Anda di halaman 1dari 10

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

HISBAH DARI PERSPEKTIF SYARIAH DAN SIRAH ISLAM


TAKRIF HISBAH
Dalam membicarakan tajuk di atas, terdapat lebih dari 10 definasi yang diutarakan oleh para cendiakiawan Islam. Antaranya pendapat yang diberikan oleh Al-Iman al- Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkamus-Sultaniyyah wal-Wilayatud-Diniyyah yang menyebut HISBAH ialah `Menegakkan yang ma'aruf apabila ianya ditinggalkan secara terang-terangan dan mencegah kemungkaran apabila ianya dilakukan secara terang-terangan pula'. Ini membawa maksud bahawa sekiranya ianya ditinggalkan atau dilakukan secara sembunyi maka ianya bukan lagi merupakan tanggungjawab hisbah, tetapi menjadi tanggungjawab para hakim apabila wujud pendakwaan yang mana ianya melibatkan penyaksian dan keterangan.

MASYRU'IYYATUL AL-HISBAH
Sesungguhnya pengutusan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul oleh Allah adalah antara lainnya untuk ditaklifkan ke atas mereka tugas dan tanggungjawab menegakkan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, maka menjadi tanggungjawab yang besar bagi umat manusia melaksanakan tugas menegak ma'ruf dan mencegah yang mungkar. tugas hisbah. Manakala hijah yang menyokong masyruiyyatul al-hisbah ialah : Amar ma'aruf dan Nahi mungkar merupakan tugas Nabi-nabi dan Rasul-rasul Melaksnakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat SayyidilMursyalin kenyataan di atas menunjukkan betapa perlunya diberi keutamaan dalam melaksanakan tugas-

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat orangorang yang beriman Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat orangorang yang salih Sekiranya tugas dan tanggungjawab hisbah dilaksanakan maka terlaksanalah segala kebaikan Amar ma'ruf dan nahi mungkar merupakan kewajipan bagi mereka yang diberi kuasa di atas muka bumi ini Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan faktor kepada kejayaan didunia dan di akhirat Amar ma'ruf nahi mungkar merupakan dua ciri penting dalam pengertian Islam Amar ma'ruf nahi mungkar yang dilakukan di hadapan pemerintah yang zalim merupakan jihad yang paling baik Membunuh orang-orang yang menjalankan tugas amar ma'ruf nahi mungkar merupakan kesalahan yang amat besar Manakala orang yang menjalankan tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar ini diberi ganjaran yang sebesar-besarnya Melaksanakan tugas menyeru yang ma'ruf dan menghalang kemungkaran menjadi sebab kepada penghapusan dosa-dosa kecil

WAJIBNYA HISBAH
Ramai orang menyangka bahawa walaupun melaksana tugas-tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar diberikan ganjaran yang amat besar, tetapi mereka menyangka tidak menjadi kesalahan jika meninggalkan kerja-kerja tersebut. Mereka menyangka kejayaan hanya terhenti kepada usaha-usaha dan amal-amal berkaitan dengan ibadat-ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya sahaja dan kesalahan serta keburukan orang lain tidak menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkannya.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Mereka seolah-olah telah lupa ataupun sengaja cuba melupakan bahawa tugas ini merupakan arahan Allah dan melaksanakannya merupakan prasyarat kepada kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Maka bersandarkan kepada nas-nas di atas, para ulama' berpendapat bahawa kerja-kerja hisbah adalah sesuatu yang fardhu. Antara mereka ialah ada yang menyatakan bahawa amar ma'ruf dan nahi mungkar merupakan dua fardhu dari fardhufardhu Allah manakala Abu Bakar al Jassas berpendapat Allah memperkuatkan kefarduannya dalam beberapa ayat manakala Rasul-Nya pula menjelas melalui hadith-hadith yang mutawatir darinya. Oleh itu dalil wajibnya melaksanakan hisbah bersandarkan kepada : Arahan Allah dan Rasul-Nya Iman dan Hisbah merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan Antara yang menjadi syarat kepada bai'ah ialah memberi nasihat sesama muslim Antara syarat mendapat kejayaan ialah melaksanakan kerja-kerja hisbah Meninggalkan tanggungjawab hisbah dianggap bersekutu dalam melakukan kemungkaran dan dosa bersama-sama pelakunya Amaran keras dengan azab Allah disebabkan meninggalkan kerjakerja hisbah Turunnya azab Allah diakibatkan kerana meninggalkan hisbah.

STATUS KEFARDHUAN HISBAH


Para Ulama' berselilih pendapat dalam menentukan status

kefarduannya sama ada fardhu `ain ataupun fardhu kifayah, namun dalam suasana-suasana tertentu para Ulama' bersepakat mengatakan bahawa ianya boleh berubah menjadi fardhu `Ain. Antara suasana-suasana tersebut ialah : Apabila petugas atau pegawai dilantik oleh pihak berkuasa Apabila tidak kedapatan orang lain yang mengetahui dan memahami kewajipan hisbah kecuali dirinya sahaja

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Apabila kemampuan untuk melaksanakan tugas ini hanya terbatas kepada beberapa orang sahaja maka hisbah itu menjadi fardhu `ain ke atas mereka

Apabila berlaku perubahan situasi di mana bilangan para da'ie berkurangan ditambah pula dengan bertambahnya kemungkaran serta kejahilan menguasai keadaan, maka ketika itu hisbah menjadi fardhu `ain.

KEWAJIPAN AL-MUHTASIB
Dari perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa amar ma'ruf dan nahi mungkar adalah kewajipan seseorang muslim sama ada ia seorang pegawai ataupun rakyat biasa. Ringkasnya terdapat dua kewajipan besar bagi Muhtasib, iaitu : Amar ma'ruf dan Nahi mungkar Setiap dari amar ma'ruf dan nahi mungkar itu terbahagi kepada tiga skop: Berkaitan dengan hak-hak Allah sahaja Berkaitan dengan hak-hak anak-anak Adam sahaja Berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak anak Adam

AMAR MA'RUF
Hak-hak Allah Wajib ke atas al-Muhtasib melaksanakan tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar apabila berkenaan perkara-perkara yang berkait dengan hak Allah seperti sembahyang Juma'at sembahyang jamaah di masjid dan lain-lain yang secara terbuka ditinggalkan. Hak-hak Anak Adam Ianya terbahagi kepada dua:

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

1.

Hak Am Merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan keperluan manusia seperti bekalan air minuman di dalam sesebuah negeri atau kemudahan-kemudahan awam yang asasi. Perkara ini bergantung kepada kedudukan kewangan negeri atau baitulmal dan pihak kerajaan bertanggungjawab supaya memperbaiki keadaan tersebut. kalau tidak ada harta baitulmal, hendaklah diarahkan orang-orang Islam yang kaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2.

Hak Khas Ianya mencakupi hak-hak yang berkaitan dengan individuindividu seperti hutang piutang dan lain-lain hak. orang Dalam keadaan ini, muhtasib hendaklah mengarahkan kepada orangyang berhutang supaya membayar hutang-hutang mereka dengan syarat ada pengaduan dan jika mempunyai keupayaan.

3.

Hak bersama Ianya mencakupi antara lainnya perkara-perkara berikut: Mengarahkan para bapa mengahwinkan anak-anak perempuan mereka apabila menepati syarat-syarat agar mereka tidak terhalang daripada berkahwin Mewajibkan para wanita mematuhi idah mereka sama ada idah wafat atau idah talaq Mengarahkan pemilik-pemilik pengangkutan supaya tidak memuat secara berlebihan ke atas kenderaan mereka Mengambil kecaknaan terhadap luqatah seperti kehilangan barangan dan sebagainya

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

NAHI MUNGKAR
Hak-hak Allah Antaranya: 1. Berkaitan dengan `ibadah yang mengandungi perkara-perkara berikut: 2. Orang melakukan `ibadah tidak mengikut syari`at Islam Orang yang tidak mengambil berat terhadap kesihatan tubuh badan pakaian dan tempat sembahyang Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan tanpa ada keuzuran syar'ie Orang yang tidak membayar zakat harta-harta batin Orang yang mengajar dan memberi fatwa tanpa ada ilmu.

Berkaitan dengan larangan-larangan syara' Hendaklah mencegah orang ramai dari berada ditempattempat yang meragukan dan yang boleh mendatangkan tohmahan serta tuduhan orang seperti wujudnya percampuran kaum lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di tempat-tempat yang diragui.

3.

Berkaitan dengan mu'amalah Hal ini mengandungi mu'amalah-mu'a malah yang mungkar dari sudut syara' seperti jual beli yang tidak sah dan apa-apa urusan jual beli yang dilarang oleh syara' walaupun di kalangan mereka saling redha menredhai seperti penipuan harga, timbangan dan sukatan.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Hak-hak Anak Adam 1. Hak jiran Hal ini mengandungi pencerobohan seseorang terhadap

sempadan jirannya. Walaupun begitu, muhtasib tidak boleh mengambil tindakan selagi tidak ada aduan dari jirannya. 2. Di pusat-pusat perniagaan dan di kilang-kilang; ada tiga keadaan yang perlu diambil perhatian: Kesempurnaan dan kekurangan, contoh kerja-kerja perubatan yang dilakukan oleh para doktor Amanah dan khianat; contohnya amalan tukang-tukang jahit yang tidak menepati janji Elok dan tidak elok dalam apa-apa kerja yang dilakukan

Hak-hak bersama Antarannya ialah pencegahan perbuatan mengintai rumah orang lain, mencegah imam-imam masjid besar daripada memanjangkan sembahyang dan mencegah para hakim daripada tidak melayani orang-orang yang berbalah, mencegah pemilik alat-alat pengangkutan dari mengangkut lebih dari had muatan dan lain-lain lagi. Muhtasib hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka oleh pihak berkuasa selain dari perkara-perkara yang disebutkan di atas.

PERBANDINGAN ANTARA HISBAH DAN KEHAKIMAN


Antara hisbah dan kehakiman ada persamaan dan perbezaannya. Persamaan boleh dilihat dari dua sudut:

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Pengaduan harus dibuat kepada muhtasib sebagaimana harus dibuat kepada hakim Harus bagi muhtasib sebagaimana juga hakim menjatuhkan hukuman ke atas yang didakwa ketika yang didakwa mengaku bersalah di atas tuduhan yang dihalakan kepadanya

Perbezaan antara hisbah dan kehakiman juga dilihat dari dua sudut: Dari satu sudut, bidang kuasa hakim lebih luas dari bidang kuasa muhtasib kerana muhtasib hanyalah tertentu kepada dakwaan yang berkaitan dengan kemungkaran yang zahir sahaja yang tidak memerlukan kepada kesaksian dan keterangan Dari beberapa sudut yang lain pula kuasa muhtasib lebih luas dari kuasa hakim iaitu: 1. Muhtasib boleh menggunakan kuasanya sama ada wujud pendakwaan atau tidak, manaka hakim hanya boleh bertindak jika ada pendakwaan.

2.

Muhtasib boleh mencegah kemungkaran dengan apa cara sekalipun sama ada menggunakan kekerasan atau kekuatan atau ta'zir, di mana hal ini tidak boleh dilakukan oleh hakim.

PERBANDINGAN ANTARA HISBAH DENGAN WILAYAH ALMADZALIM


Persamaan antara Hisbah dan Wilayah al-Madzalim boleh dilihat dari dua sudut di mana kedua-dua hisbah dan wilayah al-madzalim mempunyai bidang kuasa yang luas dalam perkara berikut: Kewibawaan kuasanya

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Masing-masing boleh melibatkan diri dalam usaha mencari kebaikan dan permasalahan ummah serta menolak keburukan dan kerosakan yang zahir terhadap ummah tersebut.

Perbezaan antara keduanya pula ialah: Kedudukan muhtasib lebih rendah dari hakim sementara kedudukan waliyul-madzalim lebih tinggi dari hakim Waliyyul-madzalim boleh membicara setiap kes yang diadukan kepadanya manakala muhtasib tidak boleh berbuat demikian kecuali ke atas kes amal ma'ruf nahi mengkar yang zahir sahaja Melihat kepada perbandingan-perbandingan tersebut, bolehlah

dirumuskan bahawa bidang kuasa muhtasib ada bermacam-macam. Ada kalanya muhtasib bertindak sebagai polis, ada kalanya sebagai waliyyumadzalim dan ada kalanya sebagai hakim.

PERLANTIKAN ATAU PEMBENTUKAN HISBAH


Kita telah menyatakan bahawa hisbah itu wajib dilakukan oleh orang perseorangan atau kumpulan secara sukarela dan boleh dilantik oleh pihak Kerajaan. Rasulullah s.a.w dan Sayyidina Omar umpamanya menjalankan tugas ini secara sendiri di peringkat awal pemerintahan Islam kemudian sesudah itu dijadikan suatu Badan Kerajaan atau Pesuruhjaya Hisbah. Beliau bolehlah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa dengan syarat orang-orang yang dilantik itu mempunyai maklumat yang jelas tentang hukum hakam Syara', berani, kuat dan bertaqwa.

PENUTUP

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Perkara-perkara yang dibentangkan di atas merupakan pendapatpendapat umum serta contoh-contoh yang diberikan oleh para fuqaha'. Walau bagaimanapun jika dipertimbangkan, dengan suasana yang dihadapi sekarang, kita haruslah berpegang kepada definasi yang diberikan oleh alImam al-Mawardi iaitu bidang kuasa hisbah begitu luas yang mana ianya merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kema'rufan yang ditinggalkan secara terang-terangan juga termasuklah penyalahgunaan kuasa seperti bapa yang mencegah anaknya berkahwin apabila sudah memiliki syaratnya, amalan rasuah dan riba dilakukan secara berleluasa, kegiatan perniagaan dijalankan dengan cara yang bertentangan dengan syariat Islam dan lain-lainnya. Al-Faqir Ila Afuwwi Rabbih Haji Harun bin Taib

10

Anda mungkin juga menyukai