Anda di halaman 1dari 2

Bagaimana karya seni kanak-kanak dapat dikaitkan dengan kreativiti dan psikologi? Boleh beri contoh?

atau ada rujukan? Terima kasih Puan. Tentang kreativiti cikgu boleh rujuk dlm modul perkembangan seni kanak-kanak hbae1203, ada banyak pandangan tokoh, dan kaitkan dengan karya pelajar yg dipilih dan cikgu juga boleh gunakan karya yg lain sebagai tambahan maklumat sokongan. Bagaimana cara untuk kaitkannya dgn aspek kreativiti, secara ringkas sebagai contoh cikgu boleh lihat dr segi idea pelajar, penggunaan teknik dan bahan, adakah pelajar tersebut dapat gunakkan/mencipta sesuatu yang ada kelainan/baru, menggunakan bahan terbuang/kitar semula yg dapat menghasilkan satu karya yg berkualiti dan kreatif. Disini jelas menampakkan wujudnya daya kreativiti dlm diri pelajar tersebut melalui karya yg dihasilkan. saya rasa cikgu kana buka buku sikologi. Terima kasih untuk soalan anda kerana ia membuka minda saya juga. nampaknya buku pedagoji pun kena buka untuk rujukan. Betul kata cikgu Sathia, Cikgu Chang perlu buat sedikit rujukan mengenai psikologi. Sepertimana yg kita ketahui psikologi berkaitan dengan ilmu kejiwaan/minda, memahami tingkah laku pelajar. Psikologi amat berguna bagi seorang guru untuk memahami perubahan tingkah-laku pelajar dan memudahkan proses pnp, guru dapat memahami perbezaan individu, memotivasi, mengetahui tahap perkembangan individu serta membantu pelajar menyelesaikan masalah serta membentuk konsep kendiri. Bagaimana untuk mengaitkannya dengan tugasan pelajar??Contoh,disini cikgu boleh menjelaskan dr aspek emosi pelajar,dimana ianya menyumbang kpd perubahan tingkah laku bila wujud emosi tertentu gembira atau sebaliknya,. Melalui aktiviti penghasilan karya juga dpt mengukuhkan lagi kemahiran tertentu dikalangan pelajar juga meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi melalui perbincangan dll.Timbul juga kesedaran positif spt bertanggung-jawab dll. Saya rasa banyak yg cikgu boleh jelaskan. Selamat Mencuba. Puan, masih keliru tentang bahagian kedua itu. Bagaimana nak bincang dengan terperinci mengenai proses artistik dengan menggunakan kaedah apresiasi seni iaitu tema, bahan, teknik dan penilaian guru PSV. Hello Cikgu Chang, kaedah apresiasi seni itu dapat dihuraikan melalui 4 proses iaitu menggambar, menganalisa, tafsiran dan penilaian. Disini persoalannya bagaimana cara untuk kaitkan 4 proses tersebut dengan karya pelajar cikgu dari aspek Tema,Bahan,Teknik dan Penilaian guru.

Menggambar - Disini cikgu perlu amati hasil karya pelajar dan huraikan apakah sifat2 tampak yg ada iaitu elemen-elemen seni yg ada spt garisan, warna, ruang dan lain-lain juga elemen struktur serta prinsip seni. Menganalisa - huraikan dr aspek Bahan dan Teknik (berdasarkan karya pelajar) dan kualiti ekspresif, mood atau gambaran suasana karya tersebut, seperti suasana harmoni/aman dan mood gotong royong ( berdasarkan karya pelajar ). Tafsir - Mencari makna mesej/ tema yg terdapat pada karya. Penilaian - Penilaian dr guru berdasarkan kriteria yg bersesuaian spt keaslian,,gubahan,teknik dan fungsi, sosial, keagamaan, kepercayaan, sejarah dll(sekiranya berkaitan berdasarkan karya pelajar Art is creative self expression dan Works of art express and communicative universal values Berdasarkan petikan diatas dapat disimpulkan bahawa hasil karya perlu dihargai dimana ianya adalah sebagai alat untuk berinteraksi diantara diri sendiri dengan orang lain. Seni juga adalah luahan rasa hati seseorang yg disuarakan melalui penghasilan karya. Apresiasi seni menurut Herbert Read melibatkan beberapa perkara iaitu : i. pengetahuan tentang tema atau tajuk ii. cara pelukis menginterpretasi gambar iii. alat, bahan, media yg digunakan iv. teknik-teknik yg digunakan v. Penilaian Tentang cara bagaimana nak hurai apresiasi seni tu senang je, hurai apa yg diminta seperti tema karya, teknik yg diaplikasi, media yg digunakan dlm penghasilan, huraikan juga dari aspek seni iaitu unsur-unsur seni spt warna, garisan, jalinan dll. Kalau cikgu masih kurang pasti bolehlah rujuk buku rujukan hbae1103 pengenalan seni visual topik Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah proses artistik adalah merujuk kepada aturan berikut : 1.Penerokaan 2.Pemerhatian 3.Penghasilan 4.Apresiasi.

Anda mungkin juga menyukai