Anda di halaman 1dari 24

Tahun 4 Ayat Sama Maksud Student Name : Took Shir Li Category : eTopic Exam Level : Standard 4 Paper : 1

Topic : Ayat Sama Maksud

Q.Ref - AS40011360 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat Sama Maksud berikut.

1. Para doktor sedang mengkaji punca penyakit itu. (A) Para pesakit sedang mengkaji punca penyakit doktor (B) Penyakit itu sedang dikaji oleh para doktor (C) Punca penyakit itu sedang dikaji oleh para doktor. (D) Para pesakit sedang mengkaji punca penyakit mereka

Q.Ref - AS40011361 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat Sama Maksud berikut.

2. Kereta api Tanah Melayu Berhad telah menawarkan tambang istimewa pada musim cuti sekolah. (A) Tambang istimewa akan ditawarkan pada musim cuti sekolah oleh Kereta api Tanah Melayu Berhad. (B) Tambang istimewa ditawarkan pada musim cuti sekolah kepada Kereta api Melayu Berhad. (C) Pada musim cuti sekolah, harga tambang telah ditawarkan oleh Kereta api Melayu Berhad. (D) Pada musim cuti sekolah, tawaran istimewa telah ditawarkan oleh kereta api Tanah Melayu Berhad.

Q.Ref - AS40011362 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat Sama Maksud berikut.

3. Zaiton menjemur ikan-ikan kering itu di atas para dengan berhati-hati. (A) Dijemur dengan hati-hati di atas para itu ikan-ikan kering oleh Zaiton. (B) Dengan hati-hati , ikan-ikan kering itu dijemur oleh Zaiton di atas para. (C) Zaiton yang berhati-hati menjemur ikan-ikan kering itu. (D) Zaiton menjemur ikan-ikan kering yang berhati-hati itu di atas para.

Q.Ref - AS40011363 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat Sama Maksud berikut.

4. Setelah berkhidmat selama 25 tahun, Encik Zaidi bersara daripada jawatan guru. (A) Encik Zaidi telah berkhidmat selama 25 tahun sebagai guru. (B) Encik Zaidi bersara kerana dah menjadi guru. (C) Encik Zaidi terpaksa bersara kerana beliau terlalu tua untuk menjawat jawatan guru. (D) Encik Zaidi bersara daripada jawatan guru setelah berkhidmat selama 25 tahun.

Q.Ref - AS40011364 Question Comment

5. Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat- Ayat Yang Betul berikut. (A) Calet itu terletak di antara sungai dengan bendang. (B) Mereka segera berpindah bila diarahkan oleh pihak berkuasa. (C) Izana berkhidmat sebagai sukarelawan. (D) Penjahat itu berlagak bodoh-bodoh apabila disoal polis.

Q.Ref - AS40011365 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat-Ayat Yang Betul berikut.

6. (A) Laporan kewangan persatuan diserahkan ke Cikgu Maria. (B) Dia diberi tempoh seminggu untuk menyiapkan tugasan itu. (C) Alas meja itu dikait oleh saya. (D) Kapal kontena itu karam di perairan antarabangsa.

Q.Ref - AS40011366 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat- Ayat Yang Betul berikut.

7. I. Setiap pagi saya berjalan kaki ke sekolah. II. Ayah saudara awak ke mana? III. Dia termenung apabila menerima berita itu. IV. Ibu menjerang air di dapur. (A) I, II, dan IV (B) I, II, dan III (C) I, III,dan IV (D) I, II, III, danIV

Q.Ref - AS40011367 Question Comment

Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat- Ayat Yang Betul berikut.

8. I. Amran ke kedai untuk membeli sekilogram gula. II. Jalan untuk ke kampung seberang bengkang-bengkok. III. Suasana di Pesta Pulau Pinang sangat ramai. IV. Muhaimi menghadiahkan kepada saya sekuntum bunga. (A) I dan II (B) I,II, dan III (C) I, II, IV (D) I, II, III, dan IV

Q.Ref - AS40011368 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

9. Ke manakah perempuan yang mahu bercakap dengan Puan Laili tadi? (A) Perempuan yang hendak bercakap dengan Puan Laili sudah pulang. (B) Tadi ada seorang perempuan yang hendak bercakap dengan Puan Laili. (C) Yang hendak bercakap dengan Puan Laili tadi ialah seorang perempuan. (D) Perempuan yang hendak bercakap dengan Puan Laili namanya Puan Rozzana.

Q.Ref - AS40011369 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

10. Mengapakah Encik Azman mengadakan kenduri kesyukuran? (A) Entah, saya tidak pasti tarikh majlis kenduri kesyukuran itu diadakan. (B) Encik Azman yang mengadakan kenduri kesyukuran pada malam ini. (C) Encik Azman mengadakan majlis kenduri kesyukuran bersempena dengan kejayaan anaknya dalam pelajaran. (D) Majlis kesyukuran Encik Azman turut dihadiri penduduk kampung.

Q.Ref - AS40011370 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

11. Hadiah itu untuk siapa? (A) Kak Aini yang memberikan hadiah. (B) Hadiah itu untuk Kak Aini. (C) Hadiah itu diberikan oleh Kak Aini. (D) Kepada Kak Aini hadiah itu diberikan.

Q.Ref - AS40011371

Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

12. Bagaimanakah keadaan bapa kamu? (A) Bapa saya sudah tua. (B) Bapa saya ke pekan. (C) Bapa saya ke masjid (D) Bapa saya sihat.

Q.Ref - AS40011372 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Soalan Pada Jawapan berikut.

13. Pasukan Pengakap itu mengadakan aktiviti perkhemahan di FRIM. (A) Di manakah letaknya FRIM? (B) Siapakah yang mengetuai aktiviti perkhemahan di FRIM? (C) Mengapakah Pasukan Pengakap itu mengadakan aktiviti perkhemahan di FRIM? (D) Di manakah Pasukan Pengakap itu mengadakan aktiviti perkhemahan?

Q.Ref - AS40011373 Question Comment

Pilih jawapan yang paling tepat bagi Soalan Pada Jawapan berikut.

14. Zali dan Dahlan yang menjadi dalangnya. (A) Apakah yang menjadi dalangnya? (B) Siapakah yang menjadi dalangnya? (C) Mengapakah mereka menjadi dalangnya? (D) Bagaimanakah Zali dan Dahlan menjadi dalangnya?

Q.Ref - AS40011374 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Soalan Pada Jawapan berikut.

15. Maaf, saya terlambat pada kali ini kerana jalan sesak. (A) Mengapakah jalan sesak dan kamu terlambat? (B) Kamukah yang meminta maaf kerana lambat sampai? (C) Siapakah yang meminta maaf kerana lambat sampai? (D) Mengapakah kamu lambat sampai pada kali ini?

Student Name : Took Shir Li Category : eTopic Exam Level : Standard 4 Paper : 2

Topic : Ayat Sama Maksud

Q.Ref - AS40011375 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat- Ayat Yang Betul berikut.

1. Zaidin menaikkan bendera sekolah. (A) Bendera sekolah dinaikkan oleh Zaidin. (B) Zaidin dinaikkan bendera sekolah. (C) Zaidin menaiki bendera sekolah. (D) Bendera sekolah menaikkan Zaidin.

Q.Ref - AS40011376 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat- Ayat Yang Betul berikut.

2. Guru Besar telah melepaskan peserta pertandingan sukan berkayak itu. (A) Sukan berkayak itu disertai oleh Guru Besar. (B) Peserta sukan berkayak itu telah dilepaskan oleh Guru Besar. (C) Guru Besar telah menyaksikan pertandingan sukan berkayak itu. (D) Guru Besar lepaskan peserta pertandingan sukan berkayak itu.

Q.Ref - AS40011377 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat- Ayat Yang Betul berikut.

3. Hari Bapa diraikan pada 16 Jun setiap tahun. (A) Warga bapa akan diraikan pada 16 Jun setiap tahun. (B) Setiap tahun, para bapa meraikan Hari Bapa pada 16 Jun. (C) 16 Jun merupakan hari mengingati para bapa. (D) Setiap tahun, Hari Bapa diraikan pada 16 Jun.

Q.Ref - AS40011378 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat- Ayat Yang Betul berikut.

4. Binatang liar di hutan itu telah dibunuh oleh pemburu yang tidak bertanggungjawab. (A) Pemburu yang tidak bertanggungjawab telah membunuh binatang liar yang terdapat di hutan itu. (B) Pemburu yang tidak bertanggungjawab telah dibunuh oleh binatang liar. (C) Pemburu yang bertanggungjawab telah membunuh binatang liar yang terdapat di dalam hutan itu. (D) Binatang liar di hutan itu telah dibunuh oleh pembunuh yang terdapat di situ.

Q.Ref - AS40011379 Question Comment Pilih ayat-ayat yang betul

5. (A) Para-para hadirin mengambil tempat. (B) Rumah orang kaya itu memasuki pencuri. (C) Baju itu dibuat dari sutera. (D) Semua murid dikehendaki masuk ke kelas.

Q.Ref - AS40011380 Question Comment Pilih ayat-ayat yang betul

6. I. Kedua orang itu tinggal di pekan. II. Hobi Lamin pada masa lapangan adalah mengumpul setem. III. Daki yang melekat pada kolar baju ini susah untuk dihilangkan. IV. Kawasan yang luas itu akan dijadikan tapak pembinaan pasar raya. (A) I dan II (B) I, II, dan III (C) II,dan III (D) III dan IV

Q.Ref - AS40011381 Question Comment Pilih ayat-ayat yang betul

7. I. Ayah kelihatan lesu setelah seharian berada di pejabat. II. Pendapat bulanan pengurus itu sungguh lumayan. III. Percakapan adik sungguh petah. (A) I, II, dan III (B) II (C) I dan III (D) III

Q.Ref - AS40011382 Question Comment Pilih ayat-ayat yang betul

8. I. Pondok usang itulah tempat kami berteduh. II. Murid-murid diminta mengambil tempat masing-masing. III. Azam menangis kerana terjatuh daripada basikalnya. IV. Dolah mendapat markah yang paling tinggi sekali.

(A) I dan IV (B) I, II, dan III (C) II,dan III (D) I, II, III, dan IV

Q.Ref - AS40011383 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

9. Sudah berapa lamakah kakak kamu ke Johor? (A) Mungkin kakak akan pulang dalam masa beberapa hari lagi. (B) Sudah seminggu kakak di sana. (C) Memang benar, keluarga kami berada di Johor. (D) Benarlah seperti yang kamu sangkakan itu.

Q.Ref - AS40011384 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

10. Bagaimanakah caranya untuk belajar membuat kuih ini? (A) Kita perlu mendaftarkan diri di kelas memasak.

(B) Banyak kuih yang telah dimasak. (C) Kamu perlu memasak kuih ini sekarang. (D) Ya, proses mendaftar kelas bermula sekarang.

Q.Ref - AS40011385 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

11. Bagaimanakah cara untuk membuat bahulu? (A) Ibu menyejukkan bahulu itu ke dalam periuk sejuk. (B) Ibu saya mengambil tempahan membuat bahulu. (C) Ibu saya memang pakar membuat bahulu. (D) Cara membuat bahulu sama seperti membuat akok.

Q.Ref - AS40011386 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

12. Apakah tarikan utama pengunjung ke Stulang Laut , Johor? (A) Di situ kawasannya berhampiran laut. (B) Di situ diliputi hutan paya bakau yang luas.

(C) Stulang mendapat tempat yang istimewa di kalangan pengunjung. (D) Stulang Laut merupakan kawasan terpencil di Johor.

Q.Ref - AS40011387 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Soalan Pada Jawapan berikut.

13. Zeela pergi ke taman selera Tok Bali untuk menikmati makanan laut. (A) Bagaimanakah suasana di medan selera Tok Bali? (B) Di manakah letaknya medan selera di Tok Bali? (C) Adalah Zeela pergi ke medan selera di Tok Bali? (D) Apakah tujuan Zeela pergi ke medan selera di Tok Bali?

Q.Ref - AS40011388 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Soalan Pada Jawapan berikut.

14. Ketinggian Menara Kawalan Trafik Udara KLIA ialah 130 meter. (A) Di manakah letaknya Menara Trafik Udara KLIA? (B) Pihak manakah yang mengendalikan kawalan trafik udara di KLIA? (C) Apakah tugas pegawai kawalan trafik?

(D) Berapakah ketinggian Menara Kawalan Trafik Udara KLIA?

Q.Ref - AS40011389 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Soalan Pada Jawapan berikut.

15. Taman Laut Pulau Kapas telah diwartakan pada tahun 1985. (A) Berapakah keluasan Taman Laut Kapas? (B) Bilakah Taman Laut Pulau Kapas diwartakan? (C) Apakah tarikan di Taman Laut Kapas? (D) Apakah tujuan Taman Laut Kapas diwartakan? Student Name : Took Shir Li Category : eTopic Exam Level : Standard 4 Paper : 3

Topic : Ayat Sama Maksud

Q.Ref - AS40011390 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat Sama Maksud berikut.

1. Yahya mengaku bahawa dia yang mengambil barang itu. (A) " Saya mengakui bahawa dia yang mengambil barang itu," kata Yahya. (B) Yahya berkata," Dia yang mengambil barang itu." (C) " Yahya mengakui bahawa dia yang mengambil barang itu,"katanya. (D) "Memang saya yang mengambil barang itu," kata Yahya

Q.Ref - AS40011391 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat Sama Maksud berikut.

2. Rani menyertai Kelab Kembara. (A) Rani dan saya menyertai Kelab Kembara. (B) Rani dan kelab itu menyertai Kembara. (C) Rani disertai Kelab Kembara. (D) Kelab Kembara disertai oleh Rani.

Q.Ref - AS40011392 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat Sama Maksud berikut.

3. Lalang di kebun kelapa ditebas oleh Hamdan. (A) Hamdan menebas kebunnya. (B) Hamdan menebas lalang di kebun kelapanya. (C) Zaid diajak oleh Hamdan ke kebun kelapanya. (D) Dia menebas lalang di kebun Hamdan.

Q.Ref - AS40011393 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Ayat Sama Maksud berikut.

4. Bilakah kamu hendak berangkat? (A) Zaid memberitahu masa akan berangkat (B) Zaid menyoal bilakah kawannya akan berangkat. (C) Zaid ingin tahu bilakah kawannya akan berangkat. (D) Zaid mengumumkan tarikh dia berangkat.

Q.Ref - AS40011394 Question Comment Pilih ayat-ayat yang betul

5. I. Ibu menasihati abang supaya belajar bersungguh-sungguh.

II. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. III. Kereta yang saya pandu ini bukan kepunyaan saya. IV. Ayam-ayamnya jinak -jinak belaka. (A) I, II, dan III (B) II dan III (C) I, II, dan IV (D) I, II, III, dan IV

Q.Ref - AS40011395 Question Comment Pilih ayat-ayat yang betul

6. I. Semua orang mengetahui bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata. II. Salmah menceritakan hal itu kepada saya. III. Para pelajar dinasihati supaya menjaga nama baik sekolah. IV. Semua kerja-kerja itu telah siap. (A) I, dan II (B) II dan III (C) I, II, dan III (D) I, II, III dan IV

Q.Ref - AS40011396 Question Comment Pilih ayat-ayat yang betul

7. I. Kerajaan akan membangunkan industri pelancongan di bandar itu. II. Dompet itu saya jumpa di tepi jalan. III. Saya akan bertemu dengan pegawai itu esok. IV. Setiap pagi ibu saya menyediakan sarapan. (A) I dan II (B) II, dan III (C) I, III, dan IV (D) I, II, III dan IV

Q.Ref - AS40011397 Question Comment Pilih ayat-ayat yang betul

8. I. Di waktu petang, Ali bermain bola. II. Yang memakai baju Melayu itu ialah abang saya. III. Zaiton berasal dari Kelantan. IV. " Apakah yang memberikan hadiah ini?"tanya Zali. (A) I dan II (B) I, II, dan III (C) II dan III

(D) I, II, III dan IV

Q.Ref - AS40011398 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

9. Siapakah nama guru ini? (A) Beliau ialah guru baru di sekolah kami. (B) Beliau mengajar mata pelajaran agama. (C) Nama guru ini ialah Aminah binti Hassan. (D) Saya suka kepada guru ini

Q.Ref - AS40011399 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

10. Di manakah ayah kamu membeli basikal itu? (A) Saya gemar menunggang basikal yang baru dibeli. (B) Ayah saya yang membelikan basikal itu. (C) Ayah saya menghadiahkan basikal kepada saya. (D) Ayah saya membeli sebuah basikal itu di pekan.

Q.Ref - AS40011400 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

11. Bagaimanakah kamu pergi ke sekolah setiap hari? (A) Memang, saya pergi ke sekolah setiap hari. (B) Saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. (C) Bas sekolah itu sangat selesa. (D) Ramai kawan-kawan saya menaiki bas sekolah.

Q.Ref - AS40011401 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Jawapan Pada Soalan berikut.

12. Kenapa kamu tidak pergi ke sekolah semalam? (A) Saya sakit perut, maka saya tidak pergi ke sekolah semalam. (B) Kawan-kawan tanya mengapa saya tidak datang ke sekolah. (C) Cikgu memberikan saya kerja rumah kerana tidak datang ke sekolah semalam. (D) Kerja rumah itu sangat banyak.

Q.Ref - AS40011402 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Soalan Pada Jawapan berikut.

13. Mata pelajaran yang paling saya gemari ialah bahasa Melayu. (A) Mengapakah kamu gemar mata pelajaran Bahasa Melayu? (B) Di manakah kamu belajar mata pelajaran Bahasa Melayu? (C) Siapakah guru Bahasa Melayu kamu? (D) Apakah mata pelajaran yang kamu gemari?

Q.Ref - AS40011403 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Soalan Pada Jawapan berikut.

14. Sudah lima tahun saya belajar di sekolah itu. (A) Mengapakah kamu belajar di situ? (B) Di manakah sekolah kamu? (C) Berapa lamakah kamu belajar di sekolah itu? (D) Bilakah kamu akan belajar di sekolah itu?

Q.Ref - AS40011404 Question Comment Pilih jawapan yang paling tepat bagi Soalan Pada Jawapan berikut.

15. Hujah Ami itu berdasarkan fakta sejarah. (A) Benarkan hujah Ami itu boleh diterima? (B) Di manakah Ami mendapat hujah itu? (C) Mengapakah hujah Ami boleh diterima? (D) Adakah hujah Ami boleh diterima?

Anda mungkin juga menyukai