Anda di halaman 1dari 12

Pengertian Konsep Pentaksiran Pengujian Penilaian

Pentaksiran Konsep : Satu episod dlm proses pmbelajaran yg mrangkumi aktiviti mgumpul, mrekod, mberi skor, menginterpretasi, mghurai, mklumat ttg ssuatu pmbelajarn seseorang bagi tujuan. Definisi : Satu proses mndapatkn mklumat seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu pendidikan. Tujuan : o Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. o Menilai aktiviti yang dikalankan semasa p&p Prinsip: o Instrumen o Kumpulan yang ditaksir o Respons o Kumpulan yang menaksir o Skor Ciri pentaksiran yang baik: o Kesahan skor rjuk kpd relevan & kcukupn cakupan o Kebolehpercayaan skor mrujuk kpd ktekalan dn ktepatan o Keobjektifan ktepatn ssorang pntaksir mmberikn skor o Kebolehtadbiran klicinan krja2 mntadbir ujian yg dilaksanakn scra brpusat @ brasaskan skolah. o Kemudahtafsiran mklumat ttg calon brdasarkan skor, diskriminasi antra calon, ktepatan tujuan mgadakan ujian. o Kekomprehensifan krtas soalan mwakili smua objektif pnting Sukatan Pelajaran / PP

Ciri : o Pnyai kata tugas tnjukkan, tliskan, snrai, terangkn, jelaskn, bincg, knl pasti, etc o Kenyataan kandungan brdsarkan kpd objktif kursus @ pgajaran-pmbelajaran. o Kerangka masa satu minggu, akhir semesta dll Instrumen Pengujian = alat / kaedh / pndekatan / mekansme utk mndptkn respon (data) dlm pntaksiran bg mgukur pguasaan thdp ssuatu bidang pmbeljrn @ pgjarn.

Penilaian Konsep o Satu proses mperolehi mklumt kuantitatif bg mnentukn prubahn tgkahlaku & mbuat prtimbgn mnilai o Proses mnilai dpt beri mklumt ttg pncpaian objktif plajarn, kaedah mngajar guru & kberkesann kurikulum. o Djalankn sblm, smasa @ slps satu sesi pngjrn guru brdsarkn ssuatu pmbljrn spesifik @ kseluruhn kurikulm. Tujuan o Mgtahui kupayaan, kmhiran @ pgetahuan asas yg sdia ada pd plajar dlm prkra yg hndak diajar. o Mnolog gru mgetahui sjauh mna plajar mrek tlh dpt mguasi @ mmplajri prkara yg tlh dsampaikn. o Mmbandingkn pncapaian plajr dgn teman2 skelasnya @ dgn pringkat kls yg sma di skolah. o Mnentukn plajr yg tinggi kupayaan dn amat lemah dlm pncapaian mreka o Mbolehkan gru mnilai bhan2 & tknik serta kaedah pgjrn mreka. o Mbolehkan plajar mgetahui kmahiran @ bidang serta sgera mmperbaikinya.

Perkaitan 3P
pentaksiran

Pengujian Konsep : Instrumen @ prosedur utk mgukur kuantiti @ kualiti ssuatu pmbolehubah (variable) yg trdpt pd subjek (pelajar) Tujuan : o Mgukur kcerdasn, kmahiran, pgetahuan @ atribut psikologi o Mgukur pmbelajaran o Menentukurkan (prauji) o Mgukur pencapaian o Mnyemak kndungn kursus (ujian latihan) o Mndiskriminasi antra plajar (mmberi gred) o Mmotivasikan pelajar o Myediakan mklum bls kpd pelajar. o Myediakan mklum bls kpd guru o Mgukur kberkesann pgajaran

pengujian

penilaian

Perkaitan rpat dlm proses mndptkn thap kberkesanan ssuatu proses p&p Tujuan/objektif : pghakiman produk p&p mmbabitkan ktiga2 aspek.

Taksonomi dan Domain Taksonom Bloom Domain Krathwohl

Taksonomi Bloom Pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum . Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca) Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)

Tiga aras penting : o Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia) o Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing.) o Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan. Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya. 3. Aplikasi Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud. Objektif : o Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan o Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan Contoh : soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan. Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori. 4. Analisis Konsep : mengenal pasti sebab secara terperinci Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian. Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat) Cth : o Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku. o Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian. Objektif : o Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data. o Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan organisasi. - Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul? - Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja? Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.

1. Pengetahuan Konsep : selalunya mengunakan kata tanya, cth bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya) Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan. Contoh : 1. Bilakah Malaysia merdeka ? 2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia? 3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia? Objektif : 1. Umum : mengetahui 2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit) 2. Kefahaman Konsep : 1) kebolehan untuk memberi penjelasan / makna sesuatu perkara) 2)menjelaskan maklumat dengan terperinci. 3)Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan.

Domain Krathwohl 5. Sintesis Konsep : lebih kepada sains, BM- karangan Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri) Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu. Objektif : o Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya o Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis Cth : Berdasarkan tajuk saya sebatang pen bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut. Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan. Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu. 6. Penilaian Konsep : Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll. Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu. Objektif : o Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data. o Spesifik : menilai, membuat pertimbangan. Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu. Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut: Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah. Kosa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan. Cth : 1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam? 2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan. Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :

1. Penerimaan Keinginan dan kesanggupan menerima (kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan) Kesedaran (faktor estitik, rekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara) Perhatian terkawal (kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan cth : mendengar dan menghayati sajak) Objektif am : 1) Mendengar dengan berhati-hati. 2) Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran. 3) Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial. 4) Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan. 5) Mengambil bahagian dalam aktiviti. Hasil pelajaran spesifik : o Menyoal o Memilih o Menghuraikan o Mengikut o Menamakan o Menggunakan

2. Bertindak balas Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan. Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti. Murid mengambil perhatian dan bertindak balas. Terdapat 3 kategori : o Persetujuaan membalas Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi. o Kesediaan membalas Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat. o Kepuasan Mencapai objektif Objektif : 1) Am 1. Melengkapkan kerja 2. Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil 3. Seronok membantu rakan 4. Melakukan tugas secara sukarela. 2) Spesifik 1. Dapat menulis isi pelajaran 2. Menjawab soalan 3. Dapat melafazkan sesuatu (main peranan) 3. Menilai Perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian) Kategori : 1) Penerimaan - Menerima dan melakukan arahan aktiviti. 2) Pilihan - Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih. 3) Penglibatan - Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan. 4. Organisasi Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. Kategori : 1) Penenggapan - Mampu mencipta konsep abstrak. 2) Organisasi - Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.

5. Perwatakan Perubahan tingkah laku positif. Kategori : 1) Set up mengekalkan nilai-nilai 2) Perwatakan disiplin diri.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Definisi Kepentingan Langkah Pembinaan Pembinaan Ujian Soalan Objektif Soalan Subjektif

Langkah pembinaan JSU :

1. Senaraikan tajuk yg hndak diuji

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Definisi = sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Kepentingan = Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran Akan menjamin kesahan dan keboleh percayaan ujian. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain Ciri JSU : o Kandungan ujain (topik2 pelajaran) o Aras kemahirn yg brgntung dgn taksonomi objktif pndidikn o Pmberatan (%) pd kndungan aras kmhiran brdasarkn tempoh msa mgajar & kpentingn ssuatu kmahirn itu diajar. o Bentuk soalan : objektif, esei, amali, kertas kursus dll o Bilangan item yg mngikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. o Kepayahan / kesukaran item (20% - 80%)

2. Tentukan soalan yg akan dbina itu

3. Tentukan model aras kesukaran item

4. Apakah jenis ujian yang akan diuji? Ujian Objektif Ujian struktur Ujian esei dan lainlain

5. tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen penentuan aras kesukaran soalan pemarkahan.

Syarat JSU : o Ujian tidak dibina sebarangan o Menimbulkn kpentingn topik & aras kmahiran yg diuji. o Mmberi pnduan dan pnentu kpd pggubal ujian o Mmastikan ksesuaian taburan soalan berdasarkan aras dan kemahiran.

Pembinaan Ujian Soalan Objektif menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. Jenis-jenis item : Item respon bebas i. Jenis soalan: contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas) b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut) ii. Item Melengkapkan Penyataan contoh: a) Kita mesti ___ bermain sekarang kerana hujan sudah turun. b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja. Item respon tetap (objektif jenis pilihan) Item Salah Betul memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan. dikenali sebagai Item Dua Pilihan item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan

Item jenis Cantuman

a) Item aneka pilihan berbentuk soalan b) Jenis jawapan terbaik c) Analogi Teknik Kloz alat bagi menguji kefahaman bacaan digunakan untuk pelajar sekolah rendah . memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Item padanan

biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan. daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

Item Aneka pilihan

Soalan Subjektif Defenisi Ujian yang dibuat dalam bentuk esei dan pelajar-pelajar diminta membuat huraian yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi. Ujian ini memberi peluang kepada pelajar untuk memberi gerak balas dalam tulisan dan perkataan mereka sendiri. (Kamarudin Hj. Husin, 1988 Ciri-Ciri Memberi kebebasan kepada calon untuk menjawab soalan. Calon bebas memilih, merancang dan menyusun isi jawapan mengikut pendapat dan idea sendiri. Calon memerlukan banyak masa untuk berfikir dan menulis. Kualiti bentuk ujian bergantung kepada kemahiran pemarkahan jawapan. Kelebihan Boleh dibina dengan mudah dan bilangan soalan sedikit. Dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan, pendapat dan idea Kekurangan Pemeriksa perlu terlatih dan mahir dalam bidang yang diuji. Memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Jenis Ujian Subjektif Item Jenis Struktur item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satusatu tema. memberi murid panduan / bimbingan / rangka untuk memulakan jawapan. memberi isyarat tetap untuk bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah yang diberikan Contoh : membina ayat daripada perkataan yang diberi soalan-soalan kefahaman mengemukakan contoh-contoh menghuraikan sesuatu konsep / aspek secara ringkas Item Jenis Esei Esei tindak balas terbatas Mengehadkan bentuk dan respons murid melalui skop yang disoal dan markah yang diperuntukkan. Panjang respon bergantung kepada ruangan jawapan yang disediakan. Tidak terhad menguji pengetahuan sahaja. Memfokuskan tugasan item kepada sesuatu tujuan khusus. Esei tindak balas lanjutan

Mengandungi pelbagai kemungkinan jawapan. Memberi kebebasan kepada murid merancang dan membentuk jawapan. Murid bebas mengemukakan idea, membina hujah yang logik, atau mengaitkan pemikiran dan perasaan.

Pembinaan Ujian

Prinsip asas pengujian dan penilaian i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat Kesahan (validity) a. Kesahan Isi b. Kesahan Ramalan c. Kesahan Serentak d. Kesahan Gagasan ii. Kebolehpercayaan Ujian Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

Jenis Penilaian Bahasa Ujian Formatif, Sumatif Ujian Kefasihan, Kemajuan Ujian Bakat, Pencapaian

Ujian Kefasihan Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka. Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Formatif Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

Ujian Kemajuan Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu. Ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ujian dibina berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.

Ujian Sumatif Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya. Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Perbezaan Formatif dan Sumatif

Ujian Bakat Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. Ujian Pencapaian Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran. Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangka masa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

Kaedah Penilaian Penilaian Melalui Portfolio Penilaian Melalui Pemerhatian Penilaian Potfolio Apakah portfolio? - Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Ciri portfolio Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. Penilaian portfolio Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui buktibukti lain. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama Jenis portfolio 1. Portfolio Kerja Harian Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. Contohnya : Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut. 2. Portfolio Hasil Terbaik Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif Contohnya : Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik. 3. Portfolio Dokumen Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan. Contohnya : Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan potfolio Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio. Perancangan portfolio Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. Kenalpasti isi kandungan portfolio. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio. Cara portfolio dinilai Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai. Merekod portfolio Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak. Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala senarai ciri-ciri paling penting penetuaan gred. Kriteria penilaian i) Struktur dan organisani ii) Strategi pengurusan iii) Variasi isi yang sesuai iv) Struktur ayat dan gaya bahasa v) Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri. vi) Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar. vii) Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Penilaian Pemerhatian Maksud Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P. Aspek Kognitif, afektif, psikomotor Pemerhatian Boleh guna senarai semak, anekdot dan rekod profil Pemerhatian antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar Dibuat oleh guru terhadap kberkesanan bhan dan komunikasi pelajar dgn bhan dan plbagai situasi prsekitaran Perkara penting semasa pemerhatian Kualiti pemerhatian Bentuk perancangan Merekod penilaian pemerhatian jenis pemerhatian strategi pelaksanaan fungsi penilaian melalui pmerhatian Kualiti pemerhatian Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya. Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu. Tekal dan stabil dalam penilaiannya. Bentuk perancangan Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian. Merekod penilaian pemerhatian Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi: a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas b) Menjalankan Tugasan Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat . c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. d) Tindakan Susulan Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai. Rekod anekdot Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut: 1) Kecekapan linguistik (bidang bahasa) 2) Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu 3) Muzik 4) Kecekapan (body khanisthetic) 5) Kecekapan intrapersonal 6) Kecekapan interpersonal Kecekapan linguistik Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang. Kecekapan bidang tertentu Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang. Muzik Kecekapan khanisthetic) Kecekapan Intrapersonal Kecekapan Interpersonal (body Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu. Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis. Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri. Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara open ended. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense. Strategi pelaksanaan Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti / dirancang. Menggunakan senarai semak. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian. Fungsi pemerhatian Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran Penilaian Melalui Soal Jawab

Kontrak pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran suatu persetujuan atau kontrakyang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) tugasan secara bertulis. ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. Cara pelaksanaan Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan Fungsi Penting dlm pmbljrn tugasan yg berasaskan thap kupayaan kndiri utk mmbolehkan : pelajar mengenal pasti dan merekod, menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

Soal jawab teknik yang paling lama dan paling popular dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar. Cara pelaksanaan : guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, dapat menguji dan menilai apa yang diajar. bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Teknik soal jawab 1. 2. 3. Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas. Fokus kepada satu idea atau lebih daripada satu idea. Sebarkan ke seluruh kelas. Kurang digalakkan berfokus kepada individu tertentu bagi mengelakkan yang lain-lain berasa 'selamat'. Melakukan hentian di tempat yang sepatutnya. Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar berasa didiskriminasi atau pilih kasih. Memberi petua atau petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang tidak dapat menjawab. Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru. Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila mereka gagal menjawab soalan.

4. 5. 6. 7. 8.

Digunakan untuk: Penilaian objektif tugasan Hasil Pembelajaran Penilaian Format / Bentuk Format *sila rujuk modul*

Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Projek Penilaian Melalui Kertas Kerja
Projek satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,1989). Tujuan Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah. Ciri Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ). Jangka masa yang panjang Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Jenis Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi. Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

Langkah Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek. Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

Kertas kerja Definisi Kertas Kerja Merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar (Abd Rahman Abd Rashid,1996). Kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya. Ciri-Ciri Kertas Kerja Memenuhi tema dan objektif program dan kertas kerja tersebut belum pernah dibentangkan atau diterbitkan. Panjang setiap kertas kerja tidak melebihi 4000 patah perkataan dan setiap muka surat kertas kerja hendaklah diberi nombor. Muka surat pertama kertas kerja hendaklah mengandungi nama penulis dan keterangan-keterangan lain mengenai penulis. Setiap akronim hendaklah ditulis sepenuhnya pada pengenalan pertama dan jangan menggunakan singkatan dalam penulisan. Setiap jadual atau rajah hendaklah diberi tajuk.

Format Kertas Kerja Pengenalan dan latar belakang Tinjauan bacaan Penerangan yang terperinci implikasi kewangan Proses pelaksanaan Implikasi pelaksanaan Keputusan dan perbincangan Penutup Bibliografi / rujukan Lampiran / apendiks

Anda mungkin juga menyukai