Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal : 4
Minggu Praktikum :Minggu keempat
Tarikh : 16 Februari hingga 21 Februari 2014
Tajuk Jurnal :Masalah Komunikasi dengan Murid
1. Masalah
Komunikasi ialah merupakan medium untuk seorang guru menyampaikan ilmu
pengetahuan dan maklumat kepada pelajar-pelajarnya dalam sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran samada secara langsung atau secara tidak langsung. Komunikasi dalam
konteks pendidikan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu komunikasi secra lisan
atau dikenali juga sebagai komunikasi verbal dan yang kedua ialah komunikasi secara
bukan lisan atau non verbal. Komunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan
maklumat ataupun idea secara lisan daripada seorang individu iatu guru kepada
sekumpulan pendengar atau pelajar. Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan sekiranya
idea atau maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan jelas dan mudah difahami.
Namun, semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, berlaku gangguan atau
halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru disebabkan suasana kelas yang
bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga
pelajar yang kurang berminat dengan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar enggan
mendengar pengajaran guru dan menghadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek
tersebut. Ini kerana adakalanya aktiviti yang ingin dijalankan sangat menarik. Namun, guru
tidak memilih aktiviti tersebut kerana dikhuatiri aktiviti tersebut tidak dapat dilaksanakan
dengan baik apabila arahan guru tidak dapat didengari dengan baik.
2. Analisis
Berdasarkan rujukan dan kajian yang dijalankan terdapat spesifikasi masalah
komunikasi ini kepada beberapa sebab iaitu:
a) Masalah bahasa - proses komunikasi menggunakan bahasa sebagai media yang
menghubungkan antara dua pihak. Selalunya masalah dalam komunikasi ialah berpunca
dari bahasa samada bahasa yang salah atau bahasa yang kurang jelas.Sekiranya
menggunakan bahasa yang sama pun boleh mengalami masalah apatah lagi pendenagar
dan penutur merupakan dua individu yang menggunakan bahasa yang berbeza. Sebagai
contoh seorang guru yang tidak pernah lekang dari menggunakan loghat daerah sedangkan
pelajarnya adalah individu yang menggunakan loghat yang berlainan. Apatah lagi bagi guru
yang sudah terbiasa menggunakan bahasa campuran melayu inggeris dalam subjek yang
tidak berkaitan seperti sejarah dan moral. Hal ini menarik perhatian Ketua Eksekutif
Yayasan Karyawan, Dato Dr Hassan Ahmad di dalam akhbar Utusan Malaysia yang
bertarikh 22 februari 2008 yang menekankan bahawa loghat daerah punca bahasa melayu
lemah. Ironi daripada petikan ini guru mestilah pandai menggunakan bahasa bersesuaian
mengikut topik yang diajar.Situasi ini membawa implikasi yang sangat bahaya iaitu
meyebabkan pelajar tidak memahami isi pengajaran yang disamapaikan walaupun guru
tersebut menganggap penyampaiannya adalah yang terbaik.
b) Ketidak jelasan suara guru - salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah dalam
berkomunikasi juga ialah ketidakjelasan suara guru. Sebagaimana yang diketahui umum
bahawa suara seorang guru guru adalah sangat penting kerana ia adalah alat perantara
dalam proses komunikasi. Ketidakjelasan suara guru boleh membuatkan proses komunikasi
dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan terhalang atau boleh menimbulkan
kekeliruan. Tidak kira apa kaedah yang dijalankan oleh seseorang guru tersebut suara guru
mesti lantang serta mampu didengari oleh semua pelajar dan guru perlu bijak berintonasi
kerana suara guru yang hanya mendatar dari awal pengajaran sampai ke akhir pengajaran
akan membuatkan pelajar cepat bosan. Guru juga perlu pandai menggunakan kemudahan
yand disediakan oleh pihak pengurusan, sebagai contoh,untuk kelas yang begitu ramai dan
dalam ruang yang sangat luas guru mestilah menggunakan pembesar suara.
Dalam proses pengajaran di bilik darjah, guru merupakan penyampai maklumat atau
mesej kepada pelajar yang merupakan pendengar dan penerima mesej tersebut.
Komunikasi secara lisan ini perlulah jelas dan dapat difahami oleh penerima. Ini amat
penting bagi seorang guru ketika sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Guru seharusnya
mempunyai suara yangkuat, jelas serta maklumat yang hendak disampaikan mestilah dapat
difahami dan diterima oleh para pelajar dengan jelas. Komunikasi secara lisan ini akan
berkesan jika kriteria-kriteria yang disebutkan itu menepati pada seorang guru kerana dalam
proses penyampaian maklumat, guru memainkan peranan penting dalam memindahkan
idea dan maklumatnya kepada para pelajar. Cara menyebut dan perkataan-perkataan yang
digunakan seharusnya boleh difahami oleh pelajar agar mereka dapat menerima
pembelajaran dengan mudah.


3. Cadangan Untuk Memperbaiki
Terdapat banyak kajian yang telah dikenal pasti bagaimana guru boleh mewujudkan
komunikasi menjadi lebih berkesan di dalam mengurus proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Komunikasi yang berkesan amat diperlukan dalam menjayakan
proses pengajaran dan pembalajaran. Ini adalah bertujan untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Di antara kaedah komunikasi yang boleh membantu guru-
guru bagi mengurus bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti
di bincangkan di bawah:1) Praktikkan gaya kepimpinan demokratik. Guru mesti mempunyai
gaya kepimpinan yang baik, tutur kata yang tegas atau penggunaan nada yang betul perlu
digunakan pada situasi yang betul amat bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar
dalam menerima maklumat yang hendak disampaikan, pakaiannya dan cara komunikasi
gerak badan atau muka guru memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan
penegasan yang menjelaskan data yang ingin disampaikan kepada murid supaya lebih
mudah difahami dengan jelas. Melahirkan suasana gaya yang betul dalam pengajaran dan
pembelajaran agar murid seronok dan terus berminat dalam menerima pengajaran yang
disampaikan oleh guru.
2) Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti. Aktiviti-aktiviti bilik darjah akan
mewujudkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan murid-murid secara dua hala.
Ini akan menjadikan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran akan
lebih aktif.
3) Gunakan kaedah berkumpulan sekiranya boleh dilakukan Kaedah berkumpulan adalah
ditekankan dalam KSSR kerana interaksi murid dengan murid serta guru dapat
diperkembangkan. Ia boleh melahirkan murid-murid mempunyai nilai bekerjasama dalam
kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan dan mempunyai kemahiran berfikir
sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
4)Menggunakan alat gantu mengajar yang berteknologi. Menggunakan teknologi tinggi
seperti komputer, persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan power point
dan sebagainya lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran diminati oleh
murid-murid kerana ia melibatkan video, audio yang dapat menunjukkan sesuatu maklumat
yang disampaikan lebih jelas dengan visualnya.



4. Tempoh Masa
Tempoh masa akan pelaksanakan penambahbaikan adalah pada minggu yang
berikutnya. Ini adalah untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan baik. Masalah komunikasi semasa pengajaran dan pembelajaran dapat diselesaikan
dengan kadar yang segera.
5.Tindakan Susulan
Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan
keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salahtafsir, bahasa yang kasar, suara yang
tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid, komunikasi
tertutup, tidak memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran
yang menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan
yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti
kelas, dan pengurusan masa yang berkesan. Meransang minat, memenuhi keperluan diri,
sosial, dan psikologi, dorongan dan sokongan, mengembangkan potensi, kebolehan, minat,
bakat dan keyakinan diri murid.Kepakaran guru diukur dari aspek inisiatif, dedikasi,
perancangan, kerjasama, kepimpinan, kepakaran, integriti yang tekal dalam organisasi yang
dapat mengujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi
menjayakan wawasan, keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil
melalui proses pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi iaitu pembelajaran
yang aktif yang merangsangkan minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam
aktiviti pembelajaran.
Disediakan oleh,
.
(SITI FATIMAH BINTI AZEMI)
Guru Pelatih,
IPG Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu.


Ulasan Guru/PensyarahPembimbing

.

Anda mungkin juga menyukai