Anda di halaman 1dari 6

Proek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENCERAMAH YANG BAIK


PENGENALAN Kebolehan berpidato dan berceramah adalah merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap pendakwah. Kekurangan di dalam bidang ini bolehlah dianggap sebagai satu kecacatan pada diri mereka. Ini kerana seorang pendakwah tidak dapat tidak terpaksa berpidato, berceramah dan lainlain sebagai wasilah untuk berdakwah kepada masyarakat. Pendakwah yang berupaya memberi pidato atau ceramah dengan baik, maka ia memberi peluang yang besar bahawa dakwah kita akan diterima oleh masyarakat. TAKRIF KHUTBAH Khutbah berasal daripada Bahasa Arab khitobah. Kesilapan kita ialah menganggap bahawa khutbah itu bermaksud khutbah Jumaat, khutbah Hari Raya, khutbah Nikah dan sebagainya. Dari segi bahasa ia memberi erti menyampaikan kata-kata kepada orang lain bertujuan untuk difahami sesuatu maksud yang disampaikan. Dari segi istilah hukama ia membawa erti himpunan undangundang dan peraturan-peraturan yang sepatutnya diikuti untuk memberikan satu fahaman yang jelas berhubung satu tajuk yang hendak diperkatakan. Dari segi istilah moden khutbah ialah satu cabang seni pertuturan yang ditujukan kepada satu kumpulan manusia bertujuan memberikan penjelasan dan kefahaman. Termasuk di dalam takrif ini ialah pidato, ceramah dan sebagainya. PERSEDIAAN DALAMAN SEORANG PENCERAMAH 1) Memahami Al-Quran iaitu memahami makna tafsiran hukum tajwid. Ini membantu para penceramah menyediakan dan menyampaikan ceramah 2) Beramal dengan ilmunya. Ini untuk mengelakkan timbulnya prasangka-prasangka seperti penceramah tidak mengamalkan apa yang disampaikannya Oleh itu, ceramahnya tidak memberi kesan kepada pendengar. 3) Berlapang dada. Iaitu penceramah hendaklah bersedia menerima teguran, tidak mudah tersinggung dan tidak mudah marah. LANGKAH-LANGKAH MENYAMPAIKAN CERAMAH DENGAN BERKESAN 1. Kawal perasaan gemuruh

Proek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

(a) Psikologi Kita kena ingatkan diri mengenai perkara-perkara berikut: Kita perlu menerima hakikat bahawa perasaan gemuruh adalah perkara semulajadi manusia. Perasaan gemuruh yang terkawal membawa kesan positif. Gemuruh yang positif membantu meninggikan prestasi. Semua orang gemuruh bila berucap walaupun banyak pengalaman. Tidak gemuruh hanya berlaku samada kita terlalu yakin atau memandang rendah terhadap pendengar. Kita kelihatan lebih yakin dari apa yang kita rasai dan orang lain tidak tahu kita gemuruh. Pendengar biasanya bersimpati dan mengharapkan kita berjaya memberikan ceramah

(b) Petua Ada petua yang mengatakan bahawa meminum air gula sebelum berceramah boleh menghilangkan atau mengurangkan perasaan gemuruh Baca doa penerang hati dan doa lancar lidah (doa Nabi Musa).

2. Pembukaan yang menarik (a) Pembukaan yang menarik akan dapat menarik perhatian pendengar. Pendengar akan merasa berselera untuk mendengar ucapan kita yang selanjutnya. Ini secara tidak langsung menambahkan keyakinan kita untuk terus berceramah. (b) Kaedah untuk menarik perhatian ini ialah: Berjenaka Menyatakan sesuatu yang memeranjatkan . Menanyakan soalan-soalan. Menggunakan perkataanperkataan hikmah seperti Al-Quran, Hadis dan kata-kata cendekiawan. Memberikan contoh atau cerita-cerita yang berkaitan dengan topik yang diperbincangkan. Merujuk kepada fakta sejarah.

Proek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Memberi pujian kepada pendengar seperti Saya merasa bertuah kerana dapat berceramah di depan saudara. Menekankan kepentingan topik yang diperbincangkan.

3. Tajuk dan isi 1. Tajuk dan isi khutbah hendaklah sesuai dengan selera pendengar. Tajuk hendaklah sesuai dengan suasana dan keadaan semasa. Jangan hanya menekankan isu-isu yang sudah lapuk. 2. 3. Cuba hubung kaitkan diantara isi-isi seolah ada tali yang mengikat antara isi-isi itu. Isi hendaklah berdasarkan kepada kemampuan pendengar. Contohnya sekiranya berceramah di depan masyarakat kampung isi hendaklah tidak menekankan persoalan yang berat dan kronik. 4. 5. Isi tidak terlalu panjang atau terlalu pendek Mengikut peratus: Pengenalan: 15 % Isi Penutup 6. Menyusun maklumat dengan baik iaitu seperti: -Mengikut urutan masa. -Mengikut fakta geografi (kawasan, daerah, negeri dan sebagainya) -Mengikut sebab dan kesan. -Mengikut masalah dan penyelesaian. -Mengikut kaedah umum kemudian khusus. -Mengikut pro dan kontra. -Mengikut topik demi topik. 4.Penutup Ia adalah merupakan suatu yang penting ini kerana ianya merupakan kesimpulan keseluruhan ceramah yang telah disampaikan. Seolah-olah itulah mesej sebenarnya yang ingin kita sampaikan kepada pendengar. Untuk itu beberapa langkah perlu diambil kira di dalam membuat penutup. a. Beritahu kita akan berhenti berucap. : 75 % : 10 %

Proek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

b. Ringkaskan setiap isi atau perkara-perkara penting yang telah kita sampaikan. c. Cuba pengaruhi pendengar supaya merasai apa yang ingin kita sampaikan. Contohnya sekiranya kita berceramah supaya bersimpati terhadap nasib umat Islam di Bosnia maka penonton hendaklah dipengaruhi supaya bersimpati. Ia hendaklah mengikut apa yang kita inginkan seperti marah, insaf, bersemangat, benci dan lain-lain. d. Memohon kemaafan kepada pendengar sekiranya ada kesilapan atau tersinggung dengan ceramah kita. 5. Nada suara Penceramah seharusnya pandai mengawal nada suara ketika berceramah. Ia hendaklah dimain-mainkan mengikut kesesuaian. Perkara ini memberi kesan yang mendalam terhadap jiwa pendengar. Perhatikan perkara berikut: (a) Meninggikan suara ketika marah. Contohnya di dalam mengkritik sesuatu perkara yang tidak betul. (b) Merendahkan suara ketika merayu dan merasa sedih. Contohnya ketika mengajak orang supaya bersimpati terhadap umat islam yang tertindas di seluruh dunia.

6. Bahasa (a) Gunakan gaya bahasa yang mudah mengikut kemampuan pendengar. Contohnya bila berceramah dengan masyarakat intelek maka gunakan bahasa Melayu moden seperti implikasi, deklarasi dan sebagainya (b) Bolehlah diselitkan peribahasa-peribahasa Melayu atau pantun bagi menyerikan ceramah kita. (c) Sekiranya boleh bertutur berbagai bahasa seperti bahasa Arab, Inggeris dan lainlain maka bolehlah dimasukkan sedikit sebanyak di dalam ceramah kita. Ini akan mendatangkan thiqoh pendengar kepada kita. 7. Gaya dan kelancaran

Proek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

(a) Gaya hendaklah berdasarkan kepada apa yang kita ucapkan. Contohnya meletakkan tangan ke atas apabila kita menyatakan sesuatu yang di atas seperti langit, bulan atau matahari. (b) Elakkan daripada melihat kertas. Sekiranya tidak ingat maka tengok sekali imbas sahaja iaitu antara tengok dengan tidak sehingga pendengar tidak menyedari yang kita melihat kertas. (c) Memek muka hendaklah berubah-ubah mengikut kesesuaian. Seperti masam ketika geram atau sedih ketika bersimpati. 8. Berlatih a. Berlatih 3-6 kali sebelum berceramah. b. Hafal idea dan ayat-ayat di dalam ucapan. c. Rujuk kad nota sekali sekala semasa berlatih. Gunakan nota yang sama yang akan kita gunakan semasa ceramah nanti. Jangan buat nota baru. Hafal kedudukan ayat atau isi kerana mudah bagi kita untuk merujuknya sekira terlupa. d. Berlatih di depan cermin, sahabat handai atau di tempat-tempat sunyi bagi membolehkan kita mengeluarkan apa sahaja yang ingin kita luahkan. Jangan lupa membayangkan bahawa di depan kita terdapat penonton yang ramai. e. Rakamkan latihan ucapan kita seperti menggunakan kaset atau video. Kemudian dengar semula untuk melihat di mana kesilapan kita. f. Ukur masa yang digunakan semasa berlatih berceramah. 9. Mempersembahkan ucapan 1) 2) 3) Gunakan gaya tersendiri. Jangan tiru gaya orang lain seperti tokoh-tokoh tertentu. Bersedia secara mental (yakin kepada diri sendiri) dan fizikal (sihat) sebelum berucap Jangan terlalu formal. Gunakan bahasa seolah-olah sedang berbual-bual dan pada suatu ketika yang lain kita serius (bila perlu) dan pada ketika yang lain kita berjenaka dengan para pendengar. 4) 5) Elakkan bunyi-bunyi yang boleh mengganggu seperti betuk-batuk kecil, mengeluh, berdehem dan sebagainya. Rujuk nota sekali sekala bagi meyakinkan para pendengar. Seperti dalam menyatakan statistik, tarikh, tahun, jumlah dan sebagainya.

Proek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

6) 7) 8) 9)

Pergerakan badan dan lain-lain adalah bersahaja. Jangan menampakkan kita gelisah. Elakkan dari memegang kertas kerana ia akan turut bergoyang sekiranya kita menggeletar. Tunjukkan semangat yang berkobar-kobar dan keyakinan (tonjolkan keseronokan kita berucap). Sembunyikan kesilapan (jangan minta maaf dan menonjolkan kesilapan kita). jangan pandang ke arah wajah pendengar tetapi ke arah lain seperti memandang ruangan yang kosong atau dinding dan lain-lain.

10) Pandang ke wajah pendengar. Sekiranya tidak berupaya seperti gementar maka

PENUTUP Kertas kerja ini disusun semula berdasarkan makalah-makalah rujukan dan di tambah sedikit sebanyak berdasarkan kepada pengalaman penyusun. Apa yang penting ialah kita hendaklah mencuba. Selagi kita tidak mencuba maka selama itulah kita tidak akan berupaya berceramah. Oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang-peluang yang telah diberikan kepada kita seperti jemputan menyampaikan tazkirah, ceramah dan sebagainya. Di harapkan kertas kerja ringkas ini dapat membantu mereka yang masih baru di dalam bidang ceramah, pidato dan sebagainya.

Disusun semula oleh : Ibnu Zakaria. HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT.HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH CYBER DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

Anda mungkin juga menyukai