Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN Pelajar PPISMP semester 2 yang mengambil mata pelajaran Matematik Asas (MT2311D1) dikehendaki membuat satu kerja

kursus pendek. Para pelajar dikehendaki membincangkan tentang satu topik iaitu strategi penyelesaian masalah. Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamat. Torrence (1973), mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai: Proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian dengan membuat andaian, mengubah hidup, dan akhirnya melaporkan silapnya Robert Gagne di dalam Bukunya Educational Programs (1977,p. 177) menjelaskan Adalah menjadi satu matlamat utama untuk seseorang guru mengajar pelajarnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah, seperti masalah matematik dan masalah fizikal, masalah kesihatan, masalah sosial dan penyesuaian diri. Maka hal ini dilihat bersesuaian dengan tugasan kerja kursus pendek bagi subjek Matematik Asas (MT2311D1) sebagai persediaan kepada para guru pelatih di IPG. Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985). Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Model Polya adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik dimana ianya mempunyai empat langkah yang mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia. Menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang merangkumi pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah, implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali.

Dalam penyelesaian masalah juga terdapat dua jenis masalah iaitu masalah rutin (routine problem) dan masalah bukan rutin (non-routine problem). Masalah rutin (routine problem) ialah ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan, ianya bertujuan untuk melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran aritmetik yang melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Dan juga aplikasi secara terus (direct) yang menggunakan formula matematik, mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan. Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam matematik yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai konsep algoritma. Manakala masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian masalah yang unik dimana memerlukan pelajar mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak tidak seperti menjawab soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya. Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya. Strategi strategi yang biasa digunakan di sekolah rendah adalah seperti: Teka dan semak, Menetapkan maklumat dalam carta, jadual atau graf, Melihat kepada susunan, Mempermudahkan masalah, Simulasi atau melakonkan, Melukis rajah dan, Menggunakan kaedah songsang.

Pada tahun 1945, George Polya telah menerbitkan buku How To Solve It yang telah menjadi sebuah penerbitan tersohor pada ketika itu. Bukunya telah terjual lebih satu juta naskah dan diterjemahkan dalam 17 bahasa. Dalam buku ini beliau telah memperkenalkan 4 prinsip dalam penyelesaian masalah matematik.

Prinsip pertama : Memahami Masalah Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka tidak memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-soalan berikut :

Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan

dalam masalah tersebut ?


Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ? Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ? Bolehkah kamu menggunakan gambar atau rajah yang boleh membantu

kamu memahami masalah ?

Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?

Prinsip kedua : Merangka strategi Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:

Cuba jaya membuat senarai yang tersusun mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan menggunakan simetri menimbangkan kes istimewa menyelesaikan persamaan melihat pola melukis gambar

menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu guna model bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu guna formula guna analogi/perbandingan lakonkan/ujikaji mempermudahkan masalah

Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang sedia ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga digunakan oleh pakar matematik sekalipun.

Prinsip keempat : Menyemak jawapan Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. Gunakanlah Model Polya untuk menyelesaikan sebarang masalah hari ini.

Soalan 1. Amy dan Judy menjual 12 keping tiket suatu persembahan bersama. Jika Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy. Berapa keping tiketkah yang Amy jual?

Strategi 1. LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN Maklumat yang diberi ialah: Amy dan Judy menjual 12 keping tiket. Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy. Berapa keping tiket yang Amy jual?

LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi operasi matematik.

LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN x = Judy x + 2 = Amy

12 = x + ( x + 2 ) = 2x + 2 10 = 2x x=5

x=5 Amy = x + 2 =5+2 =7

LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA 12 7 = 5 75=2 Amy menjual 2 tiket lebih daripada Judy.

Strategi 2. LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN Maklumat yang diberi ialah: Amy dan Judy menjual 12 keping tiket. Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy. Berapa keping tiket yang Amy jual?

LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi melukis rajah.

LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN Bahagikan 12 keping kertas ( kertas dianggap sebagai tiket) ke dalam dua kotak yang ditanda Amy dan Judy untuk mencari jumlah tiket yang dijual sekiranya mereka menjual jumlah tiket yang sama. Amy Judy

Kemudian, alihkan sekeping tiket dari kotak Judy ke dalam kotak Amy. Amy Judy

Amy

Judy

*Rajah menunjukkan bilangan tiket yang dijual Amy lebih 2 keping daripada Judy. Jadi, Amy menjual 7 keping tiket dan Judy menjual 5 keping tiket untuk persembahan tersebut. LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA Amy = 7 keping Judy = 5 keping Jumlah tiket = 12 keping Perbezaan jualan tiket = 2 keping

STRATEGI 3 LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN Maklumat yang diberi ialah: Amy dan Judy menjual 12 keping tiket. Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy. Berapa keping tiket yang Amy jual?

LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi simulasi atau melakonkan semula.

LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN Mula- mula sekali, 2 keping tiket daripada 12 keping tiket akan diberikan kepada A (Amy) kerana Amy menjual tiket lebih dua keping berbanding B(Judy) . Tiket yang selebihnya akan dibahagikan secara sama rata antara A dan B.

*10 tiket dibahagi kepada dua A B

Kemudian, kira jumlah tiket yang dimiliki A. =Tiket yang dimiliki A ialah 7 keping tiket.

LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA 12 7 = 5 75=2 Amy menjual 2 tiket lebih daripada Judy.

ULASAN : Berdasarkan tiga strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik ini, kami sekumpulan berpendapat jalan kira ataupun strategi yang paling tepat digunakan bagi soalan ini ialah strategi operasi matematik. Hal ini kerana, jalan kiranya lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Berbanding dua strategi lain yang mana memerlukan pemahaman tinggi dan sukar dijalankan.

SOALAN 2 Setiap 8 pelajar yang memasuki pameran, 2 pelajar tidak akan dikenakan bayaran. Berapa orang pelajarkah yang dapat masuk ke pameran tersebut secara percuma jika sekumpulan pelajar seramai 30 orang ingin memasuki pameran tersebut ?

STRATEGI 1 LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN Maklumat yang diberi ialah: 8 pelajar = 2 percuma 30 pelajar = x orang pelajar masuk percuma

LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi melukis rajah.

LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN Lukis 3 lajur yang mempunyai 8 pelajar dan 1 lajur yang mempunyai 6 pelajar.

Kemudian, bulatkan 2 pelajar yang berada pada lajur yang mempunyai 8 pelajar

Dan akhir sekali, jumlahkan pelajar yang telah dibulatkan. =6 pelajar masuk ke pameran secara percuma.

LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA Pelajar perlu bayar = 6 Pelajar masuk percuma = 2

Jika 30 pelajar : 30 8 8 8 6 = 0 *setiap kali tolak 8 =2 orang pelajar masuk percuma 2 x 3 = 6 ( 6 orang masuk percuma )

STRATEGI 2 LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN Maklumat yang diberi ialah: 8 pelajar = 2 percuma 30 pelajar = x orang pelajar masuk percuma

LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi melukis jadual.

LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN Kita perlu melukis jadual dengan pendaraban 8 pelajar dan pendaraban 2 kemasukan percuma.

Pelajar Kemasukan Percuma

8 2

16 4

24 6

32 8

Kumpulan pelajar seramai 30 orang tidak layak untuk 8 kemasukan percuma. Jadi kemasukan percuma adalah sebanyak 6 orang pelajar.

LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA 30 8 = 3 baki 6 Setiap satu 1 = 2 kemasukan percuma ~ 2 x 3 = 6 ( 6 kemasukan percuma)

ULASAN : Berdasarkan dua strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ini iaitu menggambarkan dan membuat jadual, kami sekumpulan berpendapat bahawa strategi terbaik untuk masalah ini ialah dengan menggunakan jadual. Hal ini kerana, jalan kiranya lebih mudah dan cepat. Malah, kita dapat memahami jalan kira dengan hanya melihat jadual tanpa perlu mengira panjang seperti yang diperlukan oleh strategi menggambarkan.

SOALAN 3 Julia telah membelanjakan separuh daripada wangnya di sebuah pasaraya dan kemudian, berbelanja lagi sebanyak RM10. Selepas itu dia pergi ke pasaraya kedua, berbelanja separuh daripada baki wangnya, dan kemudian berbelanja lagi sebanyak RM10. Apabila dia keluar dari pasaraya kedua, dia dapati wangnya sudah habis. Berapa banyak wang yang dibawa oleh Julia semasa dia masuk ke pasaraya pertama?

STRATEGI 1 LANGKAH 1: MEMAHAMI MASALAH Pasaraya pertama Jumlah duit x = Baki RM10

Pasaraya kedua Baki x = Baki RM10 Baki terakhir = RM0

LANGKAH 2 : MERANCANG STRATEGI Untuk menyelesaikan masalah ini, ia menggunakan strategi bekerja ke belakang atau algebra.

LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN STRATEGI Untuk menyelesaikan masalah ini, 4 buah kotak dilukiskan bagi memudahkan pelajar melihat aliran pengiraan bagi menyelesaikan masalah dengan baik.

60 x

30 - 10

20 x

10 -

10

LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA

STRATEGI 2

LANGKAH 1 : MEMAHAMI MASALAH Pasaraya pertama Jumlah duit x = Baki RM10

Pasaraya kedua Baki x = Baki RM10 Baki terakhir = RM0

LANGKAH 2 : MERANCANG STRATEGI Untuk menyelesaikan masalah ini, ia menggunakan strategi melukis rajah.

LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN STRATEGI Di pasaraya kedua 0 + RM10= RM10 (RM10X2=RM20)

Di pasaraya pertama

RM20 + RM10 =

RM30

(RM30 X 2 = RM60)

LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA Menyatakan semula masalah itu dengan jawapannya.

Pada mulanya, Julia ada RM60. Di pasaraya pertama, dia berbelanja (RM60) - RM10 = RM20 Maka baki wangnya ialah RM20. Di pasaraya kedua, dia berbelanja (RM20) - RM10 = RM10 Maka baki wang Julia ialah RM10 RM10 = 0 (tiada baki)

ULASAN : Berdasarkan dua strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ini iaitu menggambarkan dan membuat jadual, kami sekumpulan berpendapat bahawa strategi terbaik untuk masalah ini ialah dengan menggunakan jadual. Hal ini kerana, jalan kiranya lebih mudah dan cepat. Malah, kita dapat memahami jalan kira berdasarkan objek maujud yang dapat kita lihat daripada system pengiraan matematik.

KESIMPULAN Pemilihan strategi penyelesaian masalah adalah banyak bergantung kepada jenis masalah yang ingin dan hendak di selesaikan. Strategi strategi yang kerap digunakan dalam menyelesaikan masalah matematik di sekolah rendah adalah

seperti kaedah analisis, kaedah analogi, melukis gambarajah, bekerja secara songsang, mempermudahkan masalah, melihat kepada pola matematik, asimilasi dan melakonkan semula, menggunakan operasi matematik dan membuat jadual. Berasaskan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah, strategi melukis gambar rajah merupakan salah satu strategi yang amat berguna dan dapat membantu pelajar membuat perwakilan serta model matematik secara separa konkrit (semi-concrete) dan seterusnya dapat membantu menyelesaikan masalah dalam matematik. Secara kesimpulannya, strategi pengajaran yang menggunakan penyelesaian masalah dalam matematik secara umumnya telah menemui empat langkah yang diterangkan secara ringkas :

1) Mentafsirkan masalah matematik berdasarkan pemahaman individu itu sendiri dan menukarkan masalah itu kepada istilah matematik yang paling mudah. 2) Memilih strategi dan kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. Proses penyelesaian masalah mestilah berkait diantara strategi yang telah dipilih dan kaedah yang telah digunakan. 3) Memilih dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, ini akan membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik. 4) Membuat penilaian berdasarkan kepada keberkesanan strategi dan kaedah yang telah dipilih dan digunakan sebagai penyelesaian.

SOALAN PILIHAN Dalam sebuah reban besar, terdapat 40 ekor ayam. Bagi setiap 8 ekor ayam, 2 ekor ayam akan dipindahkan ke dalam reban yang lebih kecil. Berapakah jumlah ekor ayam yang dipindahkan ke reban kecil?

LANGKAH 1: MEMAHAMI SOALAN Maklumat yang diberi: 8 ekor ayam = 2 ekor akan dipindahkan 40 ekor ayam = x ekor yang dipindahkan

LANGKAH 2: MERANCANG JALAN PENYELESAIAN Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi melukis rajah.

LANGKAH 3: MENJALANKAN PENYELESAIAN Lukis 5 lajur yang mempunyai 8 ekor ayam.

Kemudian, bulatkan 2 ekor ayam yang berada pada lajur yang mempunyai 8 ekor ayam.

Dan akhir sekali, jumlahkan ekor ayam yang telah dibulatkan =10 ekor ayam yang dipindahkan ke reban yang kecil.

LANGKAH 4: SEMAK SEMULA Ayam yang diletak ke reban besar Ayam yang dipindahkan Jika ada 40 ekor 40 8 8 8 8 8 =0 *Setiap kali tolak 8 = 2ekor ayam akan dipindahkan 2 x 5 = 10 ekor ( 10 ekor ayam akan dipindahkan ke reban yang lebih kecil ) = 6 ekor = 2 ekor

Masalah-masalah yang dihadapi. Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama

dalam pembelajaran matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985). Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza.

Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajarinya. Ia mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang dihubungkait rapat untuk membantu pembentukan satu set heuristik atau corak heuristik. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus dilalui oleh pelajar untuk membantunya dalam penyelesaian masalah. Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas masalah.

Masalah matematik berayat sememangnya merupakan komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR. Ini jelas tergambar dalam komponen soalan matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008, yang terdiri daripada 70% soalan berbentuk masalah berayat (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia [LPKPM], 2008). Kajian menunjukkan murid sekolah rendah belum berupaya menyelesaikan masalah matematik berayat walaupun mereka menguasai kemahiran menjalankan operasi secara prosedural (Mokhtar et al., 2001; Third International Mathematics and Science Study [TIMSS], 1999; Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd. Daud et al., 1997). Fenomena ini nampaknya secocok dengan kajian di luar negara seperti Verschaffel et al. (1999), Bransford et al. (1996), dan Hegarty et al. (1995) yang mendapati masalah matematik berayat menimbulkan banyak kesukaran dan kesilapan di kalangan murid peringkat awal persekolahan. Dalam menjelaskan tentang teknik penyelesaian masalah matematik, murid cenderung menyelesaikan masalah matematik menggunakan teknik menghafal prosedur dan operasi matematik, menggunakan angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci (Mohd Uzi, 1999; Hassan, 1998; dan Jemaah Nazir Sekolah

Persekutuan [JNSP], 1993). Selain itu, murid melaksanakan penyelesaian tanpa memahami dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu masalah semasa menyelesaikan masalah matematik berayat (Bransford et al., 1996; dan Hegarty, 1995).

Tidak dinafikan bahawa teknik menghafal prosedur dan operasi dapat menghasilkan penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin. Dalam penyelesaian masalah matematik, murid tidak harus dikongkong oleh satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru sahaja. Teknik lain yang sesuai perlu digalakkan, lebih-lebih lagi yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan kognitif murid, pengalaman dan persekitaran pembelajaran yang dilalui oleh murid.

Anda mungkin juga menyukai