Anda di halaman 1dari 3

Refleksi ceramah- shahril

Alhamdulillah, segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT


yang telah mempermudahkan segala urusan. Program Bina Insan Guru
fasa V telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan
buat semua yang membantu menjayakan program ini melalui penglibatan
secara langsung atau tidak langsung

khususnya para pensyarah

pengurus program BIG, tak dilupakan buat tutor kami, En Asrar bin Sidon
dan semua rakan sepengajian di atas memberikan kerjasama yang baik
samada tenaga, masa dan wang. Semoga semua amalan mendapat
keredhaan dan rahmat Allah jua.
BIG kali ini terbahagi kepada dua, yang pertama lawatan penanda
aras ke sekolah dan

yang kedua Ceramah Big

Seminar Pengurusan

Pendidikan pada 3 April 2014 jam 3.00 petang di Dewan Sri Budiman.
Kami

dekehendaki

mendaftarkan

diri

pada

jam

2.30

petang

dan

berpakaian formal untuk menghadiri ceramah tersebut sesuai dengan


etika pemakaian kakitangan awam berpakaian formal kemas sesuai
dengan identiti sebagai seorang bakal pendidik.
Ceramah tersebut dibahagikan kepada 3 slot, yang pertama
disampaikan oleh En. Amin mengenai peranan guru, kemudian diteruskan
dengan slot kedua iaitu Puan Rosmah mengenai kelebihan menjawat
jawatan sebagai Pegawai Pekrhidmatan Pendidikan atau seorang bakal
pendidik dan diakhiri dengan slot yang terakhir iaitu bersama En. Zelkefli
dari

Jabatan

Teknologi

dan

Pendidikan

mengenai

carta

organisasi

Bahagian Teknologi Pendidikan.


Melalui ketiga-tiga slot ini, saya dapat mengetahui dengan lebih
mendalam tentang peranan guru dalam arus dunia pendidikan yang
sebenar. Pengurusan dalam bidang pendidikan merupakan satu aspek
yang penting dan sangat perlu dititik beratkan, bukan sahaja pada pihak
pentadbiran, tetapi juga kepada guru-guru. Ini kerana ia merupakan satu
tugas yang pelu dilaksanakan oleh guru-guru juga.

Seperti yang diketahui umum, bidang pendidikan di sekolah


mempunyai hubung kait yang kuat dengan pihak kerajaan. Ini kerana
sebagai penjawat awam, kerajaan memberikan satu keistimewaan agar
guru-guru dapat memberikan yang terbaik dalam bidang pendidikan itu
khasnya. Guru-guru juga terlibat dengan perundangan mereka sendiri,
termasuklah, nilai, etika, profesion, dan tatatertib.
Guru-guru hendaklah merujuk kepada dokumen-dokumen penting
seperti Surat Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan agar apa
sahaja yang guru-guru lakukan tidak menyalahi undang-undang keguruan
itu sendiri. Selain itu, pekeliling-pekeliling yang dihantar kepada pihak
sekolah adalah sebagai salah satu cara daripada pihak kerajaan untuk
menyampaikan perkara-perkara yang baru, juga sebagai garis panduan
atau

pemudahcara

untuk

melakukan

sesuatu

aktiviti

ataupun

menyelesaikan sesuatu perkara.


JPN, ataupun nama panjangnya Jabatan Pendidikan Negeri adalah
sangat penting. Antara tugas yang perlu mereka lakukan ialah memantau
pergerakan pendidikan yang dilakukan disekolah, memberi batuan kepada
sekolah

yang

sekolah-sekolah

memerlukan,
lain

juga

dan
dalam

memudahkan
bidang

perhubugan

pengurusan

dengan

pendidikan,

kurikulum, dan juga ko-kurikulum.


Guru sentiasa perlu menjadikan diri mereka fleksibel semasa
menjalankan tugas. Ini kerana guru perlu percaya, bahawa tugas mereka
kini bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi terdapat beberapa
tugas sampingan yang boleh membebankan diri sendiri jika tidak diurus
dengan baik dan sempurna. Ini bermakna, seorang guru itu perlu tahu
mengurus perubahan diri yang berlaku ke atas diri mereka, organisasi
yang ada disekolah dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum juga
persekitaran sektor pendidikan itu sendiri.
Akhir sekali, guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif
dan rasional serta dapat memotivasikan diri mereka dalam profesion guru
itu sendiri. Guru hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka dan

mengambil berat atas semua perkara yang mereka lakukan. Guru juga
mesti menghayati konsep kerjaya mereka ini adalah salah satu kerja
ibadat dan sungguh berjasa.

Anda mungkin juga menyukai