Anda di halaman 1dari 6

Firman Allah swt.

yang bermaksud: Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan
bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah
itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. ~al-baqarah:103~
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1. IKHLAS NIAT Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika
menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang
sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan
menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk
kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya.
Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke
arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material
menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan
tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada
kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus
kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita
sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana
rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit
kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja
yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam
ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang
tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan
orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang
beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar
ikhlas.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam
pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas
dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau
buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang
berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita
kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan
mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang
bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai
kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini
adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu
Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang
fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal
hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita
juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu
bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan
yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan
pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar
dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana
belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan
bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar
kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi
syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah
ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
3. MENJAUHI MAKSIAT Kita mestilah menghidupkan budaya amar maruf dan nahi
munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada.
Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika
diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di
dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke
arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati

kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara
maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar
lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat
mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan
perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia
bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina,
mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika
dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah
kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di
dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui
perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada
anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu
kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.
Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah
kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan
mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar.
Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita
diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita
yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah AlZukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya
menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah
S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi
dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah
seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah
dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama sufi
begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati
dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan
seharian. Tanpa wirid yang mathur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah
agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan
yang telah diperintahkan oleh Rabbul Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan
solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan
solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu
segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian
kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh
Allah dan makhluk-Nya.
6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang
lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan
Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri
dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di
dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup
mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali
menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada
panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai
orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya
sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan
orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua
ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat
Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan
keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga

hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita.
Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita.
Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu
telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu
berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang
daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu,
maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan
janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan
ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua
telah mendidikku semasa kecil".
8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala
arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya
walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam
As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena
sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan
solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya.
Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah
keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan
remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat
pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara
langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita
fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan
sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada
keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan
berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama
membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu
menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam
kehidupan.
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu
yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa
mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan
dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah
ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan
jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta
jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan
batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar
kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah
kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah
merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus
mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka
dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu
kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di
dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi
nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam
kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu
melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2
hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa
kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi
Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.
http://members.tripod.com/~DarulUlum/PF2
halawah:
Assalamualaikum wr.wb.

Syukur atas nikmat Ilmu Yang Allah berikan diatas ini;


Ngidam akannya mudah2an terkenan
Cintain padanya semoga dapat keberkatan
Hayati amalan yang berkesan agar melahirkan kesolehan
Bahagia didunia dan Akhirat....Insya AllahuRabbuljalilullah.
Terutama sekali tepat pada;
1).......Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak
memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah
kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar
ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif
dalam kehidupan.........
.......Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak
beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada
penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada
terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam
mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di
dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia
sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara.... ........
2)DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- ......Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua
dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua
sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".
3).......Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :
".........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka
takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu,
setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang
yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.....
4)......Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam
keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar
bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan
bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar
kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi
syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah
ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
5)MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang
lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan
Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri
dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di
dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup
mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita.......
4) MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah
kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di
dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui
perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada
anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu
kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.
Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah
kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan
mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar.
Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita
diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita
yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-

Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya
menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah
S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi
dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah
seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
5)MENJAUHI MAKSIAT Kita mestilah menghidupkan budaya amar maruf dan nahi
munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada.
Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika
diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.
Subhanallah yang menjadikan bilangan ilmunya yang luas seluas air lautan yang tak
bertepi....
Alhamdulillah tidak mencukupi ucapan dan amalan yang dilakukan untuk mengucapkan
rasa kesyukuran hatta setinggi langit menjulang dan sedalam perut bumi yang tak tergali
isi-perutnya yang terisi kekayaan.
Lailahaillah...Masya Allah masih hati terkunci untuk menyadari Keagongan dan
Kebesaran IlahiRabbi...
AllahuAkbar...susah untuk diakui lantaran jiwa yang kontang dan hati yang lara,karat dek
kesusahan dibeban oleh urusan dunia dan penuh Keinginan Hawanafsu yang rakus
serakah....
Astaghfirullahal'Azim 100X....Itulah Medik yang diajar supaya beroperasi di Bulan
Ramadhan Klinik secara percuma hanya kembalikan diri kita semua pada yang Maha
Kuasa dan Esa tidak boleh dapat kita membalas Jasa-Jasa.
Wassalam.Penutup sementara selama hayat dikandong badan tiada lekang dek hujan
dan tak lapok dek panas,dengan izin Allah juga umat Muhammad diketemukan dengan
dipasak ukhuwah Islamiah sebagai Pencatuman.
Yang benar dari Allah,
yang silap dan terkasar dari Hamba yang Dhoif,
Ampun Maaf dipinta,
Kullu 'Amin waantum Bikhairin.
Amin YaRabbal Alamin.
halawah:
Quote from: alhaudhie on 08 September, 2007, 04:03:00 AM
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1. IKHLAS NIAT Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika
menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang
sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan
menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk
kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya.
Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke
arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material
menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan
tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada
kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus
kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita
sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana
rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit
kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja
yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam
ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang
tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan
orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang
beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar
ikhlas.
[url]http://members.tripod.com/~DarulUlum/PF2[/url]
Assalamualaikum wr.wb.
Anjuran pertama sekali mestilah berdasar niat yg Ikhlas yang menyampaikan dan yg
menerima/membaca ilmu juga perlu merasa ikhlas untuk ;
1)Iqra' (Baca)maka bacalah;
Sebagaimana ustaz sampaikan artikle diatas ini,
2)marilah sama2 kita fahamkan dan
apa anjurannya Allah swt melalui konteks ilmu tsb.
3)Redho menerima dan diberi ilmu seadanya
4)Kewawajiban muhasabah/koreksi diri
5)Berkesadaran untuk merubah dari sifat2 yg kotor kepada sifat2 mahmudah
(terpuji)dicintai oleh Allah swt.(amalkan)
6)Apa yang perlu disampaikan....apa hasil ikhlas tu sendiri (inilah buahnya)...
Buah yg saya dpt dr ilmu diatas;Bila saya muhasabah diri saya;
setelah saya membaca dan merenungkan petikan ikhlas dalam berilmu ini,saya merasa
betapa kerdil dan kurang/dangkalnya akal dan usaha saya dalam menilai dan meneliti
nikmat (kesenngan )Allah swt yg diberikan kpd saya,iaitu;
untuk memiliki,menyampaikan ilmu dan memperuntukkan masa untuk diri sendiri pun
tak mampu,kerana antara ilmu dan kewajiban tu bersaingan,serentak dalam satu waktu
yg diperuntukan.
Astagfirullahl'Aziim...
Padahal bukan payah sangat duduk mendengar/meneliti dan memahami saja lantaran
saya tak mampu meluangkan waktu,macam pagi ini ;
(1)dimasjid ada ceramah ilmiah
(3)namun tugas dirumah dan
(3)sekejap lagi ada kewajiban diluar sama persaingan sewaktu dgnnya,
maka tiga2 perkara ini penting/mesti /wajib,tapi ygmana satukah yg wajib atas yg
berwajib utk berkewajiban sebaiknya.
Maka disinilah letaknya dimana dan kemanakah Ikhlas kita terhdp Allah Yang Maha Esa.
Marilah sama2 kita renungkan dan fikirkan untuk hidup kita sehari ini wahai saudara2ku
seagama walaupun tak serumpun makan,namun kewajiban yg diperintahkan tetap tiada
beza.
Masya Allah. Lahaula walaquwwataillabillahil'aliyil'aziim

Anda mungkin juga menyukai