianya merupakan cabangan paling lama dan paling asas matematik dan digunakan oleh hampir semua orang dalam kehidupan harian. Ia didefinisikan sebagai kajian yang merekod ciri asas pelbagai operasi melibatkan nombor. Maka dengan itu saya telah mencari artikel yang melibatkan kajian tindakan yang berkaitan dengan operasi aritmetik dan saya telah memilih artikel berkaitan tajuk secara lebih terperinci iaitu yang melibatkan operasi tambah.

Dalam artikel kajian tindakan yang telah saya ini saya mendapati bahawa penulis secara umumnya memperkenalkan satu kaedah baharu bagi membantu murid pemulihan menguasai kemahiran tambah yang melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, secara umumnya juga penulis turut menyatakan beberapa teknik yang digunakan untuk mengumpul data responden bagi memudahkan penulis untuk membuat laporan berkaitan dengan penyelidikannya.

Melalui artikel ini,juga penulis telah memilih empat orang responden dari golongan murid pemulihan darjah tiga. Penulis telah melaksanakan ujian diagnostik terlebih dahulu terhadap keempat-empat responden yang telah dia pilih bagi mengenalpasti masalah yang mereka hadapi dan melalui ujian tersebut dapat dikenal pasti bahawa mereka mempunyai masalah yang serupa iaitu mereka tidak dapat berfikir secara abstrak untuk memahami konsep penambahan dengan mengumpul semula.

Maka dengan itu, secara tidak lansung fokus kajian yang dilaksanakan oleh penulis ialah adalah untuk membantu murid dalam permasalahan yang telah mereka hadaipi serta menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Dalam hal ini, guru akan membuat penambahbaikan bagi teknik pengajaran dan

pembelajarannya untuk diaplikasikan dalam bilik darjah.

Dalam kajian ini juga, saya mendapati bahawa penulis artikel ini menggunakan tiga kaedah atau teknik yang digunakan untuk mengumpul semula iaitu melalui pemerhatian yang telah dilakukan olehnya di tiga buah sekolah sebelum dia melahirkan suatu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang baharu untuk membantu murid dalam pemasalahan yang dihadapi oleh mereka. Selain itu juga, penulis turut menggunakan kaedah temu bual bagi mengetahui tahap keberkersanan

kaedan P&P baharu yang telah disediakan olehnya bagi membantu murid serta yang ketiga ialah dengan menganalisis dokumen seperti lembaran kerja murid mahupun hasil ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh penulis bagi mengenalpasti secara lebih terperinci permasalahan murid dan dalam masa yang sama juga dijadikan sebagai bahan bukti bagi menyokong kajian beliau.

Manakala bagi objektif kajian yang dinyatakan oleh penulis dalam penulisan kajian tindakan ini ialah untuk meneroka penggunaan kaedah baharu bagi membantu empat orang responden dari kalangan murid pemulihan dari kelas Tahun 3 dalam mengatasi kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah penambahan dalam matematik yang melibatkan proses pengumpulan semula. Kaedah yang diperkenalkan oleh penulis ialah kaedah side-counting. Selain itu juga, penulis menyatakan bahawa kajiaan ini juga adalah untuk menambah baik amalan P&P beliau sebagai seorang guru.

Penulis turut membuat penjelasan berkaitan dengan bagaimana beliau mendapat idea iaitu kaedah side-counting untuk membantu respondennya. Menurut beliau, murid yang telah dipilih sebagai responden beliau sering kali menghadapi masalah apabila melibatkan pengumpulan semula dan ini jelas sekali menunjukkan bahawa responden tidak menguasai konsep nilai tempat di samping itu mereka juga tidak dapat memahami pemikiran secara abstrak di sebalik proses pengumpulan semula.

Dalam artikel kajian tindakan ini juga telah dinyatakan perancangan tindakan yang dilakukan oleh penulis sesama proses pelaksanaan kajian ini. Pada permulaan penulis telah meminta responden untuk menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula bagi memastikan sejauh mana tahap pencapaian murid. Ini kerana menurut beliau setiap individu yang menjadi responden untuk kajian tindakan yang dilaksanakan mungkin mempunyai pemasalah yang berbeza.

Semasa proses pelaksanaan pula, penulis menyatakan bahawa beliau melaksanakan kaedah alternatif yang dipilih semasa sesi P&P selama 4 masa dalam seminggu. Beliau telah mengajar mereka secara berkumpulan pada fasa awal penyelidikan dan seterusnya secara berpasangan dan akhirnya secara individu.

Manakala dari metadologi yang digunakan oleh beliau semasa penyelidikan ini ialah beliau telah merujuk pada Vallance 2004 mengatakan bahawa prinsip-prinsip

yang membimbing penyelidik dalam penyelidikan ialah yang berteraskan niali-nilai yang menggalakkan pemeliharan keselamatan dan integrity semua yang terlibat. Oleh itu beliau menyatakan bahawa sebagai seorang penyelidik yang beretika kejujuran dalam melaksanakan setiap langkah penyelidikan amatlah penting. Maka dengan itu, beliau turut menyatakan bahawa beliau telah meminta keizinan secara rasmi pada Guru Besar bagi melaksanakan kajian beliau ketika itu.

Manakala untuk penganalisisan data pula, penulis telah menyatakakan data yang diperolehinya dalam bentuk jadual yang menyatakan berkaitan dengan keputusan ujian pra dan ujian pasca serta peratusan peningkatan ujian murid. Penulis turut menterjemahkan data tersebut dalam bentuk graf bagi memudahkan kita melihat peningkatan keputusan data berkaitan dengan kaedah intensif yang telah dijalankan oleh beliau. Malahan beliua turut menemubual responden bagi mendapatkan feedback dari murid berkaitan dengan kaedah yang baharu diperkenalkan kepada mereka. Melalui hasil temubual tersebut, rata-rata murid menyatakan bahawa pembelajaran lebih menyeronokan dan mereka lebih faham aka nisi pelajaran yang telah mereka pelajari.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa kajian ini banyak membantu dalam memberi maklumat berkaitan dengan cara untuk melaksanakan sebuah kajian tindakan ke atas murid. Selain itu juga, melalui artikel ini saya dapat mengetahui beberapa cara untuk menganalisis data serta bagaimana

mempersembahkan hasil data yang menarik dan kemas.

Bahagian B : Penulisan Laporan.

Sepanjang melaksanakan praktikum selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan Batu Payong, saya telah diberi amanat untuk mengambil alih kelas pemulihan bagi murid darjah tiga untuk subjek matematik. Maka dengan itu saya telah gunakan peluang yang ada untuk melaksanakan tugasan projek bagi subjek PKP 3118 ini.

Responden saya untuk melaksanakan tugasan ini seramai 3 orang dan mereka merupakan murid dari kelas 3 Bestari dan juga merupakan murid pemulihan. Pada bulan pertama untuk masa dua bulan melaksanakan praktikum saya gunakan untuk membuat pemerhatian dan mengenalpasti masalah yang respoden saya lakukan.

Manakala untuk skop pembelajaran pula saya telah diamanahkan untuk mengajar murid ini berkaitan dengan operasi tambah dalam linkungan 18 tanpa melibatkan pengumpulan semula. Selain itu juga saya hanya ada masa sejam sahaja dalam jangka masa seminggu bersama dengan murid-murid dari kelas 3 Bestari ini.

Sepanjang melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bersama dengan responden saya telah mengambil kesempatan yang ada untuk

melaksanakan tugasan PKP 3118 ini dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh responden saya dengan menggunakan dua cara iaitu melalui pemerhatian dan juga menyemak hasil kerja murid.

Maka dengan saya telah mengenalpasti beberapa masalah murid melalui kekerapan kesalahan yang sama yang sering kali dilakukan oleh mereka dan kesalahan yang paling ketara ialah tidak dapat menukar ayat matematik kepada bentuk lazim. Ini kerana mereka mempunyai masalah dalam mengenalpasti kedudukan atau nilai tempat bagi nombor yang telah disediakan pada mereka.

Melalui permasalahan yang dihadapi oleh responden , saya telah mengambil keputusan untuk melaksanakan sesi latih tubi dan bimbingan ke atas murid-murid saya bagi membantu mereka untuk mengurangkan kesilapan dan meningkatkan pemahaman mereka berkaitan dengan konsep tambah terutama sekali yang melibatkan penambahan dalam bentuk lazim.

Maka dengan itu, saya telah merancang satu sesi Pengajaran dan Pembelajaran

bersama dengan responden bagi meningkatkan lagi pemahaman mereka berkaitand

dengan operasi tambah serta menguasai penambahan dalam bentuk lazim. Dengan ini juga, saya telah merancang beberapa aktivit yang mampu untuk menarik minat murid ketika sesi P&P dilaksanakan. Ini kerana menurut hasil temuabual secara tidak lansung dengan responden , mereka menyatakan bahawa matematik ini sukar dan membosankan. Oleh itu melalui aktivit yang telah dirancang saya berharap agar responden mampu untuk mengikuti sesi P&P yang dirancang dengan baik dan fokus.

Selain itu juga, saya telah menggunakan beberapa bahan maujud seperti bola, batang lidi serta penutup botol bagi meningkatkan lagi pemahaman murid. Malahan saya juga lebih berfokus kepada pengajaran yang melebihkan interaksi antara murid dengan murid dan murid dengan bahan. Ini kerana saya berharapa agar mereka dapat meneroka pengalaman sendiri dan dapat mengubah pandangan mereka berkaitan dengan subjek matematik ini.

Maka dengan ini, satu Rancangan Pengajaran Harian telah saya rancangan untuk dilaksanakan dalam tempoh masa 60 minit beserta dengan bahan dan alat bantu mengajar yang telah disediakan bagi membantu dalam sesi P&P kelak.

Bahan Bantu Mengajar / Alat Bantu Mengajar ;

Antara bahan bantu mengajar yang saya gunakan ialah papan putih, bola, batang aiskrim, sampul surat serta kertas berwarna. Bahan ini akan membantu saya sepanjang sesi P&P dilaksanakan.

Berdasarkan bahan-bahan ini, saya telah merancang beberapa aktivit yang boleh menarik minat murid serta menambahkan pemahaman mereka terhadap isi pelajaran yang saya rancang. Antara aktiviti tersebut ialah ;.

Pengajaran : Pengiraan Bentuk Lazim 1. Setiap murid diminta untuk memilih 3 kertas berwarna setiap seorang.

2. Murid diminta untuk mencari sampul surat yang mengandungi soalan mengikut kertas warna yang telah dipilih.

3. Setiap sampul surat mengandungi 5 soalan tambah dalam bentuk lazim yang perlu murid selesaikan.

Aktiviti : Spontan Matematik 1. Setiap murid diminta untuk duduk di tempat yang telah disediakan oleh guru. Contoh: 1 2 3 4 5 6 7 8 9

2. Murid diedarkan 3 batang aiskrim setiap seorang mengikut warna yang telah mereka pilih. 3. Murid diminta untuk membuat cabutan secara rawak pada bola yang telah dilekatkan nombor soalan bagi menentukan nombor soalan dan giliran murid untuk menjawab. Contoh : BOLA : 7

4. Guru akan melekatkan kad soalan pada papan putih. Contoh: 10 16 17

(7) 10 + 6 = ?

5. Murid yang terpilih akan menyelesaikan soalan dengan menanda / pada kotak jawapan yang turut disediakan di papan putih.

6. Langkah 3 hingga 5 akan diulang sehingga kesembilan-sembilan soalan yang disediakan telah siap diselesaikan oleh murid.

Kedua-dua aktiviti ini saya harapkan agar dapat membantu murid dalam meningkatkan lagi pemahaman mereka berkaitan dengan konsep tambah dan berkaitan dengan petukaran ayat matematik kepada bentuk lazim serta secara tidak lansung dapat menarik minat murid saya terhadap subjek ini.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KELAS PEMULIHAN

Nama Guru : Suzzene Tiara Unsang Sekolah Tarikh Hari : Sekolah Kebangsaan Batu Payong : 20 Ogos 2013 : Selasa Bil. Murid : 3 orang : 0710 0810 pagi

Kelas/Darjah : 3 Bestari Masa

Matapelajaran : Matematik (Pemulihan)

Kumpulan Nama Murid 1. Mohd Fazli 2. Siti Sarah 3. Azrisyah Tajuk Kemahiran Objektif Pengajaran & Pembelajaran

Kumpulan Cemerlang

Operasi Tambah dalam Lingkungan 18 Kemahiran 10 Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran ini, murid dapat: i. ii. Memindahkan ayat matematik kepada bentuk lazim. Menambah dua nombor, dua digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula

Pengetahuan Sedia Ada Murid

i.

Dapat memahami konsep tambah yang disatukan jumlahnya menjadi lebih banyak.

ii.

Dapat menulis ayat matematik bagi operasi tambah proses penyatuaan.

iii. Kemahiran Berfikir i. ii. Penerapan Nilai i. ii. ABM / BBM i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Dapat menulis hitungan tambah dalam bentuk lazim. Mencirikan Menganalisis Rajin Kebersihan Fizikal Papan Putih Kad Nombor Double-Tape Batang Aiskrim Bola Marker Pen Sampul Surat Kertas Berwarna

Kumpulan Langkah Set Induksi ( 5 minit ) Kumpulan Cemerlang 1. Murid diminta untuk mengemaskan penampilan diri masing-masing. 2. Guru mengadakan sesi ulangkaji dengan murid. Contoh soalan : Kalau enam biji bola ditambah dengan empat biji bola, berapakah bola yang ada?

3. Murid diminta untuk menjawab soalan yang telah guru ajukan. 4. Guru menerangkan pembelajaran pada murid. Langkah 1 ( 20 minit ) Pengajaran : Pengiraan Bentuk Lazim 4. Setiap murid diminta untuk memilih 3 kertas berwarna setiap seorang.

5. Murid

diminta

untuk

mencari

sampul

surat

yang

mengandungi soalan mengikut kertas warna yang telah dipilih. 1 2 3

6. Setiap sampul surat mengandungi 5 soalan tambah dalam bentuk lazim yang perlu murid selesaikan. 7. Guru menyemak jawapan bersama dengan murid. 8. Murid yang dapat menjawab kesemua betul akan diberi token. Langkah 2 ( 15 minit ) Aktiviti : Spontan Matematik 7. Setiap murid diminta untuk duduk di tempat yang telah disediakan oleh guru. Contoh: 1 2 3 4 5 6 7 8 9

8. Murid diedarkan 3 batang aiskrim setiap seorang mengikut warna yang telah mereka pilih. 9. Murid diminta untuk membuat cabutan secara rawak pada bola yang telah dilekatkan nombor soalan bagi menentukan nombor soalan dan giliran murid untuk menjawab. Contoh : BOLA : 7

10. Guru akan melekatkan kad soalan pada papan putih. Contoh: 10 16 17

(7) 10 + 6 = ?

11. Murid yang terpilih akan menyelesaikan soalan dengan menanda / pada kotak jawapan yang turut disediakan di papan putih. 12. Langkah 3 hingga 5 akan diulang sehingga kesembilansembilan soalan yang disediakan telah siap diselesaikan oleh murid. 13. Murid yang dapat menjawab dengan betul akan diberikan token sebagai penghargaan. Langkah 3 ( 15 minit ) Pengukuhan : 1. Murid diedarkan buku latihan masing-masing. 2. Guru melekatkan soalan pada papan putih. 3. Murid diminta untuk menyelesaikan soalan itu pada buku latihan masing-masing. 4. Guru menyemak hasil kerja murid dan membetulkan jawapan murid jika perlu.

Contoh soalan : Tukar ayat matematik kepada bentuk lazim : 1. 16 + 2 = 2. 11 + 7 =

3. 18 + 0 = 4. 15 + 3 =

Penutup ( 5 minit )

Penutup Kognitif : 1. Murid diminta untuk mengemas alat tulis masing-masing. 2. Guru merumuskan pelajaran pada hari ini kepada murid. 3. Murid diminta untuk beratur sebelum beredar balik ke kelas masing-masing.

Disediakan Oleh ; ( Suzzene Tiara Unsang )

REFLEKSI KESELURUHAN:

Tugasan projek bagi subjek PKP 3118 Asas Mengenal Nombor Untuk Guru Pemulihan merupakan sebuah tugasan yang dilaksanakan semasa kami menjalani praktikum yang kedua iaitu selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan Batu Payong, Tawau. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak maklumat yang telah saya perolehi.Antaranya ialah berkaitan dengan bagaimana mengenalpasti masalah murid serta membuat perancangan untuk melaksanakan sesi Pengajaran dan

Pembelajaran bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti terhadap responden saya.

Selain itu, dalam melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terhadap murid-murid ini juga telah melatih saya dalam mengajar murid subjek matematik semasa praktikum. Ianya menambahkan lagi pengalaman saya dalam mengajar murid pemulihan ini dengan lebih baik. Pengajaran ini telah membantu saya dalam memikirkan strategi-strategi dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk dilaksanakan ke atas murid yang telah dipilih ini. Saya juga membuat refleksi diri saya sendiri bahawa saya ingin menolong murid-murid pemulihan ini untuk keluar daripada kepompong mereka sekarang supaya mereka dapat belajar bersama-sama dengan rakan di kelas.

Selain itu juga saya telah diberi peluang untuk membuat pemerhatian terhadap murid pemulihan dan dapat membuat sesi temubual bersama dengan murid pemulih terhadap minat mereka berkaitan dengn subjek matematik ini. Melalui temubual yang dilaksanakan saya mendapati bahawa beberapa sebab kenap subjek matematik bukan subjek yang menjadi kegemaran mereka dan ini telah membuka minda saya bahawa setiap tingkah laku yang murid lakukan dalam kelas mempunyai sebab dia tertentu.

Bukan itu sahaja, pengisian yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini ialah saya berpeluang untuk menjalankan satu aktiviti yang melibatkan kemahiran mateamtik bersama dengan murid di Sekolah Kebangsaan Batu Payong. Aktiviti yang dipilih ialah aktiviti simulasi antara murid dan bahan ini memberi semangat pada murid untuk menjawab soalan yang diberikan.

Terdapat beberapa kekangan yang saya tempuhi sepanjang proses penyiapan tugasan projek ini dan antaranya ialah berkaitan dengan pengurusan

masa. Mempunyai dua tanggungjawab dalam satu masa yang sama memberi impak sedikit dalam proses penyiapan tugasan ini. Ini kerana masing-masing memerlukan komitmen yang tinggi dari diri saya sendiri untuk mejayakan tugasan projek ini. Dari sini saya telah belajar bahawa pengurusan masa adalah amat penting kerana untuk menggabaikan salah satu daripada tanggungjawab yang ada adalah mustahil.

Selain itu juga saya menghadapi masalah dalam mencari bahan rujukan kerana kekurangan bahan terutamanya dalam bentuk bahan bacaan. Maka dengan itu sumber yang diperolehi agak terhad dan lebih bergantung kepada sumber dari laman sesawang yang agak tidak kukuh kesahihannya. Namun begitu ini semua bukanlah sesuatu yang membebankan serta menjejaskan tugasan saya. Ini kerana saya banyak berkolaborasi dengan rakan serta guru-guru yang senior dalam bidang ini dan merekalah yang telah banyak membantu sepenuhnya untuk saya menjayakan tugasan ini.

Malahan, pengalaman yang diperoleh serta penghasilan tugasan ini telah membantu saya untuk memantapkan diri sebagai seorang guru pelatih yang bertanggungjawab. Apabila amanah yang telah diberikan untuk menyiapkan tugasan, kita akan berusaha memagang amanah itu dengan penuh tanggungjawab. Sama seperti tugas sebagai seorang pendidik, tanggungjawab dalam mendidik anak-anak bangsa adalah merupakan satu ibadah yang sangat besar kerana setiap hari kita akan memikirkan bagaimanakah cara untuk memastikan murid-murid ini berjaya dalam pelajaran mereka dan dari segi sahsiah mereka sendiri.

Disediakan Oleh; .. (SUZZENE TIARA ANAK UNSANG) PISMP PEMULIHAN AMBILAN JAN 2011

Anda mungkin juga menyukai