Anda di halaman 1dari 3

Pertama sekali saya berterima kasih kepada Tuhan kerana dengan kehendakNya saya dapat menyelesaikan kursus SCE

3106 ini dengan jayanya. Kami diberi tugasan SCE 3106 tugasan oleh pensyarah kami, Pn Azilina Bt. Mohamed Nor. Sebelum kita memulakan semua tugas tersebut, beliau telah memberi keterangan tugas yang kita akan lakukan. Beliau menjelaskan segala-galanya dari awal sehingga akhir. Dalam penerangan kerja kursus ini, terdapat banyak kekeliruan kefahaman saya. Pada masa itu, saya berasa keliru dan takut untuk memulakan tugas ini kerana takut berlaku kesilapan. Walau bagaimanapun, dengan semangat dan bimbingan daripada pensyarah kami, saya dengan rakan saya Helni boleh memahami dengan jelas kehendak soalan. Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya menyedari bahawa pada awal tugasan kami telah mengalami banyak masalah dalam memahami kemahiran proses sains. Pada masa yang sama, kami mengalami kesukaran untuk mencari penyiasatan yang terbaik kerana takut akan sama dengan kumpulan lain. Melalui masalah ini saya menyedari bahawa sikap tolak ansur amat perlu terutamanya jika membuat aktiviti yang memerlukan kita memilih sesuatu yang terhad. sikap tolak ansur juga sangat penting sebagai seorang guru supaya dapat membina hubungan yang baik dengan guru- guru yang lain. Di samping itu, kami juga mengalami kesukaran semasa mencari rujukan untuk penyiasatan kami. Hal ini adalah kerana penggunaan bahasa yang terdapat di

bahan-bahan rujukan. Terdapat beberapa istilah sains dalam bahasa Inggeris yang kami kurang faham. Tugas menterjemahkan bahasa setiap bahan rujukan yang diambil agak menyukarkan dan saya dengan rakan saya mengambil masa yang agak lama untuk menterjemahkan semua rujukan tersebut. Namun yang pasti, setiap kerja yang dilakukan dengan penuh minat dan ikhlas akan dapat dihasilkan dengan baik. Saya tidak menganggap tugasan saya sebagai bebanan, kerana saya merasakan saya tidak keseorangan, segala permasalahan dikongsi bersama rakan saya. Pengalaman ini mengajar saya menjadi lebih matang, sikap tolak ansur, sentiasa bersikap terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan ahli kumpulan amat penting. Jujur dalam bersahabat, mengambil berat masalah ahli kumpulan dan sentiasa memberi kata-kata semangat antara satu sama lain akan melancarkan setiap tugasan yang diberi.

Melalui tugasan ini juga, saya dapat mempelajari nilai kerjasama. Saya menyedari betapa pentingnya nilai kerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Apabila kami bekerjasama membuat sesuatu kerja, kerja tersebut senang dibuat tanpa masalah dan juga cepat dihabis buat. Saya juga berpeluang untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kemahiran saintifik dan juga mengenai tajuk penyiasatan yang dipilih bersama rakan sekelas dan juga berkongsi dan bertukar pendapat serta idea mengenai aktiviti yang hendak dijalankan. Hal ini telah membantu saya untuk mengenali rakan sekelas saya dengan lebih baik dan sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim antara kami dalam melaksanakan tugasan tersebut Setelah menyelesaikan tugasan pertama, saya lebih memahami dengan terperinci mengenai kemahiran saintifik dimana ia terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran sains pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran sains ini telah mengajar saya pemikiran secara kritis, kreatif dan analitis. Manakala bagi kemahiran manipulatif pula saya belajar tentang penyelenggaraan alat-alat radas di makmal sains. Pengetahuan ini dapat membantu saya untu melatih murid-murid menjaga bahan- bahan makmal sains agar kekal lebih lama serta selamat untuk digunakan. Dalam tugasan kedua pula, saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang kemahiran membuat pengurusan grafik. Walupun ini buakan kali pertama saya Saya dapat mengaitkan kemahiran- kemahiran yang telah saya gunakan semasa menjalankan penyiasatan tersebut. Mengenai penyiasatan yang kami jalankan, kami agak tidak berpuas hati dengan hasil yang kami telah lakukan. Jika diberi peluang untuk mengubah penyiasatan yang kami lakukan pertama sekali kami akan mengubah tajuk penyiasatan kami. Tajuk penyiasatan kami dalah terlalu umum dan biasa. Jadi, untuk penambahbaikan kami akan menukar tajuk Sifat Reput Makanan Basah Dan Kering kepada Faktor penyebab makanan reput. Selain itu, kami juga perlu mengambil kira kuantiti bahan eksperimen supaya setiap kuantiti dapat dimalarkan dan sama. Cadangan lain kami juga boleh memasak bahan- bahan tersebut terlebih dahulu supaya untuk menyiasat makanan tersebut tahan lama.

Di samping itu, untuk membuat penyiasatan lebih teliti kami perlu memeriksa bahan-bahan tersebut setiap hari sepanjang proses eksperimen tersebut.

Anda mungkin juga menyukai