Anda di halaman 1dari 2

Soalan 3 Pada pandangan saudara apakah yang boleh dilakukan oleh insan yang bergelar guru ini dalam

memastikan transformasi pendidikan negara direalisasikan ?

SHAHRIL Profesion perguruan seperti juga profesion yang lain perlu melalui proses transformasi bukan sahaja untuk memperkembangkan status profesionalisme nya sahaja tetapi untuk menyokong dan mendukung hasrat kerajaan agar ia selari dengan dasar keperluan negara. Dalam hal ini golongan guru memainkan peranan yang penting sebagai penjana segala bentuk transformasi negara yang menjurus ke arah pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara bukan sahaja di mata kita tetapi di mata masyarakat dunia. Istilah guru itu sendiri telah memberi gambaran bahawa seorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas bukan sahaja terbatas kepada pengetahuan bidang kandungan pengajarannya tetapi merentasi pelbagai bidang termasuk bidang pentadbiran, penyelidikan dan sebagainya. Apa yang lebih penting di sini ialah pengetahuan ini harus mampu digembelingkan, diamalkan dan kemudian diaplikasikan dalam proses pengajaran pembelajaran di tempat kerjanya Hadirin yang dihormati sekelian, Jika dahulu gurulah yang berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar di mana hanya guru sahaja yang bercakap dan menyoal. Namun dalam era baru ini, guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Cara mengajar juga telah berubah di mana dahulu ilmu disampaikan secara lisan dan bertulis. Namun kini teknologi komputer telah memberikan sesi pembelajaran berjalan secara interaktif dan lebih menarik lagi. Selain itu guru juga berperanan dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Ini sangat bersesuaian dengan tema yang sedang dibincangkan ini. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran

tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru.

Soalan 5 Berdasarkan perbincangan kita , Shahril Berrdasarkan pandangan saya , guru sememangnya adalah insan yang paling layak dalam memastikan program transformasi pendidikan ini tercapai. Mereka lah golongan yang mampu merealisasian harapan negara untuk melihat sisatem pendidikan yang berkualiti menjadi satu realiti. Walaupun seribu dugaan datang memburu, namun mereka tetap utuh dalam mengharungi setiap onak duri dalam memastikan generasi masa hadapan cemerlang , gemlang dan terbilang melalui progran transformasi pendidikan yang membawa jutaan pembaharuan. Ada kata pepatahtakan menag , guru umpama lilin yang membakar diri menerangi orang lain, bkan cahaya lilin itu yang menjadi perhatian, tetapi pengorbanan

membakar diri sendiri demi orang lain itu yang harus dijadikan tumpuan.
"Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang di kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi."

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ____________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai