Anda di halaman 1dari 14

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Tajuk 2 SINOPSIS

Perkembangan Kanak-Disleksia

Tajuk ini akan memberi pengetahuan kepada anda berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak disleksia dari segi ciri-ciri kanak-kanak disleksia dan masalah utama kanak-kanak disleksia. Dapatkah anda mengagak bagaimanakah ciri-ciri kanak-kanak disleksia? Adakah ciriciri kanak-kanak disleksia mempunyai persamaan dengan ciri-ciri kanak-kanak normal? Apakah masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak disleksia? Mungkin jawapannya dapat anda temui melalui pembacaan modul ini seterusnya.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak disleksia. 2. Mengenal pasti masalah-masalah utama kanak-kanak disleksia. 2.1 PERKEMBANGAN KANAK-DISLEKSIA

Bahagian ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kanak-kanak disleksia dari segi fizikal, kecerdasan, emosi dan sosial. 2.1.1 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia i. Ciri-ciri Fizikal • • kanak-kanak ini tidak mempunyai kekurangan dari aspek fizikal mereka mempunyai fizikal yang lengkap

12

4. Contohnya: ‘dan’ ditulis ‘nad’  Menambah huruf misalnya ‘main’ ditulis ‘maein’  Menggantikan huruf ‘saya’ menjadi ‘caya’  Meninggalkan huruf.simptom ini agak berlainan dengan simtom orang dewasa  Mungkin akan menjadi lebih aktif dan berkelakuan buruk di kelas  Susah untuk diceriakan  Kurang berkeyakinan diri 13 . ‘epal’ ditulis ‘apel’  Menulis ejaan yang tidak bererti misalnya ‘makan’ ditulis ‘mikan’  Membalikkan suku kata misalnya.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR • • • cara mereka berpakaian sama dengan kanak-kanak normal yang lain Namun kanak-kanak ini mempunyaian aspek pengamatan Pancaindera yang lengkap tetapi mempunyai masalah dalam menggunakannya ii. ‘makan’ menjadi ‘akan’  Keliru dengan bunyi huruf-huruf vokal seperti a e i o u. misalnya ‘6’ ditulis ‘9’ iii. Ciri-ciri kecerdasan:  Kebanyakan mereka mempunyai kecerdasan yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain. ‘masa’ menjadi ‘sama’  Tidak dapat menulis dan menyebut perkataan-perkataan yang mempunyai 3.5 suku kata  Sukar menyalin semula nombor-nombor. Ciri-ciri emosi  Murung.  Mempunyai kekeliruan susunan huruf. malahan ada yang lebih baik daripada kanak-kanak normal yang lain.

keyakinan dan imej diri yang rendah Menghadapi masalah ingatan dan turutan. Ciri-ciri sosial kelihatan berkhayal dan tidak mendengar mudah terganggu tingkah laku yang kurang matang Menghadapi kesukaran membaca isyarat sosial atau bahasa     badan  Masalah pergaulan sosial. kadang-kadang di dan dibuli di sekolah  anggap berbohong 14 .PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR  Menjadi badut di kelas  Bersikap berlawan  Suka di beri perhatian iv.

konsep kendiri. pengamatan maklumat. 2. pemprosesan MASALAH DISLEKSIA kanak-kanak matematik. dan Masalahrajah masalah tersebut dapat digambarkan dalam berikut: 15 . buat banding beza antara murid disleksia.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR Ciri Dengan AKTIVITI Murid Disleksia Fizikal Emosi Sosial Kecerdasa n Murid Pemulihan Murid Normal menggunakan jadual. murid pemulihan dan murid normal di kelas biasa.2 MASALAHUTAMA KANAK-KANAK Masalah utama yang dialami oleh disleksia ialah dari segi bahasa.

Dr Samuel Orton menjelaskan bahawa pada peringkat pra sekolah kanakkanak disleksia ini masih mampu menyesuaikan diri dengan baik dan ceria.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR Rajah Menunjukkan Lima Masalah Utama yang Dialami oleh Kanak-kanak Disleksia 2. Apabila kanak-kanak ini menyertai sekolah rendah. tekanan ke atas mereka semakin hebat kerana tahap pembelajaran yang semaki sukar dan mementingkan kecemerlangan akademik. Masalah mula wujud apabila mereka merasakan bahawa arahan-arahan dan bimbingan daripada guru adalah tidak selaras dengan gaya pembelajaran mereka.2. kanak-kanak disleksia ini berasa berputus asa kerana mereka 16 . Hal ini disebabkan kanak-kanak disleksia terpaksa menempuh persekitaran dalam keadaan berbeza daripada rakan sebaya normal yang lain. Oleh itu.1 KONSEP KENDIRI Kanak-kanak disleksia mengalami konsep kendiri yang menjejaskan masalah sosial dan emosi mereka.

Antara kesan yang berkaitan dengan konsep kendiri kanak-kanak disleksia adalah seperti berikut : • Mengelak ke sekolah dan kerja rumah Masalah ini adalah disebabkan oleh masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka di sekolah. ibu bapa perlu menyediakan aktiviti alternatf lain yang lebih menjana minda seperti melukis dan mewarna.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR tidak dapat mengikut proses pembelajaran seperti rakan yang lain yang secara tidak langsung menyebabkan mereka memberontak. 17 . kita juga perlu menyedari bahawa masalah sosial juga merupakan salah satu kesan daripada masalah disleksia. Di rumah ibu bapa perlu merancang dan membuat sedikit aktiviti fizikal bagi menyeronokkan hati kanak-kanak disleksia selain memberikan mereka masa rehat setelah pulang daripada sekolah. ibu bapa perlu memastikan masa menonton televisyen adalah secara terancang dan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Bagi menguruskan masalah ini. Namun demikian. Set televiseyen biasanya menjadi tempat kanak-kanak melepaskan diri dan lari daripada apa yang berlaku di sekeliling mereka. • Ketagihan menonton televisyen Masalah ini merupakan masalah yang sering dialami oleh kebanyakan kanak-kanak disleksia malahan kanak-kanak normal yang lain turut mempunyai masalah ini. Televisyen juga memberikan ruang yang lebih untuk kanak-kanak ini berada di alam imaginasi mereka sendiri. umpamanya tugasan atau set latihan yang berat. Oleh itu. Ibu bapa perlu sentiasa bekerjasama dengan guru bagi memastikan tahap dan perkembangan kanak-kanak disleksia ini sentiasa diberi perhatian agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pembelajaran.

Biasanya mereka memendam perasaan itu di sekolah yang kemudiannya melepaskannya di rumah dengan mengamuk tanpa sebab ataupun bergaduh. Dalam sistem yang berasaskan akademik. kebanyakkan kanak-kanak ini berhenti berusaha keran mereka berasa lebih rela dimarahi apabila mereka tidak berusaha langsung daripada mereka dimarahi setelah mencuba sedaya upaya tetapi tetap mendatangkan hasil yang kuarng memuaskan.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR • Menipu Apabila kanak-kanak merasakan diri mereka tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang di luar kemampuannya. • Mudah putus asa Ramai kanak-kanak disleksia merasa kecewa di sekolah kerana semua usaha mereka gagal. mereka akan menipu bagi memastikan kerja sekolah tersebut dapat disiapkan. • Tingkah laku agresif dan suka mengawal Kanak-kanak yang berasa kecewa dan dipinggirkan kerana tidak dapat menguasai pembelajaran seperti rakan yang lain akan melepaskan kemarahannya kepada orang lain. kadang kala kanakkanak disleksia menipu kerana mereka merasakan itu sahaja jalan penyelesaian untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Oleh itu. Ibu bapa dan guru juga perlu sentiasa memberikan peneguhan dan menghargai setiap usaha yang ditunjukkan oleh kanakkanak disleksia ini. ditambah lagi dengan ejekan ataupun kemarahan yang diterima daripada rakan-rakan dan guru. guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan kerja sekolah yang diberikan adalah bersesuaian dengan tahap akademik kanak-kanak disleksia tersebut. 18 . ibu bapa perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi selain mereka perlu meneliti punca sebenar kanak-kanak disleksia ini bertindak sedemikian dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Bagi menangani situasi ini.

motor dan lori. namun apabila mereka faham dengan jelas arahan aktiviti.2. namun apabila diberi latih tubi murid tidak dapat membezakannya. • Ciri kedua Murid disleksia mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya kepada situasi baru. • Ciri ketiga 19 . Berikut adalah antara ciri-ciri masalah pengamatan yang ditonjolkan oleh murid disleksia: • Ciri pertama Murid Disleksia lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya. Oleh yang demikian. pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Contohnya seperti guru memberi gambar rajah tumbuh-tumbuhan dan kenderaan seperti kereta. Contohnya.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR 2. kemudian guru meminta murid untuk mengkelaskan gambar rajah tersebut mengikut jenis yang diberikan. mereka dilihat sangat berminat untuk melaksanakan aktiviti tersebut. murid kelihatan memgambil masa yang lama untuk mengkelaskannya. guru perlulah mengkaji dan membuat pemerhatian yang khusus bagi mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada murid yang mengalami masalah pengamatan. Terdapat 16 ciri yang dikenal pasti ditonjolkan oleh murid disleksia yang mengalami masalah pengamatan. mereka kurang faham dan tidak tahu untuk melakukan aktiviti tersebut.2 PENGAMATAN Menurut Learner (1971) dalam bukunya “Children With Learning Disabilities”. oleh itu. Hal ini adalah kerana. Namun apabila guru menyuruh murid mula mengkelaskan gambar rajah tersebut. guru perlulah membuat peneguhan secara berulang kali bagi mengelakkan masalah kemahiran pengamatan terjadi. murid mengetahui bagaimana membezakan bentuk dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud.

guru memberi latihan kemahiran pengamatan penglihatn seperti mencantumkan dua suku kata menjadi perkataan yang bermakna. Murid sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum cuba untuk mencantumkan dua suku kata tersebut. Hal ini adalah kerana. Guru meletakkan suku kata di dalam satu kotak dan murid perlu mengambilnya dan ditampalkan di papan putih. Sekiranya guru memberi gambar bersama dengan perkataan seperti gambar ”rumah”. guru melaksanakan aktiviti menyebut perkataan yang mempunyai suku kata KV dan KVK seperti ”bakar”. Murid mengambil masa yang lama untuk menyebutkan perkataan tersebut. Contohnya guru memberi aktiviti seperti menyambungkan titik. • Ciri keempat Murid disleksia lebih cenderung ke arah tindakan yang terburu-buru dan memberi sesuatu keputusan tanpa berfikir. • Ciri kelima Murid disleksia lemah ko-ordinasi motor-mata tangan.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR Murid yang mengalami masalah pembelajaran sering cepat lupa. murid dillihat tidak dapat menyebut dengan lancar. Oleh yang demikian. namun perkataan yang dibina tidak mempunyai makna. Namun sekirannya guru tidak meletakkan gambar rajah bersama dengan perkataan yang ingin disebut. Contohnya. Apabila aktiviti dimulakan. ”b” dan ”c”. ”sakit” dan ”perut”. oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap. Namun murid dilihat tidak dapat menyambung titik dengan betul. murid tersebut dapat menyebut dengan lancar. guru perlu membetulkan kesilapan murid dan menerangkan kepada murid bahawa perkataan yang dicantum tidak membawa makna. murid tidak dapat memegang pensil dengan betul dan tumpuan mata yang diberi terhadap aktiviti yang dijalankan adalah kurang. Sebagai contoh. murid dilihat mencantumkan dua suku kata dengan betul. apabila titik disambungkan ia akan membentuk huruf seperti ”a”. Oleh itu bagi meningkatkan kemahiran 20 .

kemudian guru menceritakan serba sedikit berkaitan gambar rajah berkenaan seterusnya guru meminta murid untuk membuat kesimpulan terhadap gambar rajah yang diberikan berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh murid. guru kelas menganjurkan pertandingan membina ayat dengan perkataan yang diberikan.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR ko-ordinasi motor-mata tangan murid. oleh itu. guru perlulah menggalakkan murid untuk belajar membuat keputusan yang berkait rapat dengan persekitaran dan memberi pendedahan yang teliti kepada murid berkaitan aktiviti supaya mereka dapat membuat kesimpulan dengan baik. mereka tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat tersebut. Hal ini adalah kerana. Contohnya. 21 . guru memberi aktiviti seperti meletakkan satu gambar rajah di papan putih. Murid yang mengalami masalah kesukaran pengamatan tidak akan melibatkan diri dan dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Namun kesimpulan yang dibuat tidak menepati gambar rajah yang diberikan. Contohnya. • ciri ketujuh Murid jenis ini dilihat susah sekali untuk turut serta dalam permainan kerana mereka tidak dapat mengikut corak permainan. Oleh itu. guru pemulihan perlulah mengajar murid asas pembina ayat yang mudah sehingga murid mampu membina ayat sendiri. kemudian ke peringkat yang lebih sukar. guru seharusnya memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan kedua-duanya digunakan dalam satu masa. • Ciri keenam Murid disleksia mengalami masalah ketidakbolehan membuat keputusan secara am.

Dengan menggunakan peta minda. ini bermakna mereka keliru dan sukar membezakan perkataan yang hampir sama bunyinya. apabila ditanya apakah perkataan yang bunyi akhirnya sama dalam ayat “Jack and Jill went up the hill”. Anda telah membaca tujuh ciri masalah pengamatan yang ditonjolkan oleh murid disleksia.2. Begitu juga dengan harga 22 . Ini adalah disebabkan oleh otak berfungsi untuk menganalisis dan meneliti maklumat yang diperolehi oleh seseorang ke dalam bentuk yang lebih lengkap. Umpamanya. tulisan dan sebagainya. Masalah pemprosesan maklumat yang dialami mereka terbahagi kepada beberapa aspek iaitu masalah pengkodan fonologi. ‘Jack’ dan ‘Jill’. Seterusnya.1 Masalah Pengkodan Fonologi Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi. masalah mengingat perkataan dan masalah ingatan jangka pendek. Secara ringkasnya.3. 2. mereka akan menjawab. senaraikan sembilan lagi ciri masalah pengamatan yang dialami oleh kanak-kanak disleksia.2. kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran dalam membezakan antara ‘paku’ dengan ‘pasu’. Pemprosesan maklumat berkait rapat dengan struktur otak seseorang. Mereka juga tidak dapat ‘mendengar’ rima akhir yang sama antara perkataan. 2. maklumat-maklumat tersebut akan dihurai dan diterjemah sama ada dalam pelbagai bentuk seperti lisan.3 PEMPROSESAN MAKLUMAT Satu lagi masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak disleksia adalah masalah pemprosesan maklumat. Berdasarkan contoh di atas.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR AKTIVITI 1.

Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan luar biasa. sebaliknya berkait rapat dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer. Secara umumnya.2. mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan. Mereka sukar mengingati fakta-fakta yang telah mereka dengar. 23 .PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR suatu barangan dalam bahasa Inggeris yang berunyi fifty cents ataupun fifteen cents. Mereka juga sering didapati mengalami kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga dan sering merujuk individu tersebut sebagai “kawan saya di sekolah” atau “budak lelaki itu” .2 Masalah Mengingat perkataan Dalam masalah ini. 1996). ini bererti kanak-kanak tidak Susah menjawab kerana memperoleh kembali fakta. Boleh mendengar Boleh melihat Errr… TETAPI bermasalah memproses perkataan Berdasarkan gambarsoalan yang tiba-tiba ditunjukkan di masalah atas. kanak-kanak disleksia dikatakan mempunyai masalah untuk mengingat semula perkataan yang telah didengari mereka. dapat menjawab soalan yang diberikan secara spontan.3. 2. Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran. Walau bagaimanapun. kanakkanak disleksia dikatakan mempunyai kecerdasan yang normal.

2. kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan. Kesemua proses ini akan mengumpul maklumat di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa itu. mereka menghadapi masalah menghafal sifir ataupun mengingat susunannya. Selain itu. seperti susunan bulan dalam setahun .4 Masalah Ingatan Jangka Pendek Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana maklumat yang sedang digunakan disimpan. Justeru.3. susunan huruf . Sebagai contoh. Ini bererti kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingati arahan-arahan panjang yang diberikan. pelajaran membuat origami dalam subjek 24 . tetapi mereka mengalami kepayahan menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisma penyebaran. Apabila ditanya secara spontan. 2. “Berapakah nilai 5 × 7?” Mereka terpaksa membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu.2.3. susunan hari dalam seminggu. Hal sebeginilah yang dikatakan pemprosesan maklumat dalam diri seseorang individu. Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa yang lama serta banyak tenaga dan usaha.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses ‘penyebaran’ dalam subjek sains dengan panjang lebar. Masalah yang sama juga berlaku dalam operasi pembahagian. nombor dan ejaan-ejaan bagi perkataan-perkataan.2. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang.3 Masalah Penyusunan Bersiri Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersiri.

Oleh kerana itu . jelaskan dua lagi masalah yang dialami oleh kanak-kanak disleksia iaitu masalah bahasa dan matematik. membuatkan mereka kehilangan punca kerana arahan yang terlalu panjang dalam aktiviti tersebut . Masalah yang serupa juga dihadapi oleh kanak-kanak disleksia apabila berhadapan dengan soalan aneka pilihan. “SELAMAT MAJU JAYA” 25 . Untuk memilih jawapan yang tepat. mereka perlu ‘memegang’ satu soalan dan empat pilihan jawapan dalam stor ingatan bekerjanya.PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR Pendidikan Seni. mereka lebih berupaya menjawab dengan baik dalam soalan terbuka yang memberi ruang untuk mereka berfikir dan menulis jawapan yang dikehendaki. Aktiviti 2 Anda telah membaca tiga masalah utama yang dialami oleh kanakkanak disleksia. Ini merupakan masalah berat bagi mereka. Dengan menggunakan bahan bacaan dari media cetak atau elektronik.