Anda di halaman 1dari 6

KELESUAN ATLIT Para saintis sukan sekian lama telah mengambil berat berkenaan dengan isu kelesuan, elemen

utama yang membataskan pencapaian manusia. Kelesuan biasanya adalah akibat daripada kerja fizikal di mana hasilnya mengurangkan keupayaan neuro-maskular dan sistem metabolik untuk meneruskan aktiviti fizikal. Neuro-Maskular Sistem saraf pusat (CNS) terlibat dalam limitasi pencapaian kepada had yang lebih luas. CNS mempunyai dua proses iaitu perangsang dan penahanan. Perangsangan adalah sangat berfaedah untuk proses rangsangan bagi aktiviti fizikal manakala penahanan adalah proses penyekatan. Melalui latihan terdapat pengubahsuaian yang konsisten terhadap proses. Bagi sebarang perangsangan, CNS hantar impuls saraf kepada otot yang bekerja dan mengarah ia untuk kontraksi dan melakukan kerja. Kelajuan, kuasa, frekuensi impuls saraf adalah bergantung kepada keadaan CNS. Bila proses perangsangan menguasai impuls saraf dengan efektif, ini dapat dibuktikan dengan pencapaian yang baik. Jika sebaliknya, hasil kelesuan di mana sel saraf dalam keadaan penyekatan, otot akan kontraksi secara perlahan dan lemah. Daya kontraksi otot berkait terus dengan aktivasi elektrikal yang dihantar oelh CNS dan jumlah motor unit (fiber otot) yang direkrut. Keupayaan kerja sel saraf tidak boleh kekal untuk jangkamasa yang panjang. Dibawah ketegangan latihan atau tuntutan pertandingan, keupayaan kerja menurun. Walaubagaimanapun, jika berintensiti tinggi dikekalkan hasil dari kelesuan, sel saraf akan menganggap keadaan penyekatan, melindunginya dari rangsangan luar. Rangsangan baru yang hasilkan keletihan, bila sel saraf dalam keadaan perlindungan penyekatan inhibition of protection. Dalam keadaan ini, ianya tidak bertindak balas dengan aktivasi yang sama dengan perlakuan yang baik di bawah tahap normal. Gangguan emosi berkaitan dengan pelbagai perlakuan

16

sistem saraf. Akhirnya kesinambungan latihan melangkaui tahap ini akan menyebabkan lebihan latihan atlit diluar keadaannya. Otot rangka menghasilkan daya dengan mengaktivasikan unit motor secara beransur-ansur dan mengatur frekuensi firing di mana ditingkatkan secara beransur-ansur untuk meningkatkan hasil keluasan daya. Kelesuan yang menyekat aktiviti otot, boleh dineutralkan pada darjah tertentu dengan strategi yang diubahsuai, dengan bertindakbalas terhadap kelesuan melalui keupayaan unit motor mengubah frekuensinya. Hasilnya, otot boleh mengekalkan daya dengan lebih berkesan di bawah keadan kelesuan tertentu. Bagaimanapun, jika jangkamasa penahanan kontraksi maksimum peningkatan, frekuensi firing unit motor berkurangan memberi isyarat bahawa penyekatan adalah lebih penting. Memandangkan perlakuan neuro-maskular dianggap penyebabkan kelesuan, ianya harus menjadi amaran kepada jurulatih bahawa jeda rehat pendek (2 minit) antara 2 set kontraksi yang maksimum adalah tidak mencukupi untuk rehat dan menjana semula system neuro-maskular bagi mengharap aktivasi yang tinggi dalam set yang berikutnya. Bila menganalisa keupayaan fungsi CNS semasa kelesuan, perhatian harus diambil terhadap pemahaman atlit terhadap kelesuan dan keupayaan fizikal yang lalu yang dicapai dalam latihan. Bila keupayaan atlit di atas tahap kelesuan yang dialami dalam ujian atau pertandingan, ia akan meninggikan motivasi atlit dan akan menghasilkan keupayaan untuk mengatasi kelesuan. Oleh itu, tahap motivasi harus dikaitkan dengan pengalaman lalu dan keadaan suaian fizikal. Metabolik Kelesuan otot boleh dikaitkan dengan mekanisma aliran kalsium dalam otot rangka. Kitaran pnguncupan otot yang kompleks dicetuskan oleh impuls saraf yang depolarisasi permukaan sel otot dan mengalir ke dalam fiber otot. Ini akan diikuti oleh beberapa proses di mana kalsium akan bergabung dengan filamen protin(actin-miosin) menghasilkan penguncupan. Bahagian berfungsi yang kelesuan adalah antara hubungan perangsangan-penguncupan, di mana

17

hasilkan samada mengurangkan intensiti kedua-dua proses atau mengurangkan sensitiviti untuk aktiviti perubahan aliran ion kalsium yang akan memberi kesan kepada peransangan-penguncupan. Peningkatan asid laktik dalam darah dan otot didapati memberi kesan yang negatif terhadap perlaksanaan dalam jangkamasa sederhana dan panjang, sebab kesan berhubung dengan kelesuan otot biasa dan akumulasi laktat. Pertukaran biokimia semasa otot kontraksi hasilkan pembebasan ion hidrogen, di mana akan menghasilkan asidosis atau kelesuan laktat, di mana untuk menentukan tahap kelebihan. Otot yang lebih aktif mempunyai kepekatan ion hidrogen yang tinggi, peningkatan asidosis darah, keadaan di mana hemoglobin kurang tarikan untuk oksigen. Walau bagaimanapun, untuk meredakan kemungkinan berlakunya tahap oksigen yang rendah di sel otot, semasa pengangkutan dalam darah melalui kapilari, hemoglobin akan membebaskan lebih oksigen. Peningkatan asidosis juga menyekat ikatan kalsium melalui ketidakaktifan troponin(sejenis sebatian protin). Memandangkan troponin penting untuk kontraksi sel otot. Ketidakaktifan troponin boleh menerangkan hubungan antara kelesuan dan latihan. Kekurangan kalsium juga membuatkan otot kardiak lebih sensitif daripada otot rangka, di mana ianya mungkin menerangkan mengapa ianya lebih nyata pengurangan keupayaan menguncup semasa asidosis. Keadaan asidosis yang tinggi menjelaskan faktor lain untuk perlakuan fizikal. Ianya mempunyai kesan penyekatan ke atas enzim-enzim tertentu yang menyebabkan proses glikogen menjadi perlahan dan tenaga yang diperolehi adalah terpantas. Ketidakselesaan yang dihasilkan oleh sensasi asidosis juga adalah faktor yang membataskan kelesuan psikologikal. Dari sudut sistem tenaga, kelesuan terjadi apabila Creatin phospate(CP) berkurangan dalam otot bekerja. Bila glikogen otot digunakan atau bila simpanan karbohidrat kehabisan. Hasilnya keupayaan kerja yang dilakukan oleh otot berkurangan, sebab mungkin berlakunya sebegitu dalam otot yang kurang glikogen ialah ATP yang dihasilkan adalah kurang berbanding penggunaannya. Beberapa kajian menunjukkan karbohidrat adalah perlu untuk kemampuan otot

18

mengekalkan kuasa tinggi dan keupayaan daya tahan semasa aktiviti fizikal yang sederhana dalam jangkamasa panjang kepada yang berat adalah berkait dengan jumlah glikogen dengan otot sebelum senaman. Ini menunjukkan bahawa kelesuan terjadi disebabkan oleh pengurangan glikogen otot. Bagi aktiviti berintensiti tinggi tetapi dalam jangkamasa yang pendek, sumber tenaga segera untuk otot kontraksi adalah ATP dan CP. Pengurangan simpanan sumber ini dalam otot akan membataskan kemampuan otot untuk kontraksi. Bagi kerja submaksima dengan jangkamasa yang panjang, bahan bakar yang menghasilkan tenaga adalah asid bebas lemak dan glukos, yang kemudian dibekalkan dengan jumlah yang signifikan oleh hati. Penyekatan asid bebas lemak boleh meningkatkan kadar perendahan glikogen yang memberi kesan kepada perlakuan. Kuasa pengoksidaan juga bergantung kepada kesediaan oksigen, di mana jika dalam kuantiti yang kurang akan mengoksidakan karbohidrat (sepatutnya asid bebas lemak). Oleh itu, pengoksidaan asid lemak maksimum akan ditentukan oleh pengaliran masuk asid lemak ke otot yang bekerja dan oleh status latihan aerobik atlit. Memandangkan latihan aerobik meningkatkan kedua-dua kesediaan oksigen dan kuasa pengoksidaan asid bebas lemak.

Tanda dan simptom kelesuan a. Keletihan dan lesu b. Sakit kepala c. Demam d. Penyahidratan e. Denyutan jantung cepat f. Pening atau pitam g. Rasa loya atau muntah h. Kekejangan otot i. Berpeluh dengan banyak

19

Sebab ianya berlaku Kelesuan terjadi dari hasil kerapnya pendedahan kepada suhu yang tinggi, diikuti dengan dehidrasi, biasanya kerana tidak cukup meminum bendalir. Ini juga biasanya boleh berlaku apabila banyaknya pengeluaran peluh menggantikan bendalir tersebut yang mengandungi terlalu sikit garam. Alternatif rawatan. a. Biasanya digalakkan pengambilan kalsium, magnesium dan potassium. b. Pengambilan amphetamine iaitu sejenis dadah yang popular dikalangan atlit untuk meningkatkan prestasi dan dapat menurunkan kadar keletihan. c. Aspartic Acid Salts (Garam Asid Aspartik), ianya dapat mmbersihkan darah yang mengandungi amonia yang berlebihan itu dengan lebih baik iaitu mengurangkan keletihan dan bertindak seperti bantuan ergogenik. d. Pengambilan Alkali-Bikarbonat iaitu ianya dapat menyekat penurunan pH dan melengahkan keletihan dan meningkatkan prestasi pencapaian. e. Pengambilan Kaffeina mambantu pengagihan free fatty asids (asid lemak bebas). Ianya mempunyai kesan glycogen-sparing(simpanan glikogen) yang membolehkan lebih banyak lemak digunakan sebagai bahan pembakar tanpa banyak menggunakan glikogen dimana glycogensparing dapat mngurangkan kelesuan otot. Kesimpulannya supercompensation Nutrition aids dalam daya bentuk glycogen pencapaian

boleh

membantu

ketahanan

seseorang dengan membekalkan simpanan glikogen yang banyak di dalam otot, yakni melengahkan kelesuan. Pengambilan vitamin-vitamin pada amnya tiada memberi faedah kepada atlit-atlit, kecuali dalam keadaan-keadaan dimana dos-dos vitamin yang diserap badan kesinambungan air dan elektrolit adalah penting untuk mencapai prestasi yang normal. Pengambilan aspartic acid salts tidak konsisten keputusannya dalam meningkatkan prestasi

20

namun pengambilan alkaline salts (sodium bikarbonat) didapati boleh meningkatkan daya ketahanan semasa latihan berat yang dijalankan dalam jangka masa pendek. Kafeina pula menampakkan peningkatan ketara dalam prestasi bekerja seseorang sebelum kelesuan berlaku.

21

Anda mungkin juga menyukai