Anda di halaman 1dari 4

Soalan: Perkembangan fizikal, psikomotor & kognitif budak dari kecil hingga 12 tahun..

Perkembangan fizikal kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pretanal (9 bulan dalam kandungan), peringkat bayi (masa lahir hingga 2 tahun), peringkat kanak-kanak (umur 3 tahun hingga 11 tahun) dan peringkat remaja (umur 11 tahun hingga 18 tahun). Semasa peringkat pretanal, zigot dibentuk. Selepas itu, zigot diperkembangkan kepada embrio di mana otak primitif dan tulang belakang mula muncul. Jantung, otot, tulang rusuk, saluran pencernaan mula bertumbuh. Muka, tangan kaki dan organ dalaman dibentuk. Perkembangan sensori sentuh disedari dengan mulanya pergerakan embrio. Selepas itu, embrio akan memperkembang ke peringkat fetus. Saiznya bertambah dengan cepat. Sistem saraf, organ dan otot mula berkembang. Dalam

minggu ke-18, pergerakan fetus mula boleh dirasa oleh ibu. Menjelang minggu ke-24, banyak neuron otak tumbuh. Mata mula mejadi sensitif kepada cahaya serta boleh respons kepada bunyi. Dari minggu 25 hingga 38 , perkembangan otak berlaku dengan cepat meningkatkan potensi sensori dan pergerakan fizikal. Kebanyakan fetus dalam kelahiran normal biasanya berputar badan dengan kedudukan kepada terbalik untuk persediaan kelahiran. Pada peringkat bayi, ketinggian dan berat kanak-kanak ditambah dengan kadarcepat. Mereka dapat mengangkat kepadala, berputar badan, dan cengkam objek, merangkak duduk sendiri, menguasai kemahiran cengkaman dengan dua jari. Apabila memasuki 13 bulan hingga 18bulan, bayi dapat berjalan dengan koordinasi lebih baik, memanipulasi objek kecil dengann koordinasi yang ditambah baik. Semasa kanakkanak berada dalam peringkat kanak-kanak iaitu umur 3 tahun hingga 11 tahun, pertambahan berat dan ketinggian mereka adalah dalam kadar lebih perlahan dari umur 1 hingga 2 tahun. Perkembangan kemahiran berlari, melompat, melontar dan menangkap telah berlaku. Kemahiran motor kasar dan halus bertambah dengan laju di mana mereka dapat memakai hasur, melukis gambar yang kompleks. Semasa 11 tahun hingga 14 tahun, pertambahan lemak pada otot perempuan mula berlaku. Mereka mula kedatangan haid, mencapai puncak pancutan pertumbuhan serta prestasi kemahiran motor berkurang. Manakala untuk lelaki, pancutan pertumbuhan turut berlaku tetapi

lebih lewat daripada perempuan. Mereka mula memancut sperma dan kesedaran orientasi seksual. Teori Perkembangan Kognitif yang disarankan oleh Jean Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanka kepada empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun), dan peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Dalam peringkat deria motor iaitu di mana kanak-kanak berumur 0 hingga 2 tahun, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memanhami dan berinteraksi dengna persekitarannya. Selpas dilahir selam dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-onjek di dalam persekitarannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Semasa 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunakan pelbagai skema iaitu struktur kognitif yang digunakan untuk mengadaptasikan persekitarannya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi olehnya. Pada akhir 2 tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Sejak kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengna gerakannya dan cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objekobjek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Dalam peringkat Praoperasi iaitu semasa kanak-kanka 2 hingga 7 tahun, kanakkanak boleh menggunakan bahsa dan simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Permikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu, mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transduktif, iaitu pemikiran daripada contoh khusus kepada contoh khusus sahaja. Namun demikiran, mereka tidak boleh memikir secara dedutif (daripada umum kepada contoh khusus) dan secara induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan. Piaget

mendapati beberapa kekurangan kanak-kanak dalam peringkat pra-operasi ini iaitu kanak-kanak tidak mampu untuk menggambarkan proses transformasi. Kanak-kanak tidak boleh melihat perubahan yang berlaku dalam sesuatu proses transformasi. Dia baya boleh memerhati satu keadaan pada satu ketika sahaja. Kanak-kanak pada peringkat ini turut tidak berupaya mengamati operasi songsang. Kanak-kanak tidak mempunyai kebolehan untuk membuat perbandingan antara proses yang telah diubah dengan yang asal. Begitu juga, kanak-kanak pada peringkat ini belum menguasai konsep pengabadian. Kanak-kanak tidak mampu meguasai pengabadian kuantiti dan bilangan. Apabila memasuki peringkat operasi konkrit (7-12 tahun), kanak-kanak didapati bahawa sikap egosentrik kanak-kanak mula luput secara beransur-ansur dari umur 7 tahun hingga 12 tahun, dan selaim pemusatan perhatian terhadap satu-satu, mereka mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati peroses songsangan. Mereka dapat memahami konsep keterbalikan dan dapat membalikkan proses secara abstrak. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat memmuridi lebih daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasi konsep pengabadian. Selain itu, kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Mereka dapat juga memahami aritmetik asas, jisim panjang, sifat transitfi dan proses matematik. Tetapi pembelajran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Mereka turut mengusai pemikiran induktif dan deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Dalam peringkat ini juga, keupayaan berfikir secara logik maih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Manakala untuk perkembangan sosial kanak-kanak pula sering dikaitkan dengan main sosial yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak 2 tahun hingga 5 tahun. Ia dibahagikan kepada 4 kategori iaitu main diri-sendiri (solitary play), main selari (parallel play), main asosiatif (associative play) dan main koperatif (cooperative play). Main diri sendiri merupakan sesuatu aktiviti fizikal dan dilaksanakan oleh seorang kanak-kanak senfiri tanpa peserta yang lain. Mereka masing-masing menyertai diri dalam main yang serupa hilang diri dalam dunia imaginasi, tanpa sebarang kesedaran kanak-kanak yang lain di sekelilingnya. Kadangkala, main jenis ini turut dikaitkan dengan unsur main pemerhati (onlooker play) apabila dia memerhati seorang kanak-kanak lain bermain diri sendiri, tetapi tidak masuk dan bermain dengannya. Manakala, main selari pula, kanak-

kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanak-kanak meniggalkan meja permainan, kanak-kanak yang laian akan terus menyambung permainan.main. Main koperatif pula,

kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah. Bagi main Assosiatif kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar. Rujukan: http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/perkembangan-fizikal-dan-kognitif-serta.html http://teoriperkembangan.blogspot.com/ http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/perbezaan-gender-dariaspek-psikomotor.html http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/jenis-main-sosial.html

Anda mungkin juga menyukai