Anda di halaman 1dari 24

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

1.0

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual secara amnya bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain (Huraian Sukatan Pelajaran PSV, PPK KPM:2002).Pendidikan Seni Visual di

sekolah rendah mensasarkan kepada seni tampak.Subjek ini menitikberatkan proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses ini turut menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu menerusi penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang yang disusun sesuai dengan tahap kognitif dan pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru untuk mengolah empat bidang tersebut bagi mencapai objektif pengajaran. Empat bidang berkenaan ialah :

i. Melukis dan membuat gambar ii. Membuat rekaan dan corak iii. Membentuk dan membuat binaan iv. Mengenal kraf tradisional

1.1 Bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual

1.1.1 Melukis dan membuat gambar

Bidang ini menekankan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan mengolah pelbagai media dan teknik dengan menitikberat aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.Teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah sepertimana berikut:

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) ~ Lukisan ~ Catan ~ Kolaj ~ Montaj ~ Cetakan ~ Resis ~ Gosokan ~ Stensilan ~ Percikan ~ Gurisan ~ Capan ~ Mozek

2012

Dalam aktiviti menggambar,kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara pengamatannya yang tersendiri. Situasi ini dapat membantu perkembangan psikomotor dan emosi murid serta penting bagi keperluan fisiologi dan psikologi murid.

1.1.2 Membuat corak dan rekaan

Bidang ini membuat ruang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan memgaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal dan bebas. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara sepertimana paparan berikut : i. Corak tidak terancang Tiupan Ikatan dan celup Renjisan Titisan Tarikan Lipatan Pualaman

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) ii. Corak terancang Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Kaligrafi

2012

Kegiatan ini memberi peluang kepada murid menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan teknik yang diingini.Bidang ini membuka ruang kepada murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak yang terdapat disekeliling mereka.Memberi penegasan terhadap aktiviti mengenal motif dan pengolahan dalam menghasilkan sesuatu rekaan corak.

1.1.3. Membentuk dan membuat binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan

kestabilan.Berlandaskan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas ketika mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model,Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga turut mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.Ini member peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan bahan dan alat semasa menjalankan proses penghasilan seni.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi , o Arca timbul o Arca assemblaj o Arca mobail o Arca stabail o Model o Diorama o Boneka o Topeng o Origami Kegiatan ini memberi ruang kepad murid membuat rujukan kepada bahan sebenar. Kegiatan ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai kaedah seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

1.1.4. Mengenal kraf tradisional Kraf tradisional boleh ditafsirkan sebagai perusahaan atau kerja=kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarkat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Peringkat sekolah rendah , murid didedahkan dengan kraf tradisional sebagaimana berikut : o Alat domestic o Alat permainan o Alat mempertahankan diri o Batik o Seni tekat o Tembikar o Anyaman o Kelarai o Ukiran

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses serta teknik membuat alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.Bidang ini memberi kesedaran kepada murid bahawa pelbagai jenis kraf tradisional yang terdapat dalam masyarakat kita.

1.2

Organisasi kurikulum sukatan pelajaran pendidikan seni visual

Organisasi kurikulum yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR mengandungi empat perkara utama iaitu : Pemerhatian secara aktif Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Apresiasi seni visual secara mudah Mennghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

1.2.1 Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian

secara

aktif

merangkumi

kesedaran

pemerhatian

keseluruhan, berfokus dan terperinci diharap dapat menajamkan persepsi murid. Selain mengembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut

diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.

Pemerhatian

yang aktif

dapat meningkatkan kreativiti seseorang.

Pemerhatian dapat melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara. Melalui pemerhatian itu, murid-murid diminta membuat pengamatan dengan

menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik minat

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) bagi melihat ataupun menyentuhnya.

2012

Seterusnya perbincangan murid-murid

dengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikan bagaimana sesuatu benda itu diolah menjadi motif.

Aspek pemerhatian yang aktif di dalam pengajaran guru melibatkan sensitiviti deria. Sebelum memulakan pengajaran atau semasa menyediakan aktiviti, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah pengetahuan sedia ada murid,benda yang konkrit,minat, kecenderungan dan latar belakang murid, serta mencetus idea dan imaginasi.

1.2.2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Kegiatan ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual dengan manipulasi alatan dan bahan serta terknik-teknik mudah.

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru di dalam menjalankan aktiviti ini ialah melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 1.2.3. Apresiasi seni visual secara mudah

2012

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.

Antara objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan dan kraf. Lantaran itu para guru tidak boleh mengabaikan aspek apresiasi ini semasa proses pengajaran berlaku.. Selain itu melalui kegiatan ini juga, muridmurid dapat mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan. Dalam sesi apresiasi ganjaran dalam bentuk penghargaan iaitu

menampalkan karya seni murid di sudut seni atau papan kenyataan dapat meningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka akan kebolehan mereka selari dengan teori behaviorisme yang menyatakan pemberian ganjaran amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, peneguhan positif kepada murid juga membolehkan murid mengamalkan tingkah laku terpuji serta dapat mengulangi kemahiran yang diajar.Terdapat dua jenis aktiviti apresiasi yang utama iaitu yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 1.2.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

2012

Pendidikan Seni Visual juga menegaskan akan kepentingan memupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini diharap murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

Sebagai contoh dalam aktiviti membuat kolaj, murid dididik supaya menggunakan bahan terbuang agar dapat menanamkan semangat mencintai alam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan, murid digalakkan membuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2.0 BIDANG MENGGAMBAR

2012

2.1

Lukisan keluarga

i.

Pemerhatian secara aktif

Menerusi teknik lukisan ini, guru menunjukkan contoh lukisan kepada murid sebagaimana contoh lukisan keluarga di atas. Gambar lukisan ini bersesuaian dengan pengalaman murid melalui pemerhatian persekitaran hidup mereka yakni ahli keluarga sendiri. Murid melakukan aktiviti pemerhatian dan menjelaskan tentang objek atau bahan-bahan lain yang terdapat dalam lukisan yang dipamerkan seperti ahli keluarga, masjid dan bunga.Kemudian, murid melakukan pemerhatian secara khusus dan terperinci dari segi jumlah ahli keluarga, kedudukan masjid dan perletakkan objek lain.Murid menyatakan garisan-garisan yang terdapat dalam gambar tersebut iaitu garisan pada objek dalam gambar. Penggunaan garisan ini dapat menentukan ton warna yang akan digunakan sama ada ton cerah atau gelap. Murid juga turut didedahkan dengan lukisan-lukisan lain yang bertema keluarga.Melalui contoh-contoh yang dipamerkan, murid membuat pemerhatian secara teliti dan mula melukis. 9

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

Langkah awal, murid membuat lakaran bentuk gambar yang ingin dihasilkan berserta penyusunan objek yang dilukis. Murid juga turut memasukkan ton warna dan pencahayaan. Murid menggunakan teknik yang sesuai bagi menunjukkan kesan cahaya dan baying objek.Selepas itu, proses penyempurnaan lukisan dilakukan secara terperinci dengan mengambil kira tentang ton warna dan pencahayaan. Ketelitian menghasilkan lukisan ini menjadikan lukisan ini menarik, cantik dan kemas.

ii.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Kegiatan seni bertambah menarik dengan penggunaan pelbagai alat dan bahan dalam menghasilkan sesuatu karya. Dalam lukisan ini, alat dan bahan yang digunakan amat mudah iaitu kertas lukisan,pensil dan pensil warna.Guru mendedahkan penggunaan pelbagai bahan dalam menghasilkan karya seni. Penggunaan alat dan bahan yang pelbagai ini akan mendorong murid melakukan kegiatan seni dengan lebih kritis dan kreatif. Penggunaan alat dan bahan yang berbeza ini akan menarik minat murid untuk mencuba menghasil karya mengikut minat mereka. Contohnya murid mewarnakan lukisan ini menggunakan krayon atau warna air. Kelainan penggunaan alat dan bahan ini membolehkan mereka membuat perbandingan hasil karya mereka. Sekiranya lukisan ini diwarnakan menggunakan warna air lebih menarik berbanding dengan menggunakan pensil warna maka sudah pasti murid lebih gemar menggunakan warna air dalam menghasilkan karya mereka. Selain itu, murid-murid juga berasa seronok dan berkeyakinan dalam membuat lukisan kerana hasil yang diperolehi tidak terikat dengan skema jawapan yang tetap. Kebebasan penggunaan alat dan bahan ini boleh memupuk minat serta melahirkan rasa yakin dan selesa dalam diri murid semasa menghasilkan karya seni.

10

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) iii. Apresiasi seni visual secara mudah

2012

Hasil karya murid akan dipamerkan oleh guru di hadapan kelas sebagai penghargaan kepada mereka atas hasil usaha yang baik. Karya ini juga akan ditampal di papan kenyataan sebagai penghargaan kepada murid. Seterusnya sebagai dorongan atau semangat kepada murid agar menghasilkan lukisan yang menarik. Menerusi lukisan ini, guru menjelaskan tentang konsep yang diaplikasikan dalam lukisan tersebut seperti penyusunan objek iaitu masjid, gambar keluarga serta langit. Penyusunan objek dapat membezakan ruang antara bangunan dengan orang serta langit. Kemasukan cahaya juga ditekankan dalam lukisan ini yang mnyerlahkan penggunaan ton warna. Ton warna gelap digunakan sebagai pembayangan cahaya bagi melahirkan hasil karya yang lebih menarik dan kemas. Menerusi aktiviti ini juga, murid dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan serta dapat melontarkan pandangan tentang hasil karya masingmasing. Murid juga dapat memahami dengan lebih jelas tentang cara menghasilkan karya yang lebih menarik serta mempuanyai nilai seni yang tinggi. Di samping itu, murid dapat mengetahui akan kelemahan dan kekuatan hasil lukisan mereka menerusi pandangan rakan-rakan.

iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Lukisan ini menonjolkan keharmonian dan kebahagiaan dalam sebuah keluarga.Murid juga mempunyai keluarga seperti ini. Situasi ini akan melahirkan rasa kasih sayang dalam diri murid sepertimana yang digambarkan dalam lukisan ini. Selain itu, proses menghasilkan lukisan ini memerlukan ketelitian,ketekunan dan kesabaran yang tinggi dalam kerja-kerja menyiapkan karya ini. Pemupukan nilai yang baik ini diharap dapat disemai dalam diri murid. Selain itu, hubungan yang baik antara murid juga dapat dicungkil melalui kerjasama dan interaksi serta bertukar-tukar alat melukis sepanjang penghasilan lukisan ini. Penerapan nilai baik seperti kekemasan,kebersihan serta bertanggungjawab juga dapat ditanam melalui kerja-kerja menyiapkan lukisan ini.

11

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru meminta murid menjaga kebersihan dan tanggungjawab menjaga tempat bekerja.Disamping itu, nilai

menghargai hasil kerja orang lain juga dapat dikutip menerusi kerja-kerja menyiapkan lukisan ini.

12

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 3.0 REKAAN DAN CORAK

2012

3.1

Capan daun

i.

Pemerhatian secara aktif

Berdasarkan hasil karya di atas, murid didedahkan dengan corak yang dihasilkan melalui penggunaan daun dan warna.Murid membuat pemerhatian terhadap corak yang dihasilkan dengan menggunakan daun yang dibuat secara berulangan. Corak yang berulang ini disusun mengikut kreativiti masing-masing dan ianya telah menghasilkan satu corak yang menarik.

Penggunaan daun dalam menghasilkan corak ini adalah mengambil kira akan kebiasaan dan pengalaman murid tentang daun. Persekitaran murid tidak terpisah dengan daun kerana di sekolah atau di rumah terdapat banyak jenis daun sama ada daun bunga atau sebagainya. Murid mudah memperolehi daun untuk menghasil capan daun ini. 13

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

Selain itu, melalui karya ini juga murid dapat memerhati penggunaan warna yang sesuai bagi menghasilkan satu corak yang menarik. Murid diberi kebebasan dalam memilih warna yang disukai untuk menghasilkan capan yang menarik. Dalam menghasilkan capan daun ini adalah mudah dimana murid hanya memerlukan daun dan warna air serta kertas lukisan sahaja. Murid perlu menyapu warna air pada daun, kemudian ditekatkan pada kertas lukisan bagi menghasilkan capan ini. Ketelitian amat perlu untuk menghasilkan capan yang menarik dan bermotif. Di samping itu, guru boleh menunjukkkan corak capan yang terdapat pada benda lain seperti tikar getah dan kertas pembalut sebagai pengukuhan tentang capan ini.

ii.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Karya capan ini tidak menggunakan alat dan bahan yang banyak serta menyulitkan kerana semua ini berada di persekitaran murid. Alat dan bahan yang digunakan ialah daun, warna air, berus dan kertas lukisan. Guru menunjuk caracara melakukan kerja-kerja menghasilkan capan ini. Murid menggunakan alat dan bahan yang dikumpul dalam membuat capan ini. Mereka diberi kebebasan memilih warna dan corak yang hendak dihasilkan sama ada susunan berasingan atau bertindih. Susunan dan warna yang berlainan boleh menghasilkan corak yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.

Corak yang menarik boleh juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan lain seperti ubi kentang, kacang bendi, pelepah pisang dan sebagainya. Bahan-bahan ini jika diolah dengan baik akan menghasilkan karya yang menarik. Murid akan berasa bebas dan seronok menjalankan aktiviti ini kerana tidak terikat pada sesuatu corak atau alat sahaja, Mereka bebas menghasilkan corak dengan penggunaan warna , alat dan bahan yang mereka sukai. Murid boleh memilih warna mengikut selera mereka sama ada warna

14

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

harmoni, penggenap dan sebagainya. Kombinasi warna dan kreativiti murid dapat menghasilkan corak dan rekaan yang menarik.

iii.

Apresiasi seni visual secara mudah

Hasil kerja murid dipamerkan di hadapan kelas oleh guru. Guru menjelaskan tentang corak yang dihasilkan dalam capan tersebut. terhasil Corak capan yang terhasil daripada penggunaan daun ini kelihatan menarik dengan pemilihan warna dan motif yang sesuai.Kepelbagaian warna yang digunakan dapat melahirkan jalinan corak yang menarik. Jalinan tampak ini hanya dapat dilihat bila ia diterjemahkan dalam hasil karya. Guru perlu memberi penegasan akan aspek kebersihan dan kekemasan semasa proses menghasilkan corak pada capan supaya tidak kotor dan menjejaskan corak yang mahu dihasilkan. Corak yang berulang akan menghasilkan capan yang menarik. Di samping itu, kebebasan memilih warna, corak dan susunan serta bahan dapat mencetuskan perasaan seronok dan gembira di kalangan murid. Murid tidak terikat dengan peraturan atau langkah-langkah yang tetap dalam menghasilkan capan. Mereka juga diberi ruang untuk membanding beza hasil capan di antara satu dengan lain. Justeru, adalah diharapkan timbul perasaan saling menghargai hasil usaha orang lain. Hasil karya murid boleh ditampal di sudut mata pelajaran di dalam kelas sebagai penghargaan kepada murid atas hasil kerja mereka serta memberi ruang daya saing di kalangan murid.

15

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

2012

Nilai baik seperti kekemasan, ketelitian, ketekunan dan kesabaran terserlah dalam kerja-kerja menghasilkan capan ini. Keadaan ini terbit apabila murid berhati-hati dan cermat semasa menggunakan warna air. Selain itu, murid juga menanam sifat sabar dan tekun dalam menzahirkan capan yang menarik dan kemas. Hasil ini boleh dipertontonkan kepada rakan-rakan dengan menampal di papan kenyataan atau sudut seni di sekolah. Penggunaan bahan yang mudah seperti daun dapat menjimatkan kos dan masa dalam proses pengahasilan karya ini. Penegasan tentang pemeliharaan alam sekitar perlu ditekankan oleh guru. Sebagai penghuni alam ini maka menjadi tanggungjawab semua menjaga alam ini. Kepentingan daun perlu diperjelaskan dalam proses kehidupan serta kehijauan bumi ini. Murid disarankan menggunakan daun yang kering untuk menghasilkan capan ini. Selain itu, guru juga perlu menegaskan kepada murid tentang menjaga kebersihan tempat kerja yakni semua bahan yang tidak digunakan mesti dimasukkan dalam tong sampah.

16

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 4.0 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 4.1 Mobail

2012

i. Pemerhatian secara aktif Kegiatan seni yang sering dilaksanakan oleh guru dalam kelas salah satunya ialah membina mobail.Mobail merupakan salah satu aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Dalam kerja

menghasilkan binaan mobail ini memerlukan pemerhatian yang teliti terutama melibatkan kestabilan objek yang dibentuk. Guru menunjukkan contoh mobail kepada murid untuk memberi gambaran atau pengetahuan asas mengenai mobail.Mobail ini melibatkan objek tergantung iaitu ramarama. Justeru, bagi menghasilkan mobail ini murid perlu membentuk rama-rama dan mewarnakannya supaya lebih menarik. Mobail rama-rama ini diambil sebagai bahan pengajaran memandangkan ianya mudah untuk murid membentuk objek rama-rama kerana pengetahuan sedia ada murid.Murid sering melihat rama-rama di sekitar mereka.

Bagi menghasilkan mobail ini, murid memerhati secara terperinci bagaimana objek rama-rama digantung dengan stabil. Imbangan yang 17

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

sama dan kekemasan mestilah dititikberatkan bagi menghasilkan mobail yang seimbang dan menarik. Untuk menghasilkan keseimbangan maka objek rama-rama perlu dibentuk sama dengan menggunakan satu model yang serupa. Murid menekatkan model tersebut pada kertas tebal atau bahan lain yang bersesuaian kemudian menggunting atau memotongnya. Rama-rama yang siap digunting akan diwarnakan serta digantung menggunakan tali atau benang pada oebjek lain seperti penyakut pakaian, kayu atau sebagainya.Hasil ini boleh digantung di dalam kelas atau tempat-tempat lain yang sesuai.

ii.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Kerja menghasilkan mobail ini memerlukan alat dan bahan yang sesuai dengan mobail yang hendak dibuat.Alat dan bahan yang digunakan seperti kertas tebal, tali,gunting, krayon, penyakut pakaian dan sebagainya yang sesuai. Kertas tebal digunakan untuk membentuk ramarama dengan acuan rama-rama yang sama. Setelah kerja menekat selesai, disusuli pula dengan kerja memotong kemudian mewarna dan seterusnya mengikat rama-rama secara seimbang. Rama-rama yang bertali ini akan digantung pada penyakut pakaian atau sebagainya yang sesuai. Penggunaan alat dan bahan ini amat penting dalam penghasilan mobail. Pelbagai alat dan bahan lain boleh digunakan dalam

menghasilkan mobail. Bahan-bahan terbuang seperti biji getah, tudung botol, kulit siput atau sebagainya boleh diadaptasikan menjadi mobail yang menarik. Fungsi warna juga penting dalam menghasilkan mobail yang cantik. Warna-warna panas seperti merah, kuning dan lain-lain dicadangkan untuk menghasilkan mobail supaya lebih terserlah serta menjadikan suasanan yang indah apabaila mobail ini digantung pada

18

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

lelangit bilik. Mobail yang berayun apabila ditiup angina tau disentuh akan menyerikan serta menceriakan bilik tersebut.

iii.

Apresiasi seni visual secara mudah

Kata-kata pujian atau penghargaan kepada murid di atas penghasilan mobail yang baik akan mendorong murid berminat dalam kerja-kerja seni. Mobail yang dihasilkan hendaklah dipamerkan di hadapan kelas dan seterusnya di gantung di ruangan yang sesuai. Rasa dihargai dan disanjung terbit dalam diri murid apabila hasil yang dibuat mendapat pengiktirafan daripada guru dan rakan-rakan. Keadaan ini akan mewujudkan suasana pembelajaran harmoni dan berkesan. Selain itu, pemilihan dan gabungan warna yang menarik akan menambahkan lagi keindahan pada mobail tersebut. Mobail juga boleh dihasilkan dengan campuran pelbagai objek namun imbangan objek mesti diberi perhatian yang sewajarnya. Keseimbangan ini akan menjadi mobail berayun dengan baik apabila ditiup angina tau disentuh. Sekarang ini kita boleh melihat teknik mobail ini diaplikasikan dalam penghasilan lampu-lampu hiasan atu kristal di dalam rumah, hotel, masjid, pejabat dan sebagainya.

iv.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Ketika kerja-kerja menghasilkan mobail ini berlaku, beberapa nilai baik dapat dicedok seperti sikap sabar, tekun, rajin dan

bertanggungjawab. Sewaktu murid menyiapkan mobail ini, mereka begitu tekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta menggantung objek yang dibentuk menjadi mobail yang menarik.Seandainya sikap begini tidak lahir dalam diri mereka maka sudah pasti karya yang dihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana orang lain.Menerusi

19

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) kerja-kerja penghasilan mobail ini juga akan

2012
sikap

melahirkan

bekerjasama, bantu-membantu dan bertolak ansur di kalangan muridmurid. Keadaan ini timbul kerana mereka akan saling bertanya dan bertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masingmasing.Kesedaran tentang keindahan alam maya dan segala

penghuninya dapat diterapkan menerusi penghasilan mobail ini. Sikap mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. juga dapat disemai dalam diri murid-murid menerusi penghasilan mobail rama-rama ini. Mereka melihat keunikan rama-rama yang pelbagai warna dan bentuk adalah kebesaran cipta Allah S.W.T. Di samping itu, iklim bilik darjah juga turut merasai tempiasnya apabila mobail ini di gantung dalam bilik darjah. Situasi ini menjadikan bilik darjah semakin cantik dan ceria.

20

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 5.0 KRAF TRADISIONAL

2012

5.1

Anyaman

i. Pemerhatian secara aktif

Karya di atas menunjukkan satu contoh kraf tradisonal iaitu anyaman. Melalui anyaman yang dipaparkan ini, murid membuat pemerhatian yang terperinci tentang corak anyaman yang dihasilkan. Corak anyaman yang berulang dihasilkan dalam anyaman ini. Penelitian juga difokuskan kepada cara penghasilan anyaman tersebut. Susunan reka bentuk juga diberi perhatian oleh murid.Murid dapat menyatakan corak anyaman yang dibuat. Selain itu, murid turut memerhati pemilihan warna bagi melahirkan satu anyaman yang menarik. Warna yang digunakan adalah warna asas dan warna sekunder. Warna asas ini menonjolkan keceriaan pada hasil anyaman. Pemilihan warna sekunder yang digabung dengan warna asas melahirkan suatu corak anyaman yang menarik. Guru juga turut member contoh-contoh konkrit yang lain seperti anyaman

21

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

tikar,bakul, barangan hiasan dan sebagainya. Contoh-contoh ini dapat memberi pengalaman kepada murid untuk menghasilkan anyaman sendiri.

Dalam menghasilkan anyaman, murid perlu menyediakan kertas warna, pensil, pisau dan pembaris. Guru memberi tunjukcara bagaimana cara menghasilkan anyaman asas ini. Murid memotong kertas dengan saiz yang sama serta berlainan warna. Kemudian, murid memulakan proses membuat jalinan kertas-kertas tersebut dengan mementingkan kekemasan dan keindahan coraknya.

ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Penggunaan alat dan bahan amat penting dalam menghasilkan anyaman. Alat dan bahan yang digunakan dalam membuat anyaman asas ini ialah kertas yang pelbagai warna. pisau dan pembaris.Murid boleh membuat penerokaan dengan mencuba menghasilkan corak yang pelbagai motif. Motif yang pelbagai serta warna yang berlainan akan menimbulkan suatu bentuk anyaman yang menarik. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta terknikteknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.

Di samping itu, anyaman juga boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan lain seperti daun pisang, daun pandan, buluh dan mengkuang. Guru mempamerkan hasil-hasil anyaman yang menggunakan bahan tersebut.

iii.

Apresiasi seni visual secara mudah

Melalui hasil anyaman ini, murid boleh menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri. Murid dapat meluahkan perasaan gembira dengan terhasilnya

22

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

anyaman mereka. Guru sebolehnya memberi pujian dan penghargaan kepada murid atas terhasilnya anyaman mereka. Seeloknya guru menampal anyaman yang baik di sudut seni di dalam atau luar kelas. Penghargaan ini akan mencetuskan semangat dan keinginan yang tinggi dalam diri murid untuk menghasilkan karya seni yang bermutu dan menarik.

Melalui kerja-kerja seni ini juga dapat melahirkan rasa seronok dan gembira di kalangan murid kerana memperolehi pengalaman baru menghasilkan anyaman. Murid juga perlu diberi peluang membanding hasil kerja mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, murid dapat meluahkan pandangan mengenai hasil anyaman sendiri dan rakan-rakan. Bagi mewujudkan daya saing antara murid adalah disarankan agar diadakan pertandingan membuat anyaman supaya dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid.

iv.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Proses menghasilkan anyaman ini dapat memupuk sikap tekun serta kesungguhan dalam diri murid. Ketekunan amat penting kerana proses menghasilakn anyaman ini memerlukan masa serta cermat dalam melakukan kerja-kerja menganyam. Kerja menganyam ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana ianya perlu dilakukan dengan teliti dan kemas. Secara tidak langsung, penghasilan anyaman ini dapat memberi kesedaran kepada murid tentang nilai menghargai alam semulajadi. Contohnya dalam anyaman tikar mengkuang atau kercut, kita akan menggunakan bahan semulajadi. Justeru, sebagai guru perlu menerangkan betapa pentingnya memelihara pokok ini daripada pupus.Rasa syukur juga perlu disemai di kalangan murid kerana bidang membuat anyaman memberi peluang kepada sebilangan masyarakat mendapat rezeki serta menaikkan imej negara kepada pelancong luar negara.

23

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 6.0 PENUTUP

2012

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang berkesan dapat dicapai melalui penglibatan pelbagai pihak.Peranan yang dimainkan bukan hanya daripada pihak guru sahaja malahan murid juga perlu dilibatkan sama secara langsung atau tidak langsung agar matlamat dan objektif pengajaran tercapai.

Memperkembangkan bakat seni serta memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilainilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain juga turut dititikberatkan dalam Pendidikan Seni Visual.

24

Anda mungkin juga menyukai