Anda di halaman 1dari 3

Kumpulan Huru Hara (Band 5 Deskriptor 2) Band 5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradap Terpuji.

Pernyataan Standard : Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul dan tepat serta menjadi murid contoh kepada yang lain dan berketrampilan dalam nilai sahsiah. B5D2 (Kemahiran Muzik) : Menunjuk cara nyanyian dan permainan alat perkusi dengan betul. B5D2E1(Bermain perkusi mengikut detik) Arahan : 1. Sila bermain perkusi mengikut detik lagu 4/4. Pemerhatian: 1. Murid menepuk tangan mengikut detik lagu 4/4 dengan mngikut kiraan guru. 2. Guru menunjukkan cara untuk memainkan alat perkusi mengikut detik lagu 4/4. 3. Murid memainkan alat perkusi mengikut detik lagu 4/4 dengan betul.

B5D2E2(Bermain alat perkusi dengan dinamik) Arahan : 1. Sila memainkan alat perkusi dengan mengikut dinamik yang betul dengan memberi tekanan yang kuat terhadap bit pertama dalam detik 4/4. Pemerhatian: 1. Murid memainkan alat perkusi mengikut detik lagu 4/4. 2. Guru menunjukkan cara untuk memainkan alat perkusi dengan menekankan pada bit pertama(dinamik) dengan mengikut detik lagu 4/4. 3. Murid memainkan alat perkusi memainkan alat perkusi dengan menekankan pada bit pertama(dinamik) dengan mengikut detik lagu 4/4.

B5D2E3(Bermain perkusi atau menyanyi dinamik kuat dan lembut.) Arahan : 1. Sila menyanyikan lagu Bunyi Perkusi dengan secara dinamik kuat dan lembut. Pemerhatian: 1. Murid menyanyikan lagu Bunyi Perkusi dengan mengikut lagu yang dimainkan. 2. Guru melekatkan gambar gajah(dinamik kuat)dan kucing (dinamik lembut) pada senikata lagu yang dipaparkan. 3. Murid menyanyikan lagu mengikut ikon dinamik pada lirik lagu dengan betul. Lagu : Bunyi Perkusi CD 1 Track 05

B5D2E4(Menyebut lirik dengan jelas) Arahan : 1. Sila menyanyikan lagu dengan menyebut lirik lagu dengan jelas. Pemerhatian: 1. Murid membaca senikata lagu Bunyi Perkusi dengan mengikut corak irama dengan bimbingan guru. 2. Guru menunjukkan teknik bukaan mulut seluas dua jari semasa menyanyi untuk mendapatkan sebutan lirik yang jelas. 3. Murid menyanyikan lagu Bunyi Perkusi dengan teknik yang betul untuk mendapat sebutan lirik yang jelas.

B5D2E5(Bernafas dengan betul pada frasa lagu yang ditetapkan.) Arahan : 1. Sila menyanyikan lagu Bunyi Perkusi dengan pernafasan yang betul pada frasa lagu yang ditetapkan. Pemerhatian: 1. Murid menyanyikan lagu Bunyi Perkusi dengan mengikut lagu. 2. Guru menandakan frasa lagu pada senikata lagu. 3. Murid menyanyikan lagu dengan menggunakan pernafasan yang betul pada setiap frasa lagu yang ditetapkan.

B5D2E6(Menyanyi bunyi pic tinggi, rendah dan pic tengah) Arahan : 1. Sila menyanyi bunyi pic tinggi, pic rendah dan pic tengah pada lagu Bunyi Perkusi. Pemerhatian: 1. Guru memainkan melodi lagu Bunyi Perkusi dengan piano dalam dua frasa dan minta murid mencari bunyi pic tinggi, pic rendah dan pic tengah dalam lagu. 2. Guru menunjukkan isyarat tangan Solfa do (pic rendah), mi (pic tengah) dan so (pic tinggi) 3. Murid membunyikan pic dengan mengikut isyarat tangan Solfa yang ditunjukkan oleh guru. Murid-murid menunjukkan penghayatan 8 daripada 9 nilai daripada nilai-nilai berikut: 1. Disiplin bermain alat perkusi mengikut arahan guru. 2. Kerjasama bermain perkusi dari mula hingga akhir lagu secara serentak. 3. Tolong-menolong murid membantu ahli dalam kumpulan semasa bermain alat perkusi. 4. Rajin murid menunjukkan kesungguhan semasa menyanyi dan bermain alat perkusi. 5. Menghormati menghormati ahli kumpulan lain ketika menyanyi dan bermain alat perkusi. 6. Bertolak ansur murid- murid di dalam kumpulan saling bertolak ansur semasa bermain alat perkusi di mana mereka memberi peluang rakan lain untuk bermain. 7. Jujur murid-murid menunjukkan kejujuran dalam melakukan arahan yang diberikan oleh guru. 8. Kasih sayang murid-murid menunjukkan minat terhadap matapelajaran Dunia Muzik.

Anda mungkin juga menyukai