Anda di halaman 1dari 6

1.

PENGENALAN

Persatuan Rekreasi Alam IPG KDRI di bawah Unit Pengajian Melayu Semester 6 akan mengadakan Kem Rekreasi Alam dengan tema Pemuliharaan Pantai Pemeliharaan Penyu. Tujuan utama kem ini dianjurkan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Kokurikulum Persatuan WAJ 3113 dengan pemberatan markah sebanyak 70% bagi tugasan projek yang dilaksanakan. Penubuhan Persatuan Rekreasi Alam ini dilihat dapat memberi kelebihan kepada siswa guru Unit Bahasa Melayu dalam mengukuhkan pengetahuan sedia ada untuk membina dan mencetuskan idea daripada pengalaman sebenar ketika menghasilkan sesuatu wacana.Pengetahuan ini sedikit sebanyak akan membantu siswa guru Bahasa Melayu dalam membantu pengolahan cerita kepada bakal anak didik suatu hari nanti. Selain itu, kem ini merupakan satu wadah untuk menunjukkan kecintaan kepada alam sekitar dalam kalangan siswa guru. Isu Pemuliharaan Pantai dan Pemeliharaan Penyu merupakan isu penting yang turut diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan juga para aktivis alam sekitar. Oleh demikian, pendidikan merupakan salah satu medium utama yang digunakan oleh kerajaan dalam usaha untuk mendidik masyarakat khususnya para pelajar dalam menyemai nilai cintai alam sekitar. 2.0 RASIONAL 2.1 2.2 2.3 Program ini berhasrat dapat melahirkan siswa guru yang berupaya mengelola sesuatu kem sesebuah persatuan di sekolah. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran asas dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Membentuk kemahiran bagi menilai pencapaian bakat dan potensi guru pelatih dalam menguruskan sesebuah organisasi.

3.0

OBJEKTIF: 3.1 3.2 3.3 3.4 Membentuk sikap dan nilai positif yang berterusan dalam kepimpinan dan aktiviti kemanusiaan. Memberikan pengalaman dan pendedahan kepada siswa guru tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Meningkatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal ketika berhubung dengan masyarakat luar melalui persatuan. Melahirkan siswa guru yang mempunyai pemahaman tentang perhubungan antara manusia dan alam sekitar.

4.0

BUTIRAN PENGANJURAN Pelaksanaan program ini adalah untuk memenuhi sukatan Persatuan (WAJ 3113) yang dianjurkan oleh unit PISMP BM/PJ/MZ semester 6. BUTIRAN PROGRAM 5.1 5.2 5.3 Tarikh Tempat Peserta : 26- 28 September 2013 : Pulau Perhentian, Terengganu : Unit PISMP Bahasa Melayu semester 6

5.0

5.4

Bilangan Peserta

: 21 Orang Siswa Guru ( Rujuk Lampiran A ) 2 Orang Pensyarah

5.5

Acara

: ( Rujuk Lampiran B )

6.0

KEWANGAN

6.1

SUMBER PERUNTUKAN

SUMBER IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL JUMLAH

SUMBANGAN SEUNIT (RM) RM10 X 3 (hari)

KUANTITI 21

JUMLAH RM 630 RM 630

6.2

ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN

BIL

ITEM

HARGA SEUNIT (RM)

KUANTITI

JUMLAH (RM sehari)

JUMLAH ( RM tiga hari )

MAKANAN Makan pagi Makan tengahari Minum petang RM 2.50 RM 5.00 RM 2.50 21 RM 2.50 21 RM 5.00 21 RM 2.50 RM 52.50 RM 105.00 RM 52.50 RM 157.50 RM 315.00 RM 157.50

JUMLAH KESULURUHAN (RM)

RM 210

RM 630

7.0

KEPERLUAN PERALATAN

BIL 1. 2. 3.

ALATAN JAKET KESELAMATAN FIRST AID ALAT SNOKERLING

8.0

PENGANGKUTAN Perjalanan pergi 26. 09. 2013 dari Institut Pendidikan Guru ke Jeti Pulau Perhentian. Perjalanan balik 28.09.2013 dari Jeti ke Institut Pendidikan Guru. o Bas IPG Kampus Dato Razali Ismail

9.0

URUS SETIA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

Penaung

: Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali Tuan Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail

Penasihat

: Encik Zaharim Bin Tawang Ketua Unit, Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail.

Penyelaras persatuan : Encik Mohd Zaid Bin Yusof Pensyarah Penasihat, Persatuan, PISMP Pengajian Melayu Semester 6, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail

Pensyarah Pengiring : Puan Rosnah Binti Mustaffa Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail.

JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari : Muhammad Alkhafi Bin Kamaruzaman : Mohamad Azam Bin Ashri : Fadhilah Atikah Binti Ahmad Asli : Siti Norfadhilatul Maryam Binti Razali

JAWATANKUASA KERJA AJK Aktiviti : Muhammad Saiful Aiman Bin Ibrahim Nor Atiekah Hidayah Binti Hussain Nurul Fatekah Binti Abdullah

AJK Perhubungan : Mohamad Syukur Bin Mahat Luar dan Penginapan Nur Saidatul Akmam Binti Razak AJK Pengangkutan :Muhammad Syarizwan Bin Shukeri Wan Mohd Zulfaqar Bin Wan Yahya

AJK Dokumentasi

: Abdul Hadi Bin Md. Kassim Wan Mohd Hanafi Bin Wan Mustaffa Adilah Binti Che Ismail : Muhammad Radhi Bin Wahyid Ida Ayuni Binti Md Zani Nurul Nadiah Binti Abu Bakar

AJK Makanan dan Minuman

: AJK Keselamatan dan Kerohanian

: Muhammad Hasif Bin Zulkipli Muhd Nurazri Bin Jamaludin

AJK Hadiah

: Nur Ramadhilfitri Bin Ishak @ Zakaria Shazuwani Binti Mohamad Nor

10.0

PENUTUP Kem Reakreasi Alam Pemuliharaan Pantai, Pemeliharaan Penyu yang dianjurkan ini diharap dapat meningkatkan jati diri dan memberikan pendedahan yang secukupnya kepada siswa guru Bahasa Melayu berkenaan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar serta dapat memperkayakan pengetahuan khususnya dalam Pendidikan Alam Sekitar. Selain itu, pengalaman yang diperolehi ini mampu melahirkan graduan yang boleh menggarap pembelajaran sepanjang hayat melalui program pembudayaan ilmu. Justeru, melalui program ini diharap mampu menyumbang ke arah melahirkan guru- guru yang berkeupayaan dalam merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu program yang berkesan kepada diri siswa guru.

Disediakan oleh,

........................................................... (FADHILAH ATIKAH BINTI AHMAD ASLI) Setiausaha, Persatuan Rekreasi Alam, PISMP Pengajian Melayu Semester 6, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.

Disemak oleh:

.................................................................. (ENCIK MOHD ZAID BIN YUSOF) Pensyarah Penasihat, Persatuan Rekreasi Alam, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.

Disahkan oleh: ........................................................ (ENCIK ZAHARIM BIN TAWANG) Ketua Unit, Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.

Diluluskan oleh:

................................................................................... ( ENCIK GHULAM SARVER BIN MOBARAK ALI ) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai