Anda di halaman 1dari 20

1.

PENGENALAN
Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku

berdasarkan
tentang

data

kuantitatif

dan

kualitatif.

pelajar

adalah

untuk

pencapaian

penggredan.

Ia

boleh

dijalankan

Membuat
tujuan

sebelum,

pentaksiran

pemulihan

semasa

dan

dan

selepas

pengajaran.
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan,
kemajuan,

dan

pencapaian

murid

di

dalam

bilik

darjah.

Guru

menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan


membina

instrument

pentaksiran, menganalisis

maklumat

pentaksiran,

melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran,


guru

akan

bersepadu

dapat
dari

memastikan

aspek

intelek,

potensi
rohani,

secara

emosi

dan

menyeluruh
jasmani

dan

selaras

dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan.


Antara tujuan pentaksiran ialah sebagai Pelaporan Pencapaian.
Pentaksiran memberi memberi maklum balas kepada guru dan pelajar.
Dengan mendapatkan maklumat, guru dapat tahu setakat mana objektif
pelajaran telah dicapai. Guru juga dapat menentukan kemajuan dan prestasi
pelajar dalam pembelajaran. Maklum balik ini

membantu guru membuat

penilaian tentang pengajarannya. Ia bertujuan membantu guru membaiki


pengajarannya. Pelajar

dapat tahu tentang kekuatan dan kelemahan

mereka. Konklusinya melalui pelaporan pencapaian guru dapat menentukan


setakat mana pencapaian seseorang pelajar.
Selain itu, pentaksiran juga diguna untuk mengesan punca
kelemahan. Hal ini demilkian, ujian bersifat diagnostik dalam bilik darjah
dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan masalah pembelajaran.
Maklumat pentaksiran ini dapat menolong guru menyediakan rancangan
pemulihan bagi pelajar yang memerlukan.
Disamping itu, pentaksiran merupakan punca penggerak untuk
pembelajaran.

Pentaksiran

dapat

menggerakan

pelajar

untuk

belajar

bersungguh sungguh supaya dapat lulus. Suatu kebiasaan di mana pelajar


akan belajar jika mereka tahu bahawa pembelajaran mereka dinilai.
Tegasnya, pentaksiran berperanan sebagai alat motivasi kepada pelajar.

Selain itu, pentaksiran juga bertujuan sebagai ujian


penempatan dimana ia dapat menentukan kemahiran
sedia

ada

pada

pelajar

sebelum

dan

penguasaan

pengajaran. Di samping itu, ujian

penempatan berfungsi untuk menentukan aras bahan pelajaran yang


sesuai untuk digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran juga bertujuan untuk membuat pengumpulan dan
persijilan. Di dalam bilik darjah, guru sering menggunakan hasil ujian untuk
mengasingkan atau mengkategorikan pelajar mengikut tahap kemampuan
dan kebolehan mereka. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk
persijilan, dimana sijil sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar berjaya
lulus ujian atau peperiksaan.

2.0

HURAIAN MENGENAI PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL

DALAM PENDIDIKAN ISLAM.


2.1 Pentaksiran Formal
Pada umumnya pentaksiran boleh dikategorikan kepada dua
bahagian dimana ia terdiri daripada pentaksiran formal dan tidak formal.
Menurut Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) , penilaian secara
formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi.
Dimana ia melibatkan suatu

prosedur

atau

tatacara

yang

telah

ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon. Selain itu pentaksiran
formal juga dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara
yang telah ditetapkan. Disamping itu, pentaksiran formal juga menjadikan
setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji
untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian
akan dilaksanakan.
Penilaian formal terdiri daripada dua jenis penilaian iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa
penilaian formatif ialah penilaian yang melibatkan penggunaan ujian
untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil
pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu bab dalam
bab yang berkaitan.
Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat
pencapaian murid dalam sesuatu bab pembelajaran. Ia bersifat formatif
kerana ada unsur pembentukan semula selepas pelaksanaan sesuatu
ujian. Penilaian formatif biasanya digunakan untuk mengesan bidang
kelemahan

penguasaan

kemahiran

murid

secara

individu

supaya

kesalahannya dapat dibetulkan dengan serta merta. Oleh itu, penilaian kerap
dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajar, biasanya sewaktu pengajaran
dengan menggunakan kaedah secara individu ( Mak Soon Sang, 1994).

Walaubagaimanapun, hasil yang diperolehi daripada penilaian formal


adalah digunakan untuk memperbaiki pembelajaran murid dan bukannya
untuk memberi gred kepada murid. Hal ini demilkian, ia digunakan untuk
mengesan kemajuan murid. Sehubungan dengan ini, ujian kertas pensel
dalam bentuk formal digunakan

untuk menilai kemajuan mereka. Ujian

kertas pensel biasanya diadakan selepas beberapa unit kemahiran ataupun


satu unit pembelajaran telah diajar. Keputusan ujian ini akan direkodkan
dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk menentukan tindakan
selanjutnya seperti menempatkan murid murid ke dalam kumpulan yang
sesuai serta merancang aktiviti pengayaan atau aktiviti pemulihan untuk
mereka.
Objektif utama penilaian ini adalah untuk mengesan kejayaan dan
kegagalan murid dan aktiviti pengajaran yang telah dijalankan oleh guru.
Selain

itu,

penilaian

juga dijalankan secara berterusan

dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, pentaksiran secara formatif ini


juga membolehkan guru menilai kemajuan

murid

dalam

pelbagai

aspek

termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.


Selain daripada penilaian formatif, penilaian sumatif turut berada
dikategorikan sebagai pentaksiran formal. Penilaian sumatif ialah penilaian
yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus (Ee Ah Meng, 1991). Ia meliputi
aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran, biasanya
dalam tempoh satu penggal, pertengahan tahun, atau genap satu tahun. Cara
penilaian yang digunakan adalah bentuk formal, iaitu dengan menggunakan
kertas ujian, pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala kadar dan senarai
semak.
Penilaian sumatif ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian
murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan
kumpulan murid mengikut tahap murid serta pemilihan akitiviti dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian sumatif merupakan penilaian secara
berpusat. Antara contoh penilaian sumatif yang nyata adalah UPSR, PMR, SPM
dan STPM, dimana biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang
pencapaian murid di seluruh negara.

Berdasarkan huraian diatas, objektif penilaian formatif mahupun


sumatif, kedua duanya mempunyai objektif yang sama iaitu untuk mengesan
perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa,
selain untuk mengetahui keberkesanan pengajaran serta merancang dan
mengubah suai pengajaran disamping menjalankan tindakan susulan yang
sesuai dengan serta merta.

2.1.1

Perbezaan Antara Penilaian Formatif Dan Sumatif

Kenyataan

Penilaian Formatif

Fungsi

Maklumat pencapaian murid

Pemberian sijil dan

dan dapat mengesan punca

penggredan di akhir

kelemahan untuk pemulihan

sesuatu kursus

Sepanjang proses

Di akhir sesuatu unit

pengajaran

pembelajaran atau kursus

Kognitif, afektif dan

Kognitif

Masa

Penekanan
dalam

Ujian Sumatif

psikomotor

penilaian
Penumpuan

Satu-satu segmen atau

Objektif kursus yang

pengukuran

bahagian

dirancang

Satu sampelan

Terhad kepada tugasan

Beraneka jenis

pembelajaran sahaja
Kesukaran
item soalan

Berubah-ubah mengikut

Berasaskan Jadual

keperluan segmen

Penentuan Ujian, berbilang


aras kesukaran

Contoh

Ujian bulanan , lembaran

UPSR, PMR, SPM, STPM,

kerja

semua peperiksaan akhir

2.2.0 Pentaksiran Tidak Formal


Pentaksiran tidak formal adalah lebih kepada membuat penilaian serta
pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian
serta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif
seseorang murid.
Terdapat beberapa jenis pentaksiran tidak formal, antaranya adalah
membuat pemerhatian. Pemerhatian adalah satu kaedah
pemerhatian

yang

dijalankan

secara

bersistematik

penilaian
dan

melalui

tepat

untuk

mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat tentang murid yang


menjadi

sasaran

pemerhatian

ataupun

secara

keseluruhan

kelas. Jika

melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca,


sebab atau permasalahan yang dihadapi sama
pembelajaran

cara

bersosialisasi

ataupun

isu

ada

berkaitan

moral

yang

dengan
dihadapi.

Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku ,


perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja.
Antara tujuan pemerhatian adalah untuk mengesan serta merta kefahaman
murid. Pada kebiasaannya seseorang guru itu dapat mengesan serta merta sama
ada murid memahami atau tidak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
6

disampaikan oleh guru berdasarkan pemerhatian terhadap memek muka murid,


tingkah laku murid serta jawapan yang diberikan oleh murid murid. Selain itu,
guru juga dapat mengesan kemajuan serta tahap pencapaian murid dari awal
tahun sehingga akhir tahun. Pemerhatian juga digunakan untuk menilai sikap,
sahsiah serta perlakuan murid selain daripada amali.
Guru boleh melaksanakan pemerhatian melalui pemerhatian proses dan
hasil kerja

seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus

Melalui

pemerhatian ini guru dapat mengetahui sikap murid seperti malas atau rajin,
berdisiplin, teratur, kemas dan lain lain. Maklumat daripada pemerhatian bolleh
membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenaik keputusan penilaian
yang diperolehi melalui kaedah lisan dan penulisan. Selain itu, instrument
penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar iaitu marking
scheme.
Selain itu, merekod pemerhatian juga merupakan antara jenis
pentaksiran tidak formal. Merekod pemerhatian merangkumi senarai semak dan
rekod berterusan. Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk
mengenal

pasti

perkembangan

dari

segi

pengetahuan, kemahiran, sikap ,

sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk
menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat
diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan
keperluan

pemerhatian. Ia

memerlukan

satu

bentuk

jadual

dan

setiap

pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan


( ) atau cara lain.
Manakala rekod berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk
cerita (narrative)
semasa

yang

berlakunya

dikatakan

oleh

dibuat

sesuatu

murid

akan

ke

atas

peristiwa.
dicatat

indidvidu
Setiap

atau

perlakuan

sepanjang

kumpulan
dan

tempoh

murid

apa

yang

pemerhatian.

Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10


minit.

Daripada

pemerhatian

ini

guru

akan

dapat

mengukur

tentang

keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep


moral yang perlu ada pada setiap individu.
Anekdot juga turut merupakan contoh pentaksiran tidak formal. Rekod
anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif,
perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara
7

menyeluruh. Anekdot dilaporkan mengikut keutamaan, dimana bermula dengan


spek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks. Hal ini supaya proses mencatat
anekdot berlaku secara semulajadi dan rekod pemerhatian ini boleh disimpan
dalam

bentuk

portfolio

yang

bersistematik

dan

mengandungi

rekod

peribadi murid, perkembanganm diri murid sama ada dari segi sahsiah,
perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid.
Seterusnya adalah portfolio. Portfolio merupakan kaedah yang digunakan
untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian
jangka

masa

yang

pelajar

dalam

satu

dipersetujui. Portfolio juga boleh dikatakan sebagai

dokumentasi bersturuktur yang memerlukan perlak pelaksanaan perancangan


dan penilaian yang teliti. Proses
secara

kolaboratif

pembelajaran

untuk mencapai

secara

kefahaman

portfolio

dan

dijalankan

mendokumentasikan

pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari
peringkat awal hingga akhir selain

menggalakkan

pembelajaran

secara

interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. Selain itu,
portfolio juga mestilah bersifat reflektif dimana ia diransang melalui persoalan
dan persoalan itu menjadi panduan kepada murid untuk melengkapkan dan
menyempurnakan portfolio. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan
supaya dapat mencerminkan

perkembangan

pelajar dari semasa ke semasa

mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama. Jenis jenis portfolio yang
boleh dibina ialah portfolio kerja harian dan portfolio hasil terbaik serta portfolio
hasil terbaik.
Pentaksiran tidak formal juga dapat dilaksanakan melalui kaedah
temu bual. Kaedah ini merupakan satu instrument

yang

digunakan

dalam

kajian yang berbentuk tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu


set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan
kajian. Temu bual terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu temu bual berstruktur,
temu bual semi

struktur,

dan

temu

bual

yang

tidak

berstruktur.

Guru

mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual,
stail, kandungan dan susunan soalan temu bual. Soalan temu bual mestilah
mudah, jelas, dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai

dan

tidak

terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden.


Pentaksiran tidak formal juga terdapat jenis soal selidik. Kaedah ini
merupakan alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan. Soal selidik
yang

digunakan

dalam

sesuatu

kajian

boleh

disediakan

sendiri

oleh
8

pengkaji

ataupun

menggunakan

soal

selidik

yang

sedia

ada

dan

soal

selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan


dan

diuji

kebolehpercayaannya. Soal

menggunakan

temu

bual

bersama

selidik

biasanya

responden.

Ini

disokong

akan

dengan

menjadika hasil

dapat lebih bernas dan mantap


Tugasan merupakan salah satu daripada jenis pentaksiran tidak
formal. Tugasan boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk
satu tempoh masa tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan,
kesedaran

dan

kefahaman

tentang

nilai,

pemikiran

yang

rasional

dan

pertimbangan.
Instrument pentaksiran tidak formal boleh di bentuk melalui rekod
anekdot. Rekod anekdot merupakan satu
peristiwa

atau

tingkah

laku

murid

catatan

yang

ringkas

dianggap

mengenai

satu

penting, unik

dan

signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif menerangkan


fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini
akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan. Perkaraperkara

yang

terdapat

dalam

rekod

anekdot

ialah perkara

yang

menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi


sosial , kemahiran menyelesaikan masalah serta kejayaan-kejayaan yang
dicapai oleh murid.
Penulisan rekod anekdot mestilah jelas. Antara perkara yang yang perlu
dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah guru mestilah membuat
pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku terlebih dahulu, kemudian guru
perlu mengenal pasti samada peristiwa tersebut penting atau tidak. Sebelum
menulis maklumat peristiwa yang berlaku guru mestilah mengsignifikasikan
kepada aspek aspek yang lebih kecil. Penulisan rekod anekdot ini mestilah
ditulis secara objektif dan maklumat biasanya direkodkan adalah berpandukan
peristiwa.
Tuntasnya, pentaksiran tidak formal adalah kepada membuat penilaian
keatas seseorang murid ataupun individu di dalam kelas. Pentaksiran jenis ini
membolehkan guru mengenal muridnya dengan lebih dekat dan mendalam. Hal
ini kerana guru dapat memerhati dan menilai murid dari segi tingkah laku, sikap,
emosi, kognitif serta cara murid bersosial sesame mereka. Kesimpulannya,

pentaksiran tidak formal juga dapat membantu guru meningkatkan pencapaian


murid serta memperbaiki aktiviti pengajaan dan pembelajaran guru.

2.3.0 Banding Beza Antara Penilaian, Pengujian Dan Pengukuran.

10

Ciri

Penilaian

Pengujian

Pengukuran

Takrif

proses mentaksir

teknik mengukur

proses

perubahan tingkah

perubahan

nilai

laku berdasarkan data

tingkah

kuantitatif dan

individu

laku

kuantitatif

bagi

menentukan
pencapaian

kualitatif
Fungsi

memperoleh

pembelajaran individu.

membuat pentaksiran

mengesan

hasil

tentang pencapaian

pembelajaran

pembelajaran,

murid untuk tujuan

yang diperoleh.

jenis

pemulihan atau

mengesan

hasil
jenis-

kemahiran

dan

kemajuan.

peggredan
Masa

Dilaksanakan sebelum,

Dilaksanakan

Dilaksanakan sebelum,

semasa

sebelum,

semasa dan selepas

semasa dan

pengajaran.

dan

selepas

pengajaran.

selepas
pengajaran.
Cara

dijalankan

melalui

dijalankan

ujian dan alat-alat lain

melalui

seperti

item

rekod

soal

selidik,

anekdot

dan

dijalankan
item-

(soalan-

melalui

berbagai

cara

memperoleh

data

soalan) ujian.

kuantitatif

difokuskan

difokuskan kepada

kepada satu-

satu-satu unit

dan data kualitatif dari

satu unit

pembelajaran atau

pemerhatian,

pembelajaran

beberapa unit

atau beberapa

pembelajaran

senarai semak.
Fokus

berdasarkan
maklumat

selidik

atau

kepada
pengujian
soal
senarai

semak.

unit
pembelajaran

Hasil

menunjukkan

menunjukkan

menunjukkan

pencapaian dalam

pencapaian

pencapaian dan

segmen pelajaran yang

murid dalam

tingkah laku murid

diukur.

satu atau

secara keseluruhan.

beberapa unit
11

pembelajaran.
Jadual 2 : Banding beza pengukuran, pengujian dan penilaian.

Jadual 2, menunjukkan banding beza antara penilaian, pengujian


dan pengukuran. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa
konsep penting dalam dunia pendidikan. Menurut Popham (2000), istilah
pengukuran, pengujian, penilaian dan pentaksiran digunakan secara silih
bertukar dan dianggap sinonim. Walaupun kempat empat konsep ini
mempunyai tafsiran yang berbeza namun saling bantu membantu dalam proses
mencapai matlamat pendidikan.
Pengujian adalah merujuk kepada teknik untuk mendapatkan
maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang indiividu. Ia terdiri
daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi
satu set tindakbalas. Calon ujian mungkin diminta menyelesaikan sesuatu
masalah seperti medefinisikan sesuatu perkataan, menyusun ayat-ayat al quran,
menyatakan dalil atau hujjah sesuatu kenyataan dan sebagainya. Ujian
merupakan alat pengukuran yang membenarkan kita mengukur pencapaian
pelajar khususnya dalam bentuk markah.
Tujuan utama pengujian adalah untuk mengesan pencapaian hasil
pembelajaran yang telah diperolehi selain mengesan kemajuan yang telah
dicapai tentang pencapaian hasil hasil pembelajaran yang lain. Disamping itu,
melalui pengujian, guru juga boleh mengesan masalah masalah yang dihadapi
oleh calon ujian. Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan
soalan, kemudian peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan.
Melalui proses pengujian guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat
menguasai satu-satu kemahiran yang telah dipelajari. Proses pembelajaran
murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh para guru sahaja,
malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui sejauh mana
sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru, penilaian
sangat penting dalam konteks pembelajaran.
Jika pengujian adalah untuk mengesan pencapaian hasil
pembelajaran yang telah diperolehi, pengukuran pula adalah proses menentukan
kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Guru

12

mungkin menggunakan alat pengukuran

yang mungkin terdiri daripada ujian,

soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah
terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau
membuat keputusan.
Pengukuran dan pengujian mempunyai fungsi yang sama dimana
kedua duanya adalah mengesan hasil hasil pembelajaran serta jenis
kemahiran yang telah dicapai

selain mengesan jenis jenis masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh murid murid. Menurut Sharifah Alwiah


Alsagoff (1986), pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam
dua tahap dimana tahap pertama guru menempatkan pangkatan murid
mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10 orang murid yang terbaik
daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru
memerlukan

alat

pengukuran

yang

dapat

membeza

dan

menempatkan

kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk pengukuran di


tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan
Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan
Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan muridmurid lain. Skel yang digunakan di tahap ini ialah skel urutan sahaja (skel
ordinal).
Manakala di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa
perangkaan,

pengukuran

jenis

ini

menggunakan

skel

selang.

Guru

harus

menyediakan ujian yang memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100%
dan di tahap 1% adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua
murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat
dikira. Berdasarkan ciri ciri penting pengukuran Pengukuran tidak melibatkan
proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai, dianggap baik, buruk, memadai dan
sebagainya). Apabila guru mengukur kebolehan murid contohnya dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam, yang dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi
mana pengetahuan Pendidikan yang telah dicapai oleh murid tersebut. Kebolehan
atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah dan sebagainya.
Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian.
Selain itu, ciri ciri penting pengukuran juga dapat membandingkan
markah seseorang murid dengan satu skel atau dengan satu standard. Dalam
hampir semua pengukuran di bidang pendidikan atau psikologi, skel atau standard
yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Dengan kata lain, Pengukuran dalam
13

pemdidikan adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang


perbezaan antara murid. Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap tidak
dapat digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan seseorang
murid dengan rakan sebayanya dan memberi interpretasi pencapaian murid
tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya (Sharifah Alwiah Alsagoff,
1986).
Tamsilan itu, penilaian pula dapat ditakrifkan sebagai proses mentaksir
perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan
proses

menentu, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk

membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan,


penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang
sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya
dengan cara yang lebih berkesan.
Proses penilaian melibatkan melibatkan beberapa langkah iaitu
langkah pertama adalah mendapatkan maklumat melalui cara mengukur, kemudian
menetapkan suatu

kriteria bagi pengukuran

dan

ketiga membuat sesuatu

pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran. Prosedur penilaian


mengandungi
penyimpulan.

aspek-aspek
Antara

pengujian,

prosedur

penilaian

pengukuran,
ialah

penganalisaan

peringkat

persediaan

dan
ujian,

penringkat pentadbiran ujian, peringkat pemeriksaan dan pengukuran, peringkat


analisis dn peringkat interpretasi dan tindakan. Dari segi konsep, penilaian
merupakan kosep yang paling luas dimana merangkumi aspek pengujian dan
pengukuran.
Tuntasnya, penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru
dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal
pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun
seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula
diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru
dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan
seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat
pusat.

14

3.0

MEMBINA SATU SET SOALAN PEPERIKSAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN


ISLAM TAHUN 6.
A. Bulatkan jawapan yang betul.
1. Kalimah dibawah yang mengandungi hukum mad asli ___________.
. A

.C

.B

.D

2. Berikut adalah hukum mad (bacaan panjang) kecuali _____________.


A.

Mad asli

C,

Mad Badal

B,

Mad Lin

D.

Idgham bilaghunnah

3. Kalimah bergaris dibaca dengan hukum ________________.

A . Mad lin
C.
.

Mad wajib muntasil


15

B.

Mad Asli

D.

Mad jais munfasil



"

4. Ayat yang bergaris


__________.

wajib di baca

"

A . Panjang kadar 2 harakah

C.

Dengung 2

harakah
B . Tanpa dengung

D.

Terang dan jelas

5. Huruf mad asli mempunyai _______________.

D.

A.

B.

C.

6. Allah Maha Menghintung semua amalan makhluknya kerana Allah bersifat


___________.
A . Al Akbar

C.

Al Hasib

B . Al Ilmu

D.

Al Karim

7. Segala makhluk di bumi sentiasa _______________ kepada Alllah.


A . Bertasbih

C.

Bermunajat

B . Bermuhasabah

D.

Bertaubat

8. Diantara sifat sifat wajib bagi Allah adalah kalam. Apakah maksud kalam ?
A.
B.

Melihat
Berkata - kata

C.
D.

Bersedia

Melihat

9. Tempat ganjaran bagi orang yang mentaati Allah ialah ______________.


A.

Alam Barzakh

C.

B.

Syurga

D.

Neraka
Mahsyar

16

10. Perjanjian pertama yang berlaku antara Rasulullah s.a.w dengan penduduk
Madinah ialah perjanjian ____________
.

A . Hudaibiyah
B.

C.

Aqabah

Piagam Madinah
D.

Baiah Ridhwan

B. Sambungkan huruf menjadi kalimah.


11.

12.

13.

14.

15.

C. Jawikan ayat di bawah mengikut kaedah khat nasakh.


16. Saya suka membaca.
_____________________________________________________________________
17. Iman adalah nadi kehidupan.
_____________________________________________________________________
18. Allah Maha Berkuasa.
_____________________________________________________________________
19. Ilmu pelita hati.
______________________________________________________________________
17

20. Akhlak yang mulia amatlah dituntut.


_______________________________________________________________________

4.0

PENULISAN

REFLEKSI
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menyiapkan kerja kursus
Penilaian Pendidikan Islam ( PIM 3103 E) pada waktu yang ditetapkan. Kerja
kursus

ini

memerlukan

saya

menjelaskan

secara

mendalam

mengenai

pentaksiran formal dan tidak formal selain menjelaskan secara terperinci


persamaan dan perbezaan penilaian, pengujian, dan pengukuran. Selain itu,
kerja

kursus

ini

juga

turut

merangkumi

tugasan

membina

set

soalan

pertengahan tahun Pendidikan Islam Tahun 6, disamping menyediakan satu


penulisan refleksi yang sememangnya tugasan wajib bagi setiap kerja kursus.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mengalami masalah tentang kurang
memahami kehendak soalan. Hal ini dapat diselesaikan dengan bertanya kepada
pensyarah dan beliau memberi penerangan dengan lebih mendalam dan
18

terperinci. Malah saya juga bertanya kepada rakan-rakan tentang kehendak


soalan ini berulang-ulang kali untuk memahaminya. Selain itu, saya juga
mengalami

masalah

dalam

mencari

maklumat

yang

dikehendaki

iaitu

pentaksiran tidak formal. Hal ini disebabkan sumber rujukan pentaksiran tidak
formal di internet dan amatlah sedikit dan penulisannya kurang memuaskan.
Saya telah mengambil inisiatif dengan mencari sumber daripada buku buku
matapelajaran lain, memandangkan tugasan ini berbentuk umum. Oleh itu saya
telah menggunakan buku Pentaksiran Matapelajaran Sejarah sebagai sumber
rujukan untuk tugasan ini.
Disamping itu, pada awalnya amat sukar bagi saya untuk mencari
persamaan dan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. Hal ini
kerana, pada awalnya saya masih keliru mengenai konsep ketiga tiga item
dimana saya berpendapat ketiga tiga item ini mempunyai fungsi dan peranan
yang sama. Namun, setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, saya
sedari bahawa pendapat saya sebelum ini tidaklah salah sepenuhnya hal ini
kerana menurut Popham (2000),

istilah pengukuran, pengujian, penilaian dan

pentaksiran digunakan secara silih bertukar dan dianggap sinonim. Selain itu,
walaupun kempat empat konsep ini mempunyai tafsiran yang berbeza namun
ia saling bantu membantu dalam proses mencapai matlamat pendidikan. Di
samping itu, saya juga menghadapi

masalah kekangan masa yang mana

pengurusan masa saya agak sedikit lemah dan tidak teratur. Lebih lebih lagi
semester ini merupakan semester yang paling sibuk bagi saya sepanjang saya
bergelar guru pelatih. Pada semester ini, guru pelatih semester 5 dikehendaki
menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) bagi memenuhi proforma
matapelajaran Olahraga. Namun, berkat sokongan dan dorongan dari rakanrakan seunit ,akhirnya berjaya jua saya menyiapkan tugasan ini.
Melalui kerja kursus ini, ianya memberi pengetahuan kepada saya
mengenai konsep pentaksiran

formal dan tidak formal . Sebagai bakal guru,

pengetahuan ini amat penting kerana pentaksiran ini merupakan perkara wajib
bagi setiap murid. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan
potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani,
emosi

dan

jasmani

selaras

dengan

Falsafah

pendidikan

Kebangsaan.

Seseorang guru itu juga dapat mengetahui keberkesanan pengajaran guru, serta
mengubah suai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pentaksiran
yang dijalankan. Tamsilan itu, melalui tugasan ini juga saya dapat mengetahui
19

dengan lebih terperinci mengenai penilaian, pengujian dan pengukuran. Ketiga


tiga item ini saling berkaitan dan digunakan oleh guru sebelum, semasa dan
selepas sesi pengajaran.
Selain itu, melalui tugasan ini juga bakal guru dilatih untuk
membina

soalan

peperiksaan.

Kami

dikehendaki

untuk

membina

soalan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Islam Tahun 6. Sememangnya tugas


seorang guru bukanlah hanya di dalam bilik darjah. Pembinaan soalan
peperiksaan sememangnya bukan sesuatu yang mudah, melalui tugasan ini
kami dapat pelajari cara pembinaan soalan Peperiksaan Penddikan Islam, saya
amat teruja dalam membina soalan peperiksaan , hal ini kerana ini kali pertama
saya mempelajari cara pembinaan soalan peperiksaan memandangkan saya dari
major pendidikan prasekolah.
Selain itu, melalui tugasan ini, saya juga turut mendapati seseorang
guru itu perlulah kreatif dan inovatif . Guru perlulah kreatif dalam mentaksir
murid. Pentaksiran mahupun penilaian bukan sahaja di dewan peperiksaan
ataupun kertas dan pensel. Tetapi pentaksiran boleh dilakukan pada bila bila
masa

sahaja,

samada

ketika

murid

bersosial

mahupun

semasa

akitiviti

pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui pemerhatian guru boleh menilai


tahap kefahaman murid serta sikap dan tingkah laku murid. Oleh itu sebagai
seorang guru kita mestilah kreatif dalam mewujudkan suasana yang pelbagai di
dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, melalui pengetahuan mengenai pentaksiran formal dan
tidak formal ia dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih selain dapat
meningkatkan keyakinan guru pelatih dalam persediaan menghadapi situasi
pengajaran sebenar iaitu alam prektikum. Di samping itu, melalui tugasan
pembinaan soalan peperiksaan guru pelatih dapat belajar ilmu baru tentang
dunia pendidikan yang sememangnya penting apabila guru pelatih ditempatkan
di sekolah kelak.

20

Anda mungkin juga menyukai