Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Bola Tampar Permainan bola tampar telah diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu.

Permainan ini dipelapori oleh William G Morgan pada tahun 1895 di Holyole, Massachusettsng berusia adalah terlalu kurang, lasak dan memerlukan banyak alatan dan ruang. Contohnya, bola keranjang dan bola sepak. Mereka memerlukan satu permainan yang tidak begitu kasar dan tidak menggunakan tenaga yang terlalu banyak. Maka beliau pun menggunakan permaina tenis sebagai dasar untuk permainan baru ini. Ketinggian jarring dinaikkan ke enam kaki enam inci dari lantai. Bola yang dipam digunakan untuk menggantikan bola jenis kecil dan tangan digunakan untuk memukul bola bagi menggantikan raket.Pada mulanya, tiub bola keranjang (bladder) digunakan sebagai bola tetapi ia terlalu ringan dan perlahan. Kemudian, bola tersebut telah digantikan dengan menggunakan bola keranjang. Tetapi bola keranjang terlalu besar dan berat. Akhirnya, A.G Spalding, sebuah syarikat pengeluaran barangan sukan diminta membuat sebiji bola yang sesuai untuk permainan ini yang William G. Morgan menamainya sebagai Mintonette . Permainan Mintonettee telah didemonstrsikan di gernasium Maktab Springfield pada Julai 1896. Morgan membawa dua pasukan yang mengandungi lima pemain untuk setiap pasukan dan menunjukan cara-cara untuk memainkan permaian Mintonettee. Pada masa permainan dimainkan, Alfred T. Halstead, seorang fakulti maktab tersebut member komen bahawa pemain-pemain tersebut kelihatan seperti sedang menampar bola berulang-alik melintasi jaraing dan member cadangan agar permainan itu dipanggil bola tampar . Cadangan halstead akhirnya diterima dan nama mintonettee ditukar kepada volleyball atau bola tampar.

Perkembangan Bola Tampar Pada tahun 1900, permainan bola tampar mula diperkenalkan diKanada. Kemudian permainan ini telah diperkenalkan di seluruh dunia misalnya negara Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico pada tahun 1909, Filipina pada tahun 1910. Uruguay pula mula diperkenalkan permainan ini pada tahun 1912, diikuti oleh negara China pada tahun 1913 dan Jepun pada tahun 1917. Semasa perang Dunia Pertama dan Kedua, permainan bola tampar berkembang ke seluruh dunia. Askar-asker Amerika yang bertugas di luar negara telah memperkenal permainan ini kepada penduduk tempatan. Selepas perang Dunia Kedua, 1947, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Pasis. Kejohanan bola tampar sedunia diada pertama kali pada thaun 1949. Kejohanan ini hanya untuk pasukan lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan untuk pasukan wanita dimulakan. Pada tahun 1964, bola tampar diterima sebagai satu acara yang dipetandingkan dalam Sukan Olimpik. Bola tampar juga diterima dalam beebrapa temasya antarabangsa. Sebgai

contohnya, Temasya Sukan Pan- American, Sukan Asia dan Kejohanan Universiti Sedunia. Kini, lebih kurang 120 buah negara memainkan bola tampar. Antara kelebihan permainan ini ialah dapat dimainkan di kawasan yang luas. Terdapat juga bola tampar pantai dan merupakan permainan yang popular. Perkembangan bola tampar di Malaysia Bola tampar dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia pada awal ke-20 menerusi orang Inggeris yang bertugas di negara ini. Pada mulanya, permaian ini agak sukar untuk menarik minat dan penglibatan rakyat tempatan untuk bermain. Perkembangan yang sebenarsukan ini hanya selepas perang Dunia Kedua, apabila penduduk tempatan sudah mula menunjukkan minat walaupun kebanyakkannya adalah daripada kaum Cina. Pertubuhan Pemuda Kristian (YMCA) berperanan memperkanalkan permainan bola tampar di Malaysia. Pada tahun 1927 Liga Bola Tampar mula diperkenalkan di Kuala Lumpur. Guru-guru Cina yang beroendidikan dari China juga memperkenalkan permainan ini di sekolahsekolah CIna. Langkah ini menyebabkan bola tampar menjadi lebih popular. Memandangkan permainan ini semakin populr, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA)telah ditubuhkan pada tahun 1959, untuk menyusun aktiviti tahunan di peringkat kebangsaan. Bola tampar dimainkan di pelbagai peringkat umur. Biasanya pelajar-pelajar sekolah mula didedahkan kepada permainan ini di peringkat sekolah menengah. Dengan meningkatkan penglibatan pelajar sekolah dalam permainan ini, MSSM telah mengadakan pertandingan antara kelab-kelab, jabatan-jabatan kerajaan dan bukan kerajaan yang dianjurkan untuk memajukan sukan sekolah bola tampar itu.

Anda mungkin juga menyukai