Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA LAWATAN KE PERAK FM

TARIKH HARI LOKASI WAKTU

: : : :

21 SEPTEMBER 2013 SABTU PERAK FM 8.00 PAGI 12.00 TENGAHARI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERAK FM SK POS SUNGAI PELANTOK 31100 SUNGAI SIPUT (U) PERAK DARUL RIDZUAN

1.0

PENDAHULUAN Mengambil inspirasi daripada pepatah Melayu, Pengalaman adalah guru yang paling berharga, maka SKPSP telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Perak FM. Lawatan ini bertujuan pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid pribumi tentang sistem teknologi dan sistem operasi sesebuah stesyen radio. Pengalaman dan keterujaan ketika berada di Perak FM pastinya akan tersemat di jiwa para murid pribumi.

2.0

RASIONAL Alunan muzik yang membelai jiwa dan kepetahan para penyampai radio

membuatkan masyarakat pribumi sangat menghargai stesen radio Perak FM, Berita dan maklumat yang disampaikan memberi pencerahan kepada masyarakat pribumi tentang situasi terkini di Perak. Begitulah dekatnya sesebuah stesen radio dengan masyarakat pribumi. Oleh kerana itu, lawatan ini direncanakan bagi memberi peluang kepada para murid pribumi untuk melawat Perak FM.

3.0 3.1

OBJEKTIF Memberikan inspirasi kepada para murid pribumi tentang pekerjaan khususnya yang berkaitan dengan pengoperasian sesebuah stesyen radio.

3.2

Memberi peluang kepada para murid pribumi merasai teknologi dan kemajuan yang terdapat di Perak FM.

3.3

Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada para murid pribumi dapat membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.

3.4

Merapatkan hubungan silaturrahim di antara Perak FM, guru-guru dan para pelajar pribumi.

4.0

BUTIRAN LAWATAN Tarikh Hari Masa Lokasi : 21 September 2013 : Sabtu : 8.00 pagi 12.00 tengah hari : Perak FM

5.0

KUMPULAN SASARAN Program ini disasarkan kepada para guru, staf dan murid SKPSP Rombongan ini disertai serama 66 orang ( guru dan murid)

6.0

SENARAI NAMA PESERTA DAN GURU Sila rujuk Lampiran A.

7.0

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA : : : : : En. Nazri Bin Zainal Abidin En. Atan@Mohd Fadzli Bin Mansor En. Khairil Anwar Bin Alias En. Ahmad Ramzi Bin Hamzah Pn. Nur Farhana Bt Ahmad Khori En. Rosman Bin Omar : : : : : En. Muhammad Wadi Bin Hashim En. Mat Don Bin Long Gajah Pn. Suzila Binti Omar En. Majid Bin Busu En. Rushdi Bin Zawawi

Pengerusi Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II Penyelaras Setiausaha Bendahari AJK Pengangkutan AJK Dokumentasi AJK Makanan dan Minuman AJK Disiplin AJK Keselamatan

8.0

TENTATIF LAWATAN 21 SEPTEMBER 2013 7.00 AM 8.00 AM : BERTOLAK DARI KAMPUNG SUNGAI PELANTOK : TIBA DI PERAK FM : LAWATAN SEKITAR PERAK FM 10.00 AM 12.00 PM : SEMINAR BIJAK SIFIR BERSAMA SIFU TAJ : BERTOLAK KE BANDARAYA IPOH

9.0

PENUTUP

Dengan adanya lawatan sambil belajar ini diharap dapat memberi satu pengetahuan dan pengalaman baru kepada para guru, staf dan murid. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang menyertainya.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

.. (NUR FARHANA BT AHMAD KHORI) Setiausaha Program Lawatan Sambil Belajar SK Pos Sungai Pelantok

.. (EN. AHMAD RAMZI BIN HAMZAH) Penyelaras Program Lawatan Sambil Belajar SK Pos Sungai Pelantok

Disahkan oleh :

.. (EN. NAZRI BIN ZAINAL ABIDIN) Guru Besar SK Pos Sungai Pelantok

Anda mungkin juga menyukai