Anda di halaman 1dari 1

Nota Ucapan

Tujuan Ucapan: Bergantung kepada jenis-jenis ucapan iaitu jenis majlis yang diadakan contohnya: meraikan sesuatu majlis, ucapan selamat datang, ucapan perasmian dan sebagainya. Tujuan ucapan penting- menjadi panduan dalam menentukan isi-isi ucapan yang diberikan Setiap ucapan mempunyai tujuan tertentu-ditentukan oleh pihak penganjur, dipengaruhi oleh jenis majlis dan pengucap itu sendiri. Tujuan ucapan(Menurut Omar Assaari): (a) menyampaikan maklumat kepada orang ramai yang memerlukan (b) memujuk indiviu dan orang ramai membuat keputusan yang diingini oleh pengucap dan golongan tertentu (c) memberikan hiburan kepada pendengar. (d) Menyerikan majlis Jenis-jenis ucapan (a) Ucapan motivasi- biasanya diberikan kepada pelajar yang ingin menduduki peperiksaan (b) Ucapan jualan- memberikan promosi, maklumat, informasi, menarik minat sasaran untuk produk yang ingin dijual. (c) Ucapan perpisahan- lambang terakhir yang ingin disematkan dalam hati mereka yang bakal berpisah (d) Ucapan nasihat- orang yang lebih tua kepada orang yang lebih muda. (e) Ucapan politik- diucapkan oleh calon yang ingin bertanding. Biasanya disetai dengan fakta-fakta yang betul, tidak menimbulkan kekeliruaan (f) Ucapan penjelasan- untuk menerangkan sesuatu yang rumit atau sukar. (g) Ucapan terima kasih- diucapkan oleh seseorang yang sudah menerima suatu penghargaan oleh pihak tertentu. (h) Ucapan penghargaan- tanda penghargaan kepada seseorang yang telah memberikan sumbangan kepada organisasi-biasanya tidak panjang. Bahasa Ucapan 1) 2) 3) 4) Hendaklah menggunakan bahasa yang standard Elakkan menggunakan bahasa daerah. Bahasa yang standard mewujudkan keselarasan dalam pengucapan awam. Tidak memberikan imej yang negatif kepada pendengar yang tidak berkaitan dengan daerah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai