Anda di halaman 1dari 1

SOALAN 1 : DEFINISI KAUNSELING DARI PELBAGAI SUDUT

Bimbingan Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang


dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli
psikologi ini mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah
perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang
yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Selain itu
Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian
daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan
secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk
menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk
kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya

Takrifan kaunseling sering ditafsirkan sebagai satu bentuk nasihat.


Namun ia bukan hanya nasihat semata-mata disebabkan wujunya unsur
nasihat ini. Pada asasnya kaunseling berasal dari perkataan Inggeris
iaitucounseling yang bermaksud menolong. Namun begitu terdapat pelbagai
takrifan lain berkenaan dengan maksud kaunseling ini antaranya ialah
Blocher (1974) merumuskan bahawa kaunseling ialah satu proses menolong
individu mengenali diri sendiri dan cara berinteraksi dengan keadaan
persekitarannya. Pada masa sama individu ini dapat memperkembangkan
potensi diri untuk masa depannya. Kaunseling menurut takrifan Shertzer dan
Stone (1968), membawa maksud proses interaksi seseorang individu dalam
memahami diri sendiri serta keadaan sekelilingnya. Proses ini melibatkan
penetapan matlamat dan nilai hidup yang dibentuk dan dijelaskan sehingga
dapat mecapai keputusan yang wajar untuk masa depannya.
Kaunseling juga ialah satu keadaan dimana proses untuk membantu
individu yang bermasalah, Krumboltz dan Thoreson (1976). Selain itu, ia juga
merujuk kepada bagaimana membantu seseorang individu untuk
menyelesaikan masalah personal, perasaan dan cara untuk membuat
keputusan. Seterusnya kaunseling juga merupakan satu proses pertemuan
secara interaktif iaitu bersemuka antara kaunselor dan klien sehingga berlaku
perubahan pada diri klien tersebut, Patterson dan Eisenberg (1983). Oleh itu,
maksud kaunseling dapat disimpulkan sebagai suatu proses bantuan secara
profesional untuk bimbingan klien memahami dirinya dan suasana
sekelilingnya. Bimbingan ini dilakukan sehingga kelihatan perubahan yang
positif kepada klien tersebut.

Anda mungkin juga menyukai