Anda di halaman 1dari 4

Bercerita Kisah Al-Quran MTAQ 2013 Haji Wada (Ust.

Hasniyati, Siti Fatimah & Khamsiah)


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Yang dihormati pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana seterusnya hadirin dan
hadirat sekelian.
Haji Wada wahyu terakhir,
25 Zulkaedah 10 Hijrah,
Kisah perpisahan berakhir takbir,
Terpahat kukuh dilipatan sejarah.
Ya kawan-kawan
Setelah sembilan tahun di Madinah , rasulullah s.a.w memberitahu hendak mengerjakan haji
di Mekah. Ramai penduduk Islam ingin turut serta bersama-sama Rasulullah s.a.w. Maka
berangkatlah baginda bersama-sama 90,000 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk
menunaikan haji.
Begitulah kawan-kawan , menunaikan haji adalah Rukun Islam yang kelima seperti firman
Allah dalam Surah Al Baqarah , ayat 196.
# ## # ? ?? ? & && & k kk k t tt t : :: : # ## # ` `` ` 9 99 9 # ## # ! !! !
Maksudnya : Sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah. Sesungguhnya kita
hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Yang Maha Esa.
Kawan-kawan nak tahu
Nabi memulakan memakai ihram ditempat bernama Zulhulaifah. Waktu itu baginda
mengajar niat haji serta membaca kalimah Talbiah.. Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala
syarikalakalabbaik. Innalhamda. Wannimata laka walmulk laa syarikalah.
Ketika Nabi sampai di Kaabah, baginda terus mengerjakan ibadat Tawaf sebanyak tujuh
pusingan sambil beristilam dengan mengucup batu Hitam ( Hajarul Aswad ). Setelah selesai
bertawaf nabi dan rombongannya menuju ke Bukit Safa untuk menunaikan Saie.
Bermula Saie di Bukit Safa,
Bercerita Kisah Al-Quran MTAQ 2013 Haji Wada (Ust.Hasniyati, Siti Fatimah & Khamsiah)
Berakhir pula di Bukit Marwah,
Melatih diri untuk bersabar,
Menambahkan Iman kepada Allah.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah..Al Baqarah ayat 158..
) )) ) $ $$ $ 9 99 9 # ## # 9 99 9 # ## # $ $$ $ ! !! ! # ## #
Maksudnya: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar agama
Allah.
Begitulah rakan-rakan.
Janganlah mudah percaya kepada manusia yang mengaku sebagai Nabi seperti ajaran sesat
yang dibawa oleh Haji Kahar yang digelar Rasul Melayu.
Tatkala di Mekah, Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada semua sahabat agar membuka
ihram. Namun , tiada seorang pun yang mahu menuruti perintah baginda kerana mereka
merasakan bahawa masa Haji sudah hampir tiba.
Sesungguhnya mereka lupa bahawa perintah nabi wajib dipatuhi tetapi mereka terus
membatu ibarat tunggul kayu yang baru ditebang. Rasulullah s.a.w amat marah sekali,
perintah baginda tidak diendahkan lalu berkata apa yang aku perintahkan hendaklah
dilaksanakan.
Selang beberapa hari, sampailah ke pengetahuan para sahabat bahawa nabi sangat marah lalu
mereka pun berlumba-lumba mencukur rambut untuk menebus kesalahan.
Ya kawan-kawan.
Kita hendaklah taat kepada perintah ketua berdasarkan ayat Al Quran dalam surah An Nissa
ayat 59.
$' %!# #`# #`& !# #`& 9# <`& {# `3
Bercerita Kisah Al-Quran MTAQ 2013 Haji Wada (Ust.Hasniyati, Siti Fatimah & Khamsiah)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, Taatilah Allah dan taatilah rasulNya dan
ulil amri diantara kamu.
Kawan-kawan.
Pada malam 8 zulhijjah, Rasulullah bersama umat Islam bermalam diMina kerana keesokan
harinya baginda akan berangkat ke Arafah untuk menyampaikan khutbah di lembah Uranah.
Beginilah bunyi khutbah baginda:
wahai manusia dengarlah kata-kata ini kerana mungkin pada tahun hadapan aku tidak
bertemu lagi dengan kamu.
Baginda berpesan:
Pertama : bertaqwalah kepada Allah
Kedua : jadikan Al-quran , as sunnah itu panduan hidup
Ketiga : semua orang Islam adalah bersaudara
Keempat : Tunaikan hak dan tanggungjawab kepada keluarga. Ini berkait rapat dengan
peranan wanita masa kini sebagai isteri dan ibu dalam mendidik anak-anak
sebagaimana Hajjah Sabariah Hashim yang mendapat gelaran ibu Mithali.
Kelima : jauhi ceroboh harta benda dan nyawa orang lain
Keenam : Surah al-Baqarah ayat 275
m& !# 79# m #/9# !#
Maksudnya: Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba
Ketujuh : Berhati-hati melakukan tindakan kerana setiap perbuatan manusia akan
menerima balasan.
Ingatlah pesanan nabi ini ,nasihat menasihatilah sesama muslim untuk kesejahteraan dunia
akhirat.

Bercerita Kisah Al-Quran MTAQ 2013 Haji Wada (Ust.Hasniyati, Siti Fatimah & Khamsiah)
Ya kawan-kawan..
Tatkala mendengar khutbah rasulullah , ada sahabat merasa gembira kerana menyangka Islam
telah sempurna sebagaimana firman Allah dalam Surah al Maidah ayat 3:5
9# M=.& 39 3 MC& 3= L M `39 =`}# $
Maksudnya: Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah
cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk
kamu.
Namun , Umar al Khattab dan Abu Bakar as Siddiq pula bersedih hati. Mereka tahu , bahawa
selesai sudah tugas baginda maka ajal pun hampir tiba.
Kawan-kawan.
Terbit Fajar 10 Zulhijjah, nabi pergi melontar jamrah.Setelah itu,rasulullah menyembelih 63
ekor unta bersempena usia baginda. Kemudian, baginda dan rombongan meninggalkan
Arafah untuk kembali ke madinah.
Ya kawan-kawan
Selesai Haji Wada baginda mula sakit kepala dan diserang demam panas yang ringan. Pada
pagi Isnin 12 Rabiul Awal Tahun 11 Hijrah keadaan Nabi Muhammad semakin lemah.
Rasulullah berwasiat dengan bersabda : Assolatu Assolatu wama malakat aimanukum
Tidak berapa lama kemudian ,baginda pun menghembuskan nafas yang terakhir dipangkuan
Saidatina Aishah.
Rasulullah dalam mengenangmu,
Kami susuri lembaran sirahmu,
Pahit getir perjuanganmu,
Jadi panduan sepanjang zaman..
(Wabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum w.r.t.)

Anda mungkin juga menyukai