Anda di halaman 1dari 6

MINGGU KETIGA

PENULISAN JURNAL
Bilangan Jurnal : 3
Minggu Praktikum :Minggu ketiga
Tarikh : 16 Februari hingga 21 Februari 2014
Tajuk Jurnal : Kelas tidak terkawal sehingga mengganggu pengajaran.
Masalah
Pada minggu ketiga ini, saya mengalami masih mengalami masalah pengawalan
kelas. Daripada pemerhatian saya, masalah pengawasan kelas semakin serius. Apabila
saya mengajar di hadapan hanya sebahagian murid yang memberi kerjasama yang baik.
Murid ini melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan baik. Namun,
masih ada sebahagian murid yang membuat bising dan mengganggu murid lain. Ini
membuatkan saya memarahi mereka agar tidak bersikap sedemikian maka ianya
menyebabkan mereka berhenti dari terus berkelakuan sedemikian. Pada mulanya, saya fikir
mereka memahami arahan saya. Namun setelah beberapa minit berlalu, perkara yang sama
masih berulang kembali. Kelas kembali bising sehingga mengganggu pelajar yang ingin
belajar. Saya merasakan marah bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah
ini.
Setelah saya menyedari masalah ini masih berlarutan, saya memikirkan cara yang
lebih berhikmah memastikan murid berkelakuan baik semasa di dalam kelas. Saya telah
membahagikan murid mengikut kumpulan, setiap kumpulan akan memperoleh bintang
sekiranya mereka mengikut arahan dengan baik atau dapat menjawab soalan dengan betul.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran jumlah bintang akan dikira. Jumlah bintang yang
paling banyak akan dianggap sebagai juara. Namun ianya hanya berkesan pada hari
tersebut sahaja apabila kali keduanya kaedah yang sama digunakan menyebabkan murid
tidak teruja lagi untuk mengutip bintang bagi kumpulan masing-masing.

Analisis
Daripada masalah yang saya alami saya telah merujuk teori-teori pembelajaran. Saya telah
menyedari bahawa marah bukanlah jalan penyelesaian yang berkesan. Ini kerana marah
hanya berkesan pada satu jangka masa yang singkat sahaja. Perkara ini akan berulang dan
terus berulang selagi mana kita tidak memarahi mereka. Maka daripada pandangan dan
pengalaman yang telah dikongsikan oleh rakan praktikum yang lain. Saya membuat
kesimpulan bahawa mereka ini menagihkan perhatian guru. Mereka berkelakuan
sedemikian agar guru dapat memberi perhatian terhadap mereka. Maka dengan itu saya
cuba mendekati mereka dengan memperbanyakkan pujian sekiranya mereka baik sebagai
satu tanda penghargaan terhadap mereka. Mereka akan merasa dihargai dan disayangi.
Maka setiap arahan akan mudah diterima.
Cadangan untuk membaiki
Saya cuba untuk berkolaborasi dengan rakan yang lain setelah 2 minggu saya masih
gagal mengawal kelas sepenuhnya. Sepanjang berkolaborasi dengan rakan barulah saya
dapat simpulkan dapat mengetahui punca utama kenapa saya tidak dapat mengawal kelas
yang baik iaitu intonasi suara yang tidak kuat dan arahan yang tidak jelas menyebabkan
masalah ini berlarutan menyebabkan murid tidak memberi perhatian terhadap arahan yang
diberikan akibat keadaan kelas yang bising. Rakan saya memberi solusi, dia memberi tips
untuk memberi arahan yang jelas iaitu menyebut perkataan demi perkataan ketika memberi
arahan dan meninggikan intonasi suara pada arahan yang ingin diberikan. Selain itu juga
beliau menasihati saya supaya mempelbagai intonasi suara bukan hanya satu intonasi
sahaja untuk menarik perhatian murid akan penyampaian isi pengajaran tersebut. Maka
murid tidak berasa bosan dengan penerangan yang diberikan sepanjang P&P. Maka
akhirnya saya dapat mengetahui punca utama kenapa saya tidak dapat mengawal kelas
yang baik iaitu intonasi suara yang tidak kuat dan arahan yang tidak jelas.
Selain itu juga, saya selalu memarahi mereka untuk memperbetulkan kesalahan
mereka setelah berkolaborasi dengan rakan saya barulah saya menyedari bahawa marah
bukanlah penyelesaian untuk masalah ini. Slow Talk adalah cara yang terbaik untuk
mendekati pelajar. Manakala bagi kutipan bintang yang terbanyak tersebut saya boleh
memberi mereka hadiah pada waktu selepas P&P tersebut. Saya berjanji kepada
pengumpulan bintang terbanyak saya akan hadiahkan mereka hadiah pada hari akhir saya
berada di sekolah tersebut. Mungkin inilah yang melunturkan semangat mereka untuk terus
berusaha mengumpul bintang. Oleh itu, pada akhir pengajaran dan pembelajaran saya perlu
untuk memberikan mereka sedikit ganjaran. Murid tahun tiga masih belum memahami
dengan baik mereka mempunyai sudut pandangan yang berbeza berbanding dengan murid
yang berada di tahap dua, kebanyakan dari mereka hanya bermotivasi apabila mendapat
sesuatu ganjaran. Namun bagi murid yang berada di tahap dua mereka sudah dapat berfikir
dengan baik.
Tempoh Masa
Saya akan bertindak secepat mungkin. Ini adalah kerana kegagalan mengawal kelas akan
mengakibatkan pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti mana
yang telah dirancang. Ianya akan memberi kesan terhadap pengurusan masa yang akan
mengakibatkan aktiviti pengajaran tidak dapat dilaksanakan dalam mencapai objektif yang
telah ditetapkan.
Tindakan susulan
Langkah pertama yang boleh saya ambil sebagai langkah susulan, saya akan memastikan
pengurusan bilik darjah berada dalam keadaan yang baik dahulu sebelum memulakan
pengajaran. Misalnya, memastikan murid susun atur meja dan kebersihan kelas berada
dalam keadaan yang baik. Murid berada dalam keadaan yang tenang serta bersedia untuk
menerima pengajaran (senyap tidak bising). Pengurusan bilik darjah merupakan langkah
awal kawalan kelas sekiranya permulaan kelas sudah kelam kabut maka ini akan memberi
kesan kepada pelajar. Mereka akan beranggapan guru bukanlah seorang yang tegas dalam
pelaksanaan pengajarannya. Perkara yang paling penting sekali, pandangan saya mestilah
menyeluruh ke seluruh bahagian kelas dan peka terhadap perlakuan negatif murid agar
tindakan tersebut tidak berlarutan sehingga boleh mengganggu Pengajaran dan
Pembelajaran.
Disediakan oleh,
.
(SITI FATIMAH BINTI AZEMI)
Guru Pelatih,








MIGGU KELIMA
PENULISAN JURNAL
Bilangan Jurnal : 5
Minggu Praktikum :Minggu Kelima
Tarikh : 16 Februari hingga 21 Februari 2014
Tajuk Jurnal :
Masalah
Pada minggu kelima ini, saya mengalami masih mengalami masalah murid tidak
menyiapkan lembaran kerja, kerja sekolah pada tempoh yang telah ditetapkan. Daripada
pemerhatian saya, murid tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugasan yang
telah diberikan. Mereka memberi pelbagai alasan, misalnya buku mereka hilang atau tinggal
buku tersebut di rumah

Analisis
Daripada masalah yang saya alami saya telah merujuk teori-teori pembelajaran. Saya telah
menyedari bahawa marah bukanlah jalan penyelesaian yang berkesan. Ini kerana marah
hanya berkesan pada satu jangka masa yang singkat sahaja. Perkara ini akan berulang dan
terus berulang selagi mana kita tidak memarahi mereka. Maka daripada pandangan dan
pengalaman yang telah dikongsikan oleh rakan praktikum yang lain. Saya membuat
kesimpulan bahawa mereka ini menagihkan perhatian guru. Mereka berkelakuan
sedemikian agar guru dapat memberi perhatian terhadap mereka. Maka dengan itu saya
cuba mendekati mereka dengan memperbanyakkan pujian sekiranya mereka baik sebagai
satu tanda penghargaan terhadap mereka. Mereka akan merasa dihargai dan disayangi.
Maka setiap arahan akan mudah diterima.
Cadangan untuk membaiki
Saya cuba untuk berkolaborasi dengan rakan yang lain setelah 2 minggu saya masih
gagal mengawal kelas sepenuhnya. Sepanjang berkolaborasi dengan rakan barulah saya
dapat simpulkan dapat mengetahui punca utama kenapa saya tidak dapat mengawal kelas
yang baik iaitu intonasi suara yang tidak kuat dan arahan yang tidak jelas menyebabkan
masalah ini berlarutan menyebabkan murid tidak memberi perhatian terhadap arahan yang
diberikan akibat keadaan kelas yang bising. Rakan saya memberi solusi, dia memberi tips
untuk memberi arahan yang jelas iaitu menyebut perkataan demi perkataan ketika memberi
arahan dan meninggikan intonasi suara pada arahan yang ingin diberikan. Selain itu juga
beliau menasihati saya supaya mempelbagai intonasi suara bukan hanya satu intonasi
sahaja untuk menarik perhatian murid akan penyampaian isi pengajaran tersebut. Maka
murid tidak berasa bosan dengan penerangan yang diberikan sepanjang P&P. Maka
akhirnya saya dapat mengetahui punca utama kenapa saya tidak dapat mengawal kelas
yang baik iaitu intonasi suara yang tidak kuat dan arahan yang tidak jelas.
Selain itu juga, saya selalu memarahi mereka untuk memperbetulkan kesalahan
mereka setelah berkolaborasi dengan rakan saya barulah saya menyedari bahawa marah
bukanlah penyelesaian untuk masalah ini. Slow Talk adalah cara yang terbaik untuk
mendekati pelajar. Manakala bagi kutipan bintang yang terbanyak tersebut saya boleh
memberi mereka hadiah pada waktu selepas P&P tersebut. Saya berjanji kepada
pengumpulan bintang terbanyak saya akan hadiahkan mereka hadiah pada hari akhir saya
berada di sekolah tersebut. Mungkin inilah yang melunturkan semangat mereka untuk terus
berusaha mengumpul bintang. Oleh itu, pada akhir pengajaran dan pembelajaran saya perlu
untuk memberikan mereka sedikit ganjaran. Murid tahun tiga masih belum memahami
dengan baik mereka mempunyai sudut pandangan yang berbeza berbanding dengan murid
yang berada di tahap dua, kebanyakan dari mereka hanya bermotivasi apabila mendapat
sesuatu ganjaran. Namun bagi murid yang berada di tahap dua mereka sudah dapat berfikir
dengan baik.
Tempoh Masa
Saya akan bertindak secepat mungkin. Ini adalah kerana kegagalan mengawal kelas akan
mengakibatkan pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti mana
yang telah dirancang. Ianya akan memberi kesan terhadap pengurusan masa yang akan
mengakibatkan aktiviti pengajaran tidak dapat dilaksanakan dalam mencapai objektif yang
telah ditetapkan.
Tindakan susulan
Langkah pertama yang boleh saya ambil sebagai langkah susulan, saya akan memastikan
pengurusan bilik darjah berada dalam keadaan yang baik dahulu sebelum memulakan
pengajaran. Misalnya, memastikan murid susun atur meja dan kebersihan kelas berada
dalam keadaan yang baik. Murid berada dalam keadaan yang tenang serta bersedia untuk
menerima pengajaran (senyap tidak bising). Pengurusan bilik darjah merupakan langkah
awal kawalan kelas sekiranya permulaan kelas sudah kelam kabut maka ini akan memberi
kesan kepada pelajar. Mereka akan beranggapan guru bukanlah seorang yang tegas dalam
pelaksanaan pengajarannya. Perkara yang paling penting sekali, pandangan saya mestilah
menyeluruh ke seluruh bahagian kelas dan peka terhadap perlakuan negatif murid agar
tindakan tersebut tidak berlarutan sehingga boleh mengganggu Pengajaran dan
Pembelajaran.
Disediakan oleh,
.
(SITI FATIMAH BINTI AZEMI)
Guru Pelatih,

Anda mungkin juga menyukai