Anda di halaman 1dari 1

UESDAY, JULY 7, 2009

SYARAT LULUS BI DALAM SPM ADALAH WAJAR DAN ADA KEBAIKANNYA


Timbalan Perdana Menteri telah mencadangkan Bahasa Inggeris dijadikan syarat
wajib lulus dalam SPM. Beliau menjelaskan kepentingan penguasaan bahasa ini
dikalangan pelajar dan menguasai ilmu dalam era globalisasi. Idea ini turut
dikemukakan kepada rakyat dan pakar serta masyarakat supaya memberi
pandangan dan kritikan. Ini seiring dengan dasar kerajaan tidak mengetahui dan
bijak dalam segala hal dan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dalam
hal yang berkaitan, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
bersetuju dengan saranan TPM beliau menjelaskan rasional kepentingan bahasa
Inggeris dalam menguasai ilmu, melanjutkan pelajaran di luar negara dan
berharap kerajaan meneruskan dasar pengajaran matematik dan sains dalam
bahasa Inggeris.

Disamping itu, NUTP Persatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan


menjelaskan kerajaan perlu mengkaji idea secara terperinci melalui pusat
perkembangan kukurikulum dan bantuan pakar pendidikan. Ia adalah idea yang
baik demi masa depan negara. Dasar ini wajar mengambilkira beban dan
kemampuan para guru dan bahan pemelajaran yang mencukupi.
Idea ini mungkin dibantah oleh tokoh budayawan dan GAPENA seperti Tan Sri
Ismail Hussien dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang beranggapan
bahasa Melayu semakin dipinggirkan sebagai bahasa Ilmu dan Komunikasi
Perlaksanaan Idea TPM mampu memberi kesan terhadap kemampuan pekerja di
luar Bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak, Kedah, Kelantan dan Terengganu
serta Pahang. Ini menimbulkan perasaan kurang senang rakyat luar Bandar yang
gagal memahami rasional idea TPM. Ini menjejaskan sokongan dan dokongan
rakyat terhadap kerajaan.

Pihak pembangkang bakal menjadikan ini sebagai racun dan isu serta dakyah
politik untuk memburukkan kerajaan dan PKR mendakwa Kerajaan dan UMNO
tidak berjiwa nasionalis dan menolak agenda Melayu dan membelakangkan
Bahasa Melayu.

Oleh itu, kerajaan wajar mengkaji pelaksanaan idea ini mendengar denyutan
rakyat. Pada masa yang sama Kementerian Pengajian Tinggi harus melatih guru
yang sedia ada dan menambah ambilan guru TESL, dan menambahbaik
kurikulum perguruan. Pada masa yang sama usaha memperkasa peranan bahasa
Melayu harus dijalankan tanpa mengenal jemu. Cadangan saya supaya pelajar
wajib kredit bahasa Melayu peringkat SPM juga harus menjadi pertimbangan
Kementerian supaya kedaulatan dan peranan bahasa Melayu dapat
dipertahankan. Malah isu pengajaran matematik dan sains dalam bahasa
inggeris juga wajar ditangani dahulu.
POSTED BY ANGGUN MENAWAN AT 6:54 PM

Anda mungkin juga menyukai