Anda di halaman 1dari 3

2.

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA


Menurut buku The Encyclopedia of Sports, pada tahun 1879 sekumpulan pelajar dari

Universiti Cambrigde telah menjalankan satu aktiviti yang kemudiannya merupakan pencetus pada permainan ping pong ini. Mereka memukul-mukul penyumbat botol di atas meja dengan mengunakan pemukul. Kemudian mereka memukul bola-bola kecil ke atas meja yang diletakkan buku merentanginya.

Pada tahun 1899, James Gibb cuba meletakkan pengapit pada tali yang direntang pada meja untuk bermain permainan ini. Beliau mencipta sendiri undang-undang termasuk mata penamatnya 21. Semasa Gibb pulang dari Amerika dengan membawa pulanag sejenis bola diperbuat daripada bahan seluloid, mereka menggunakan bola itu sebagai pilihan kepada bola getah atau bola gabus yang digunakan ketika itu. Apabila penggunaan penukul seakan raket bermula yang bunyinya seakan bunyi suara pingpong permainan pingpong mula dikenali.

Mereka yang menceburkan diri dalam bidang pingpong mulai menyebutnya dengan perkataan tersebut. Pingpong diambil daripada perkataan ping yang dihasilkan apabila bet bertembung dengan bola, manakala perkataan pong daripada hasil lantunan di atas meja. Dengan demikian nama tersebut terus menjadi sebutan untuk permainan ini.

PINGPONG DI ASIA

Pada tahun 1950-an, permainan ini sudah mula menonjol di beberapa negara asia terutama Jepun, Korea dan China. Pemain-pemain Jepun telah memperkenalkan corak pegangan bet yang lebih kemas dan kemas, iaiatu cekakan pen yang mementingkan corak permaianan menyerang dan pergerakan kaki yang pantas. Jepun muncul sebagai juara dunia dari tahun 1954-1959. Selepas tahun 1960-an, pasukan China pula menguasai permainan ini. Mereka turut memperkenalkan cara pegangan dan cekakan bet yang lebih kemas dan berkesan serta cara membuat servis yang lebih menarik. Mereka menguasai dunia pingpong dengan memenangi perlbagai kejohanan peringkat antarabangsa.

Selepas tahun 1970-an barulah pasukan-pasukan dari Eropah kembali menguasai permainan ini. Dengan kemunculan kembali negara-negara Eropah serta penguasaan dua gergasi Asia ini menjadikan setiap pertandingan lebih menarik dan mencabar.

Kini kedudukan permainan pingpong semakin kukuh di peringkat antabangsa. Pelbagai pertandingan dan kejohanan antabangsa sama ada mengikut kawasan ataupun perjumpaanperjumpaan tertentu terus dianjurkan dengan sambutan yang menggalakkan diterima. Namun kemuncak perkembangan sukan ini ialah pengiktirafan yang diberikan oleh Majlis Olimpik Antabangsa, apabila menerimanya sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik tahun1988 yang diadakan di Seoul.

PINGPONG DI MALAYSIA

Permainan ini diperkenalkan ke negara ini selepas Perang Dunia Pertama. Askar-askar yang bertugas di negara ini adalah mereka yang bertanggungjawab memperkenalkan pingpong kepada penduduk di Malaysia, khususnya di beberapa Bandar utama.

Pada peringkat awal, permainan ini kurang mendapat perhatian dan galakkan. Kemudian pingpong mula diperkenalkan di sekolah-sekolah Cina dan sekolah missionary Inggeris. Pingpong mulai diterima oleh penduduk di beberapa tempat walaupun penerimaannya agak lambat.

Pada tahun 1952, usaha diadakan bagi menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk permainan ini di peringkat kebangsaan bagi memperkenal dan menyelaraskan permainan ini ke seluruh negara. Bagaimanapun enam tahun kemudian barulah persatuan ini ditubuhkan secara rasmi dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya ( PPM ) dan apabila pembentukan Malaysia pada tahun 1963, persatuan ini ditukar kepada Persatuan Pingpong Malaysia.

Pada peringkat antabangsa, Malaysia turut mengambil bahagian seperti dalam Kejohanan Dunia dan Kejohanan Pingpong Asia. Namun pencapaian pasukan kita tidaklah begitu membanggakan. Pada peringkat Asia, negara kita merupakan salah sebuah negara pengasas ke arah penubuhan Asian Table Tennis Union pada tahun 1972. Sejak itu negara kita sering memainkan peranan penting dalam perkembangan serta kemajuan pingpong di Asia.

Malaysia turut menjadi tuan rumah bagi beberapa kejohanan dunia seperti Piala Dunia Kedua ( 1981 ), Piala Dunia Kelima ( 1984 ) dan Piala Dunia Ke-12 ( 1991 ). Pada peringkat Asean, negara kita pernah memenangi beberapa pingat emas dalam Sukan SEA serta beberapa kejohanan jemputan yang dianjurkan oleh negara-negara ASEAN dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai