Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa /
Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

2/8
Kedua
21 Julai hingga 25 Julai 2014
Laras Bahasa

Pada hari Khamis, saya telah mengajar teori Pendidikan Jasmani Tahun 1
dalam kelas 1 Bestari. Pada hari tersebut, saya ingin menerangkan konsep
pergerakan

bukan

lokomotor

terhadap

murid-murid

tersebut.

Saya

telah

menggunakan istilah-istilah yang lebih professional atau dikatakan lebih formal


untuk menjelaskan kepada murid-murid Tahun 1. Walaupun saya menggunakan
murid untuk dijadikan model untuk melakukan demonstrasi, mereka masih tidak
faham tentang istilah tersebut. Ini adalah disebabkan laras bahasa yang digunakan
oleh saya adalah tidak sesuai atau tidak difahamkan oleh mereka.
Sebagai penambahbaikkan, saya perlu memikirkan laras bahasa yang
sesuai untuk menerangkan suatu konsep atau istilah Pendidikan Jasmani kepada
murid-murid. Contohnya, saya boleh menggunakan kata-kata yang sentiasa
digunakan dalam alam kanak-kanak iaitu jalan, lari atau lompat supaya mereka
dapat memahami apakah isi kandungan yang ingin saya sampaikan. Seterusnya,
saya turut harus menggunakan metafora kanak-kanak atau menggunakan analogi
bagi memudahkan murid-murid tahun 1 memahami sesuatu istilah Pendidikan
Jasmani. Jika mereka masih tidak faham, mungkin saya boleh menggunakan cara
melukis untuk menerangkan suatu konsep kepada murid-murid Tahun 1. Pelbagai
cara dapat kita gunakan untuk menerangkan satu konsep yang abstrak kepada
murid-murid dalam Tahap 1 terutamanya Tahun 1. Penggunakan laras bahasa
yang tidak sesuai dengan umur mereka akan menyebabkan mereka mengeliru
terhadap isi kandungan yang ingin saya sampaikan. Oleh itu, saya perlu berusaha
menyesuaikan laras bahasa saya dalam proses P&P kanak-kanak tahun 1 supaya
mereka dapat mengikuti proses P&P saya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : .............................................

Tandatangan : .............................................

Nama

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Anda mungkin juga menyukai