Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN Dari perpesktif Islam pengertian proses pengajaran dan pembelajaran( pdp) dalam lslam merupakan segala perubahan atau peristiwa yang berlaku ke atas diri seseorang individu adalah merupakan proses (pdp). Pdp dalam Pendidikan lslam merupakan satu ibadah dan amanah kepada guru untuk diberikan kepada murid-murid. Ia merupakan satusatunya jalan dan teknik bagi manusia untuk sampai kepada kebenaran (hakikat) yang bertolak dari premis tauhid serta tidak memisahkan aspek akal dan jasad sebagai suatu yang bersepadu. Pengajaran dan pembelajaran menurut Islam merupakan pembentukan keseluruhan potensi diri individu dengan berlandaskan nilai-nilai ketuhanan atau rohani supaya

manusia boleh menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi dan sebagai hamba Allah S.W.T yang terbaik. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud Tiada pemberian orang tua terhadap anaknya yang lebih utama selain pendidikan yang baik dan ajarilah anakanak kamu kalimah La Ilaha IIallah ( tiada tuhan melainkan Allah) sewaktu ia mulai berbicara dan ajarlah mereka untuk membaca La IIaha IIalah sewaktu menghadapi kematian.

Terdapat pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran Pendidikan Islam yang perlu dikuasai oleh guru Pendidikan Islam khususnya dan umumnya bagi setiap insane bergelar guru. Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan Selain itu, guru juga harus menguasai kaedah pengajaran tertentu bagi topik topik tertentu contohnya guru harus menguasai kaedah pengajaran al Quran bagi menyampaikan pengajaran al Quran dan begitu juga dengan sirah contohnya, sekiranya guru hanya bersyarah tanpa menggunakan kaedah bercerita yang menarik, sudah tentu murid tidak akan menumpukan perhatian dan pengajaran kita juga gagal untuk di sampaikn

2.0 Nyatakan maksud strategi, kaedah dan teknik serta persamaan dan perbezaannya. Strategi pengajaran di definisikan sebagai kepandaian seseorang guru membuat perancangan dan perlaksanaannya terhadap semua aspek pengajaran dan

pembelajaran. Ini termasuklah pemilihan dan perlaksanaan kaedah, teknik, aktiviti, bahan dan masa yang digunakan. Antara jenis jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ialah strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid serta strategi berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan guru ini, melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas, serta memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar. Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu komunikasi antara guru dan murid adalah sehala. dan kepimpinan guru adalah bersifat autokratik., Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.. Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid. Aktivitiaktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif. Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.. Strategi ke tiga adalah strategi berpusatkan bahan. Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset,radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai. BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu datau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang digunakan perlulah memenuhi ciriciri seperti ketepatan, kejelasan, keluasan, serta kepelbagaian, Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti Audio-visual. Pengajaran terancang, Penggunaan

bahan pengajaran dan pembelajaran Modul, Dan Penggunaan buku teks dan rujukan. Di samping itu, kaedah merupakan satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid. Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan dengan cara-cara seperti mengenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan. Kemudian menentukan bahan yang hendak disampaikan mengikut peruntukan masa dan menetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang diperkenalkan serta akhirnya susun langkah secara berperingkat. Antara jenis kaedah pengajaran ialah kaedah sokratik, kaedah projek, kaedah penyelidikan serta kaedah penyelesaian masalah. Oleh itu seorang guru , perlu merancang dengan baik tentang satu satu kaedah yang hendak digunakan bagi satu pengajaran. Pemilihan kaedah yang sesuai akan membawa pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang bermaknan dan menyeronokkan. Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah atau cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Ia juga ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah dan cara menjalankan pelbagai langkah dalam aktiviti pengajaran. Dengan kata lain teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah. Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteksnya dengan kaedah yang di gunakan. Umpamanya menggunakan makmal bahasa untuk mangajar merupakan suatu teknik. Menghafal merupakan suatu teknik serta membaca dan menjawab. Apa

yang penting pemilihan sesuatu teknik

mestilah berasaskan sesuatu kaedah. Ia

memberi penekanan bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah - langkah pengajaran. Antara jenis jenis teknik adalah menghafal dan latih tubi, bersoal jawab, tunjuk cara, bercerita dan bersyarah.. Dalam menjalankan apa sahaja kaedah mahupun teknik prinsip-prinsip yang boleh dijadikan panduan ialah setiap yang dilakukan melibatkan murid secara aktif mahupun menggalakkan pengalaman secara langsung serta menekankan amalan dan penghayatan. Selain mengambil kira kebolehan dan kemampuan murid dan menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu.

Anda mungkin juga menyukai