Anda di halaman 1dari 2

BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU Latihan Komponen Pengajaran Mikro 1. Jelaskan pengertian pengajaran mikro.

Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain. Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan. Walaubagaimanapun, teknik ini hanya akan berkesan dan berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang dirancangkan dalam pengajaran praktis jika ia difahami, dihayati dan digunakan dengan cara yang tepat. Teknik pengajaran jenis ini merupakan persediaan awal yang diberikan kepada bakal-bakal guru sebelum mereka menghadapi keadaan mengajar yang sebenarnya di dalam bilik darjah. 2. Apakah kelebihan pengajaran mikro? Mok Soon Sang (2008), menyatakan antara kepentingan dan faedah pengajaran mikro ialah: Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan. Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang. Mudah dan kurang kompleks. Pengajaran mikro ini membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarahnya di bilik kuliah. Pengajaran mikro juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan. Melalui rakaman video, guru-guru dapat mengkaji sendiri kelebihan dan kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro. Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, guru-guru pelatih dapat memahami kesilapan pengajaran mereka dan seterusnya berusaha membaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku, di samping mengukuhkan kelebihan-kelebihan kemahiran mengajar. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan keyakinan guru-guru pelatih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran yang sebenar, misalnya mengajar murid-murid di dalam bilik darjah semasa sesi praktikum di peringkat sekolah. 3. Jelaskan pengertian kemahiran Set Induksi Set Induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk menarik minat murid untuk memberi tumpuan dan focus kepada pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyampaikan set induksi atau permulaan pengajaran dan pembelajaran seperti teknik penyoalan , alat bantu mengajar , bercerita, motivasi dan sebagainya.Masa yang diperuntukkan untuk set induksi adalah singkat biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu masa.

4. Nyatakan kepentingan penguasaan kemahiran Set Induksi. i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi. ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep. iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi. vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaranpembelajaran yang lebih menggalakkan

5. Nyatakan komponen-komponen Variasi Rangsangan. i. Perubahan tingkahlaku guru- kiri kanan, depan belakang ii. Perubahan anggota guru tangan - kepala. iii. Perubahan Nada suara guru mendatar lantang, lantang senyap iv.Perubahan fokus deria murid mendengar- menonton, melihat merasa v. Perubahan bentuk lisan murid soal jawab, bercerita- pidato. vi. Perubahan kedudukan fizikal murid menulis melukis, duduk - berdiri 6. Apakah aspek-aspek penting yang terdapat dalam kemahiran menerang. i. Komponen aras permulaan ii. Komponen kemahiran illusrtasi iii. Komponen penyusunan idea iv. Komponen penutup 7. Apakah yang anda faham tentang pengelolaan bilik darjah? Satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Ini termasuklah aktiviti mengatur susunan fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi di kalangan pelajar dan guru. 8. Nyatakan ciri-ciri bilik darjah terbuka. i. Aktiviti P&P dijalankan secara kumpulan atau individu ii. Berbagai-bagai aktiviti P&P dilaksanakan di dalam bilik darjah secara serentak iii. Murid dapat mengikuti berbagai aktiviti P&P mengikut jadual waktu pelajaran sendiri iv. Persekitaran bilik darjah dilengkapi dengan alat-alat dan bahan pelajaran untuk memudahkan murid menggunakannya.

Anda mungkin juga menyukai