Anda di halaman 1dari 24

BMM3103

Disediakan oleh: Afaten Nadia Muliana

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti. proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir. kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak. kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan.

Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina


portfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan. portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif. portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.

Kegunaan portfolio
membolehkan guru-guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik. mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri. membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Perancangan sebelum membuat portfolio


menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio. isi kandungan portfolio. pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio. penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.

Penilaian bagi Portfolio


Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Pemerhatian dilakukan secara berterusan dan mengikut jangka waktu yang diperlukan / ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

Pemerhatian berlaku antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

Perkara yang perlu diambil kira semasa membuat pemerhatian:

Kualiti pemerhatian Fungsi penilaian melalui pemerhatian

Bentuk perancangan

Pemerhatian

Strategi pelaksanaan

Merekod penilaian pemerhatian

Jenis pemerhatian

guru mempunyai sifat-sifat pemerhati iaitu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan persekitaran. ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil dalam sesuatu situasi. tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang tersusun dari segi pendekatan atau kaedah kumpulan atau individu. cara merekodkan dapatan dan rumusan direkod mengikut urutan yang betul.

tindakan susulan rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susulan yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai. rekod anekdot boleh digunakan untuk menilai kecekapan / kecerdasan individu dalam bidang-bidang tertentu seperti kecekapan linguistik/bahasa, kecekapan muzik, kecekapan pergerakan badan, kecekapan intrapersonal.

memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan dengan melapor apa yang dilihat sahaja. memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara "open-minded" iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan dan perlakuan. memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.

secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/yang dirancang. guna senarai semak/rekod anekdot. secara global / analitik mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran. proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensel dan kertas/secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaian.

tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan implikasinya ke atas pelajar. jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keperluan dan keadaan. maklum balas diperolehi melalui pemerhatian guru / tindak balas pelajar. refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai pemerhatian.

Penilaian melalui pemerhatian boleh:


digunakan oleh guru untuk melihat perkembangan individu/ kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. dibuat oleh pelajar ( individu/ kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.

Membolehkan guru menjalankan aktiviti pemulihan/ pengukuhan. mengatur aktiviti pengayaan yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar.

mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar. menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan. mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran, rakan sebaya, dan diri sendiri. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranan sendiri sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

Contoh Senarai semak Untuk Menilai Kerjasama KumpulanYang Dibuat Melalui Pemerhatian
Bil Kriteria Tingkah Laku Kerjasma Ya/tidak

1.

Selalu menetapi masa dalam apa jua aktiviti kumpulan yang dijadualkan
Bersikap proaktif (memulakan kerja tanpa diarah) Suka berkongsi maklumat dengan rakan sekumpulan Menyumbang idea yang bernas kepada kumpulan Bersedia mendengar pendapat ahli lain dalam kumpulan Mematuhi/akur dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh kumpulan Menunggu giliran untuk menyampaikan idea atau pendapat Berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku yang sopan kepada ahli kumpulan Membantu menyelesaikan masalah kumpulan Mengambil kira pendapat orang lain dalam kumpulan Melaksanakan tugasan/aktiviti yang telah ditetapkan oleh kumpulan Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh kumpulan tepat pada waktunya

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Anda mungkin juga menyukai