Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah saluran atau media yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat atau isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan berperanan sebagai rangsangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan pengajaran dapat mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihkan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran. Guru-guru perlu mahir memilih sumber ini mengikut kesesuaian muridmurid dari segi tajuk, objektif, dan isi pelajaran. Selain itu, aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus menepati keperluan murid, iaitu dari segi mutunya yang sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar supaya dapat memotivasikan pelajar untuk belajar . Dalam tugasan ini, kami yang memilih tema sayangi diri Tahun 4 telah menghasilkan bahan maujud, iaitu piramid makanan yang menjadi panduan kepada murid-murid tentang pemakanan yang seimbang. Bahan bantu mengajar yang kami hasilkan juga dapat dijadikan bahan belajar murid-murid, iaitu mereka dapat bermain sambil belajar dengan menampalkan makanan pada kategori yang betul. Kepelbagaian fungsi bahan maujud dapat meningkatkan nilai fungsinya dan penghasilannya.

Anda mungkin juga menyukai