Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Pertama sekali, kami ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada semua orang yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, kami juga benar-benar menghargai semua bantuan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Encik Azizan Bin Puteh. Dengan tunjuk ajar yang beliau telah berikan, kami mampu untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah yang kami hadapi semasa kami menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, kami juga mengucapkan terima kasih kepada beliau atas taklimat yang jelas tentang tugasan pengurusan kokurikulum ini. Selain itu, kami mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberikan sokongan moral dan wang. Dengan sokongan mereka, kami boleh menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kami juga berterima kasih kepada ahli kumpulan atas kerjasama yang diberikan bagi menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak tertinggal juga penghargaan kami kepada pekerja perpustakaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang telah memberi pertolongan dan kerjasama ketika kami mengalami masalah dalam mencari bahan rujukan yang kami ingini di perpustakaan. Tanpa bantuan mereka, kami mungkin akan membazir banyak masa dalam mencari bahan-bahan tersebut dan tidak dapat mencari maklumat yang diingini dengan cepat dan lancar. Akhir sekali, kami ingin menyampaikan ucapan ribuan terima kasih sekali lagi kepada sesiapa sahaja yang telah membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus kali ini.

IV

Anda mungkin juga menyukai