1.0 Pengenalan Sebelum kita menjalin hubungan dengan orang lain, kita perlu mengenali diri kita sendiri terlebih dahulu. Dalam konteks ini, kita sebagai bakal guru Pendidikan Jasmani wajib mengenali struktur dan sistem fisiologi agar kita dapat memahami fungsi dan kegunaannya dalan penjagaan kesihatan diri serta aplikasinya dalam kegiatan sukan sepertimana yang dijelaskan oleh Gerard dan Bryan (2007), The sciences of anatomy and physiology are the foundation for understanding the structures and functions of the human body.
Pada masa yang sama juga pengetahuan dalam bidang anatomi dan fisiologi dapat dijadikan asas bagi menggambarkan teknik-teknik lakuan sukan. Hal ini penting kerana pengaplikasian sains dalam sukan dapat meningkatkan prestasi lakuan motor ke tahap yang lebih optimum (Dr. Syarifah Maimunah dalam Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, 2004).
1.1
Anatomi Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya (Dzulkifli dan Jamaliyah, 2004). Sebaliknya, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) berpendapat Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ana yang bermaksud asingkan dan tome bermaksud memotong. Gerard dan Bryan (2007) pula menerangkan konsep anatomi seperti : Anatomy (a-NAT--m; ana- = up; -tomy = process of cutting) is the science of structure and the relationships among structures.
Kita perlu mengakui hakikat bahawa disiplin ini adalah suatu bidang biologi yang berprestij pada awal abad ke-19 serta masih merupakan bidang sains yang dinamik dan berkembang. Memandangkan keadaan sedemikian, tidak hairanlah bahawa bidang ini adalah satu kajian sains yang membanggakan kerana bermula sejak 2300 tahun yang lalu. pada asasnya, anatomi ialah bidang sains yang luas skopnya dan merangkumi beberapa subdisiplin seperti berikut.
Anatomi
Anatomi Kasar (gross)
Anatomi Kawasan (regional) Anatomi Bersistem (systemic) Anatomi Permukaan (surface)
Anatomi Mikroskopik
1.1.1.2
Anatomi Bersistem Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu sama lain akan dikaji secara bersama. Contohnya, kita akan mengkaji semua komponen system otot apabila mengkaji sistem otot. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat hubung kait antara struktur dengan fungsinya.
1.1.1.3
Anatomi Permukaan Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh.
1.1.1 Anatomi Mikroskopik Mikroskopik atau histologi ialah kajian tentang struktur halus pada tubuh badan dan sitology, kajian tentang sel tisu dengan bantuan mikroskop. Pengajian anatomi mikroskopik penting kerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel.
Kamus Dewan Edisi Keempat, fisiologi diertikan sebagai cabang ilmu sains berkenaan fungsi organisma atau proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu organisma. Justeru, fisiologi dapat dirumuskan sebagai suatu cabang ilmu sains yang mengkaji struktur organisma. Mengikut Evelyn (2001) fisiologi ialah kajian tentang fungsi tubuh manusia dalam keadaan normal. Kajian ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Ia juga terdapat kaitannya dengan kajian tindakan fizikal dan gerakan-gerakan yang berlaku dalam badan. Firhan Abqari (2010) dalam blognya pula menyatakan bahawa fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh dan bagaimana ia berfungsi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan.
Sumber: Gerard J. Tortora dan Bryan Derrickson. (2007). Introduction To The Human Body: The Essentials Of Anatomy and Physiology (7th ed.). United States: John Wiley & Sons.
1.1.1 Aras Kimia Tubuh manusia terbentuk daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom (Dzulkifli dan Jamaliyah, 2004) Atom terlibat dalam tindak balas dan terdiri daripada nukleus dan elektron. Ahli kimia berpendapat bahawa lebih 99% daripada jisim tubuh manusia terbina daripada oksigen (O), karbon (C), hydrogen (H), nitrogen (N), fosforus (P) dan Kalsium (Ca) (Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa, 2012). PPK (2004) menjelaskan Rajah 1.3: Atom Hidrogen
1.1.1 Aras Sel Sel merupakan unit hidupan yang terkecil dalam tubuh manusia. Tubuh manusia meliputi lebih daripada 10 trilion sel yang terbahagi kepada lebih kurang 230 jenis antaranya ialah sel otot, sel rangka, sel saraf dan sel darah (Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa, 2012). Pada aras sel, molekul-molekul pula bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai molekul makro seperti karbohidrat, lipid, protein dan asid nukleik yang menjalankan tugas yang berbeza dan mempunyai strukturstruktur khusus yang dikenali sebagai organel (Evelyn, 2001).
Sel-sel ini merupakan unit yang paling ringkas dan terkecil yang terdapat dalam badan kita. Azrul Benjamin (2010) dalam blognya menyatakan tubuh manusia ialah organisma multisel, berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja. Sel mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai penganut nutrient dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO 2 daripada tubuh kita.
Epitelium
Tisu
Penghubung Otot
Saraf
Cecha Achyanadia (2011) dalam blognya menerangkan bahawa setiap tisu memainkan peranan tersendiri berdasarkan ciri-ciri. Tisu epitelium tersebar secara meluas pada tubuh. Tisu ini membentuk litupan bagi semua permukaan tubuh, melapisi rongga tubuh dan organ lompang serta membentuk kelenjar. Fungsi tisu meliputi tetapi tidak terhad kepada perlindungan, perembesan, perkumuhan, penurasan, peresapan dan penerimaan sensori.
struktur
yang berbeza untuk membentuk satu struktur yang lebih besar. Selain itu, tisu penghubung juga menyokong dan menyambung tisu-tisu antara otot dengan tulang (tendon) dan tulang ke Rajah 1.5: Tisu Penghubung
tulang (ligamen), menyimpan lemak, melindungi tubuh daripada penyakit dan membantu dalam membaik pulih kerosakan pada tisu (PPK, 2004).
Tisu otot terbina daripada sel-sel yang berkeupayaan untuk memendek atau menguncup bagi menghasilkan gerakan pada bahagianbahagian tubuh (Evelyn, 2001). Penguncupan otot berlaku hasil daripada interaksi di antara protin kontraktil aktin dan miosin dalam tisu otot. Baharudin Omar dan Mohd. Hamim (1996) menyatakan tisu otot mempunyai banyak sel otot atau serat otot Rajah 1.5: Pemendekkan yang dis dan Penguncupan otot secara berlapis -lapis dan dilitupi tisu penghubung. Tisu otot juga akan kelihatan
berwarna merah hasil daripada salur darah yang banyak pada tisu ini.
Dzulkifli dan Jamaliyah (2004) sebagai dalam menganggap satu badan alat yang tisu saraf
komunikasi beroperasi
secara berterusan melalui impuls elektrik. Tisu saraf terdiri daripada Rajah 1.5: Tisu Saraf
1.1.1 Aras Organ Pada aras organ, dua atau lebih tisu berbeza be rgabung untuk membentuk organ yang setiap satunya mempunyai fungsi yang khusus. Organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh (PPK, 2004). K e b a n ya k ka n o r g a n m e m p u n ya i keempat-empat jenis tisu antaranya hati, ginjal dan jantung. Cecha Achyanadia (2011) dalam blognya menerangkan organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk s u a t u s i s t e m o r g a n t u b u h ya n g Rajah 1.5: Organ-organ Respiratori bekerjasama untuk mencapai tujuan yang sama seperti organ-organ
respiratori merangkumi paru-paru, trakea, bronkiol dan sebagainya memastikan udara yang masuk keluar daripada paru-paru boleh meresap oksigen ke dalam darah dan karbon dioksida untuk dikumuhkan.
Sistem Organ
Sistem Integumentari
Fungsi Utama
Rambut
Kuku
Sistem Rangka
Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan. Menyokong berat badan. Melindungi dan menyokong organ-organ badan. Tuas untuk pergerakan badan. Lokasi pembentukan sel darah merah dan putih serta platelet dalam sum-sum tulang Lokasi perlekatan otot.
Sistem Otot
Otot Rangka
Menghasilkan lokomotor.
Mempamerkan ekspresi muka. Mengekalkan postur badan. Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot.
10
Sistem Endokrina
Kalenjar :
Tiroid
Pituitari Adrenal Pineal Pankreas Timus Ovari Testis
persekitaran.
Jantung Darah Salur darah Jantung mengepam darah. Darah adalah pengangkutan utama badan dengan membawa hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem respiratori.
Sistem Kardiovaskular
11
Sistem Respiratori
Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengkumuhkan karbon dioksida. Paru-paru sebagai lokasi pertukaran gas antara oksigen dengan karbon dioksida.
Sistem Pencernaan
Rongga Mulut
Esophagus Perut Usus besar Usus kecil Rectum Anus
Sistem Urinari
Menyingkirkan bahan-bahan kumuh nitrogen dari badan. Mengawal air dan elektrolit. Mengawal keseimbangan asidbes dalam darah.
12
1.4
Sistem Jantung Sistem jantung dikenali juga sebagai sistem kardiovaskular. Mengikut PPK (2004) sistem kardiovaskular adalah salah satu sistem biologi yang menyokong sistem-sistem yang lain berfungsi dengan berkesan. Sistem kardiovaskular menjalankan peranan ini dengan mengangkut oksigen, nutrien, hormon dan keperluannlain kepada sel-sel terlibat dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme untuk Rajah 1.6: Kedudukan Jantung dalam Tubuh dikumuh serta produk-produk sel ke bahagian lain dalam tubuh (Mohd Khairi dan
Borhannudin, 2005). Menurut Baharudin Omar dan Mohd. Hamim Rajikin (1996) sistem kardiovaskular diumpamakan seperti sistem penyejuk kereta di mana ia terdiri daripada tiga komponen asas, iaitu cecair yang berkitar (darah), pam (jantung) dan salur pembuluh darah.
1.4.1 Bahagian Utama Sistem Kardiovaskular Sistem kardiovaskular terbahagi kepada 3 bahagian utama, iaitu :
13
Jantung Darah
Pembuluh Darah
1.4.1.1 Jantung Menurut Baharudin dan Mohd. Hamim (1996) jantung ialah pusat bagi sistem kardiovaskular dan memainkan peranan utma dalan peredaran darah. Manakala, Mohd Khairi dan Borhannudin (2005) menyatakan jantung adalah organ yang berperanan mengepam darah ke seluruh tubuh bagi membekalkan oksigen dan nutrien. Jantung ialah satu organ berotot dan berongga seberat 342 gram (Evelyn, 2001). Struktur jantung terdiri daripada empat ruang iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikal kanan dan ventrikal kiri seperti dalam Rajah 1.7.
14
1.4.1.1 Darah Darah adalah tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis sel termasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung dalam plasma. Isi padu darah terdiri daripada 55% plasma dan 45% eritrosit. Darah membentuk anggaran 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal (PPK, 2004). Menurut Evelyn (2001) orang dewasa yang mempunyai berat badan dalam lingkungan 70 kg, biasanya mempunyai 5 hingga 6 liter darah dalam sistem biologinya.
1.4.1.1 Pembuluh Darah Pembuluh darah merupakan jaringan salur yang membawa darah dari jantung ke tisu tubuh dan mengembalikan semula darah
15
Arteri
Pembuluh Darah
Kapilari
Vena
Salur darah ini membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran darah daripada jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.12.
Rajah 1.11: Salur Arteri, Vena Dan Kapilari Melengkapi Pengaliran Darah
1.4.2 Fungsi Sistem Kardiovaskular Sistem kardiovaskular berfungsi membantu membekalkan oksigen dan mengangkat bahan kumuh seperti karbon dioksida daripada darah (Baharudin dan Mohd. Hamim, 1996). Selain itu, proses perederan darah mengangkut oksigen dsripada paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel-sel tisu ke paru-paru berlaku secara sistematik.
16
Rajah 1.14: Arteri menghantar oksigen ke semua organ-organ badan dan urat mengambil darah yang mempunyai karbon dioksida di dalamnya dan kembali ke paru-paru
1.4.3 Struktur dan Fungsi Bahagian-Bahagian Jantung Jantung terbina daripada otot-otot jantung atau miokardium yang diliputi oleh epikardium di permukaan luar dan endokardium di bahagian dalam. Dua ruang di atas, iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini terpisah antara satu sama lain oleh struktur yang dikenali sebagai septum interatrial (Mohd Khairi dan Borhannudin, 2005). Manakala, dinding otot yang membentuk dua
17
Injap Bikuspid
Ventrikel
Atrium
Injap Trikuspid
Ruang penerima darah kurang oksigen Mengepam darah ke seluruh badan dan ke paru-paru Ventrikel kanan mengepam darah ke paruparu Ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh
Atrium kanan menerima darah kurang oksigen daripada tisu tubuh Atrium kiri menerima darah kaya oksigen daripada paruparu
Rajah 1.16: perbandingan pernan atrium dan ventrikel dalam menjalankan fungsi sistem kardiovaskular.
18
1.4.4 Peredaran Darah Sistem peredaran darah terbahagi kepada dua kitaran, iaitu :
Peredaran Darah
Kitaran Pulmonari
Kitaran pulmonary ialah peredaran darah yang membawa darah kurang oksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah kaya oksigen dikembalikan ke jantung.
Kitaran Sistemik
Kitaran sistemik pula membolehkan dara kaya oksigen serta bernutrien dibawa ke seluruh badan dan membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung
19
PPK (2004) menjelaskan bahawa semasa inspirasi, tekanan intratorasik menurun. Keadaan ini menyebabkan vena darah dalam rongga toraks mengembung. Mekanisme yang berlaku
menghalakan pengaliran darah ke arah atrial kanan jantung. Apabila tekanan intratorasik meningkat semasa ekspirasi, vena-vena tersebut dipenuhi semula dengan darah kurang oksigen. Keluaran (output) jantung akan semakin tinggi sekiranya tekanan semakin tinggi. Mekanisme pernafasan yang membantu keluaran (output) jantung ini dikenali sebagai pam pernafasan (Evelyn, 2001).
Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa fahaman tinggi tentang sistem kardiovaskular boleh menjadi motivasi kepada kita untuk memilih dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Penglibatan dalam aktiviti fizikal dan sukan secara konsisten adalah cara terbaik untuk melatih dan mempertingkatkan keberkesanan sistem ini interatrial (Mohd Khairi dan Borhannudin, 2005). Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, kita perlu memainkan peranan sebagai fasilitator mendedahkan murid memeriksa kesihatan diri sekurangkurangnya sekali dalam setahun bagi tujuan memantau fungsi jantungnya.
20