Anda di halaman 1dari 3

Kesan Dasar Pandang ke Timur dalam Perindustrian Oleh: Ting Ji Er dan Jong Shiaw Hui Dasar Pandang ke Timur

merupakan satu dasar kerajaan yang menyarankan seluruh rakyat Malaysia mencontohi etika kerja masyarakat Jepun dan Korea Selatan. Kejayaan Jeopun dan Korea Selatan dalam bidang sains dan teknologi telah dapat menandingi kejayaan negara-negara mahu di barat. Lantaran itu, seruan ini patut dititikberatkan demi kebahagiaan dan pembangunan negara kita. Kita sedar bahawa pekerja-pekerja Jepun dan Korea Selatan menpunyai tahap dedikasi yang tinggi dalam pekerfaan mereka, Mereka bekerja dengan penuh ketekunan, bersungguh-sungguh, kreatif, dan inovatif. Amalan-amalan buruk seperti ponteng dan melengah-lengahkan pekerjaan tidak berlaku di syarikat-syarikat Jepun. Mereka lebih bertanggungjawab, amanah, dan setia kepada majikan. Pekerja-pekerja mereka jarang sekali menukar pekerjaan. Sikap hormat-menghormati antara pekerja dengan majikan begitu ketara. Masingmasing berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja dan meninggikan peroduktiviti. Unsur-unsur ini merupakan faktor untama kejayaan syarikat-suarikat Jepundan Korea Selatan. Melalui Dasar Pandang ke Timur ini, diharapkan pekerja-pekerja kita dapat mengamalkan budaya kerja yang cemerlang seperti pekerja-pekerja Jepun dan Korea Selatan. Seandainya, pekerja-pekerja kita dapat memiliki budaya bekerja seperti ini nescaya pembangunan negara akan lebih pesat lagi. Kejayaan Jepun dan Korea Selatan menjadi sebuah negara mau telah merangsangkan kita untuk mengikut etika kerja masyarakat Jepun dan Korea Selatan. Kita tahu bahawa Korea Selatan dapat menjadi negara maju dalam tempih 25 tahun. Kini hasil pengeluarannya terdapat di seluruh dunia. Jika kita ingin menikmati kejayaan ini, kita harus mengikut jejak langkah mereka. Pada masa yang lampau, negara kita condon ke arah barat. Namuc demikian, negaranegara barat seperti England dan Amerika Syarikat tidak mahu memindahkan teknologi dan kepakaran mereka. Negara-negara Jepun dan Korea Selatan lebih bersikap terbuka. Melalui Dasar Pandang ke Timur ini, banyak teknologi Jepun

dan Korea Selatan telah diimport ke negara kita. Satu contoh yang paling nyata ialah usaha sama anta Syarikat Mitsubisi Jepun dengan Perusahaan Otomobil Nasional (EON). Usaha sama ini telah melahirkan berbagai-bagai kereta masional. Kejayaan negara mengelurkan kereta nasional berpunca daripada dasar tersebut. Sesungguhnya, dasar ini membawa manfaat yang besar dalam bidang perindustrian di negara kita. Melalui Dasar Pandang ke Timur ini lebih banyak pelabur Jepun dan Korea Selatan menanam modal di negara kita. Pelbagai kilang perusahaan telah didirikan khususnya dalam pengeluaran barangan elektrik dan elektronik. Pelabur-pelabur tersebut teidak berasa ragu-ragu dengan aktiviti pelaburan barangan elektrik dan elektronik. Terdapat pelabur-pelabur Jepun dan Korea Selatan melabur dalam industri berat dann sederhana. Mereka bukan sahaja menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan malah meningkatkan ssport negara terutamanya dalam barangan pembuatan. Pengusaha-pengusaha Jepun dan Korea Selatan ini membantu mewujudkan bandar-bandar baru di negara kita. Secara tidak langsung, pelabur-pelabur ini memajukan negara dalam bidang perindustrian. Mereka bukan sahaja membina kilang tetapi juga membawa masuk teknologi yang serba canggih dan moden. Pemindahan teknologi seperti ini memang diharap-harapkan oleh negara. Melalui pemindahan teknologi ini, ia akan mempercepatkan matlamat untuk menfadikan Melaysia sebagai sebuah negara maju. Jepun dan Koran Selatan tidak asing lagi di mata dunia, malah kedua-dua negara ini semakin disanjung oleh negara-negara Asia yang lain. Kejayaan mereka bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga dalam bidang-bidang yang lain. Penduduk mereka yang peramah dan mengamalkan tradisi hidup yang unik telah berjaya menarik hati pelancong-pelancong untuk mengunjungi negara mereka. Di samping itu, negara mereka yang mengalami empat musim setahun menjadi daya tarikan pelancong. Iklim negara kita yang panas dan lembap sepanjang tahun merupakan daya penarik kepada pelancongpelancong asing untuk megunjungi negara kita. Justeru, industri pelancongan

merupakan salah satu sumber pendapatan utama negara kita. Kedatangan mereka membawa rahmat yang besar kepada pembangunan negara. Memandangkan Dasar Pandang ke Timur membawa banyak rahmat kepada negara maka rakyat Malaysia diseru supaya menghayati dasar ini sebaik mungkin. Hanya melalui komitmen rakyat yang gigih dan bersungguh-sungguh dapat membantu negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Semoga negara akan lebih maju dan makmur dalam tahun-tahun yang akan datang. Daripada Jong Shiaw Hui Ting Ji Er

Anda mungkin juga menyukai