Anda di halaman 1dari 1

Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda.

~Osman Affan~ Peluang tidak selalu datang dalam hidup anda. Lebih buruk lagi jika anda melepaskan peluang yang anda ada. Selalunya anda akan kesal kerana melepaskan sesuatu peluang selepas ia telah berlalu. Sama seperti penjelasan saya di bulan Ramadhan dulu, semasa waktu siang di bulan ramadhan, makanan yang tidak menyelerakan pun nampak sedap dan membuat anda terliur. Ia jadi begitu kerana anda tidak boleh memakannya. Waktu itu anda mungkin menyesal kerana tidak makan makanan tersebut pada waktu lain (selain siang di bulan Ramadhan). Begitu juga dengan pelajaran. Ia merupakan satu peluang yang berdiri di depan anda. Jika anda lepaskan peluang itu dengan tidak belajar bersungguh-sungguh, peluang itu pasti meninggalkan anda. Sedar-sedar nanti, apabila anda sudah bekerja dan menghadapi kesukaran untuk maju, anda terasa menyesal kerana membiarkan peluang belajar tadi meninggalkan anda.

Anda mungkin juga menyukai