Anda di halaman 1dari 2

Kertas Kerja Program Ambang Merdeka

Pendahuluan Setiap tahun negara kita menyambut ulangtahun hari kemerdekaan. Dengan itu untuk menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan,beberapa aktiviti bakal dijalankan. Program ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, menyelami perasaan insan insan terdahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru-guru. Matlamat Melahirkan generasi yang mempunyai nilai-nilai positif dan menghayati nilainilai sejarah kemerdekaan negara. Objektif 1. Menjadikan murid - murid berani menonjolkan diri dengan menunjukkan bakat yang terpendam. 2. Menjadikan murid - murid lebih berdaya saing dan berdisplin. 3. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair dan nilai sejarah. 4. Mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid - murid. Sasaran Murid tahun 6, guru dan staf Sekolah Kebangsaan Kijal. Pengisian Program : Program yang dijadualkan berlangsung pada malam 30 hb Ogos memuatkan beberapa aktiviti yang berbentuk kenegaraan bersesuaian dengan tema kemerdekaan 2013 iaitu 'MalaysiakuBerdaulat: Tanah TumpahnyaDarahku'. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah: 1) Tayangan perdana sempena bulan kemerdekaan 2) BBQ 3) Detik 12 malam 4) Nyanyian lagu negaraku Penyertaan Murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kijal Tarikh / Masa

Tarikh : 30 Ogos 1013 Masa : 10.00 malam 12.30 tengah malam Tempat Dataran Perhimpunan Sek Keb Kijal.

Anda mungkin juga menyukai