Anda di halaman 1dari 14

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

SUKAN & REKREASI

Tuesday, 18 December 2012


ESEI KUMPULAN

Faktor faktor yang mempengaruhi integrasi ICT didalam bilik darjah: Implikasi
terhadap pendidikan guru.
Pendahuluan
Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal,mengukuh dan menambahkan kemahiran. Penggunaan
teknologi mesti digabungkan jalin bersama keadah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT
untuk memberi nilai kepada aktiviti P&P.
Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari persepektif yang
lebih luas iaitu menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P. matlamat utama mengintegrasi ICT dalam
kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi
mengguna,mengurus dan memahami ICT. Ini adalah penting bagi murid untuk menguasai
kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum
(Jonassen ,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru
dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak
dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah
setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu acara untuk guru
dan pelajar menyelesaikan masalah semasa pembelajaran serta memperolehi hasil yang
bertepatan dengan isi kandungan. Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin penting dan meningkat secara mendadak
dalam sistem pendidikan masa kini. Pelajar sekolah kini lebih berminat menggunakan ICT,
melayari Internet untuk mengakses maklumat, serta mempunyai laman web mereka sendiri
dengan mendaftar dalam myspace, friendster, blogspot, facebook dan sebagainya. Fenomena

seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah. Minat dan kegemaran pelajar
menggunakan ICT harus dimanfaatkan oleh guru dan ibu bapa dengan membimbing pelajar
dan anak mereka ke arah penggunaan yang betul. Satu cabaran dalam sistem pendidikan di
Malaysia adalah untuk menganjak paradigma guru ke arah perubahan kaedah pengajaran dan
pembelajaran terkini menggunakan komputer dan kemudahan ICT sebagai pendekatan
alternatif.
Para guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik
untuk memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran
kurikulum pendidikan. ICT (Information and Communication Technology) meliputi semua
teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti radio, televisyen, telefon mudah
alih, komputer dan internet. Kesan ICT terhadap pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga
fasa iaitu fasa penggantian, peralihan dan perubahan (Iztkan, seperti dinyatakan dalam
Willems, Stakenborg, & Veugelers, 2000).
Dalam fasa penggantian, guru akan menggunakan ICT sebagai alat untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran tanpa mengubah kaedah pengajaran, manakala fasa peralihan
melibatkan guru menggunakan ICT yang dapat merangsang perubahan seterusnya membawa
kepada kaedah pengajaran yang baru. Fasa perubahan pula melibatkan perubahan asas
terhadap peranan pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Evolusi penggunaan
ICT dalam pendidikan guru bermula pada akhir tahun 1970-an dengan pengenalan
mikrokomputer dan pengaturcaraan kepada guru dan beralih kepada mengenal pasti dan
memasang perisian pembelajaran pada tahun 1980-an.
Oleh kerana terdapat pelbagai maklumat di Internet yang dapat membantu untuk
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran, maka program latihan perguruan
lebih memfokuskan kepada penggunaan ICT supaya para guru dapat mencari dan
memperoleh maklumat yang berguna bagi sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
Menurut Collis dan Jung (2003), kesan penggunaan internet dan web sebagai alat komunikasi
yang biasa digunakan dalam masyarakat mulai pertengahan tahun 1990 telah memberi kesan
yang besar terhadap sistem pendidikan guru.
Faktor-faktor yang mempengaruhi integrasi ICT didalam bilik darjah
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat
persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran. Faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu
(Chen ,2004). Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan
perubahan cara murid belajar dan cara guru mengajar. Melalui cara ini guru dapat mencari
maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat
menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat
bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan
berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka
hanya

perlu

mengaplikasikan

alatan

tersebut

ke

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan
lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan
persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah
merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik
dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran

lebih

aktif

serta

mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan


pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat
mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang
terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar
dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan
internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia
pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan
maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu
menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui
cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat
dapat terus di akses kedalam sistem.
Beberapa kajian (Abdul Rahim 1998a : 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat
beberapa stail pembelajaran dikalangan murid. Adanya yang lebih selesa belajar secara
konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai fielddependent
berbanding dengan murid fielddependent. ( Abdul Rahim Saad,2000). Aktiviti-aktiviti
pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam fielddependent
adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar sevara konkrit atau tergolong dalam
fielddependent mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep,prinsip,peraturan dan
hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi dalam keadaan ini terdapat peranan ICT

dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui
penggunaan internet bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada.
Bahan-bahan

multimedia

interaktif

dibangunkan

dengan

menggunakan

bahan

visual.grafik,teks,muzik,video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman


pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu
luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka ,mencari bahan pengajaran atau rujukan
serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang sediakan sama ada portal tempatan
atau luar ,guru dan murid dapat memanfaatkan sebaik mugkin.portal pendidikan dapat
memberikan kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
contohnya dalam eksperimen sains,guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali
sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Melalui
penggunaan komunikasi elektronik (emel) net meeting ,chat room dan sebagainya guru dan
murid adapat bertukar-tukar idea sesame sendiri atau dengan guru dan murid dari sekolah
yang berlainan. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar Negara akan lebih digalakkan
memandangkan faedah dari segi meningkatkan.
Selain itu juga faktor yang mempengaruhi integrasi dalam bilik darjah seharusnya
mempunyai perkembangan Resos iaitu hugungan diantara kemampuan untuk meningkatkan
kebolehan dalam ICT dan resos ICT adalah berbentuk saling bergantung. Sebenarnya
kebolehan ICT dikalangan murid boleh dianggap sebagai resos untuk pembelajaran merentasi
kurikulum dan adalah wajar bagi setiap bilik darjah untuk merancang pembangunan resos dan
kebolehan ICT secara serentak.
Sebagaimana media pendidikan yang lain, ICT adalah alat, kaedah dan pendekatan
yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Menurut DLgnazio (Bairley 1996), ICT adalah
alat

baru yang

dapat

memberikan

banyak

manfaat

pembangunan

kepada

dunia

pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan


dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan sebenar murid. Manfaat
lain pula membawa erti murid-murid yang terlibat dalam pembelajaran ICT boleh
mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan,
dan emosinya.
Kemampuan ICT memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak
bermakna tiada pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej

ICT boleh menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan
secara berulang kali.
Pakej boleh memberikan penerangan secara terus. Bagi pelajar yang menggunakan
multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih
berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan
kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu ,ICT menjadi sangat berguna keada murid Bagi
perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej multimedia
yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran.Walupun
mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia adalah
penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan
kebehasilan

pembelajaran

ICT Meningkatkan Pembelajaran


Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,
di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing secara global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di atas,
maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan
untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan
masyarakat golongan muda di bidang ICT. Dalam membudayakan remaja dalam arus
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, system pendidikan Negara haruslah
bersedia mempromosikan budaya celik komputer, celik IT dan seterusnya budaya teknologi
.

Sejak 1999, sistem pendidikan telah mengalami perubahan dengan penerapan Sekolah

Bestari di beberapa sekolah yang terpilih di seluruh negara.Ia merupakan salah satu inisiatif
kerajaan bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara yang sentiasa
dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan berdaya saing untuk menghadapi alaf
baru yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Di samping itu, sekolah merupakan salah satu platform terbaik untuk menjana perkembangan
produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja yang mampu
Berfikit secara kritis ,inovatif dan kreatif

Selain itu, ia juga bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu secara
holistik dan bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pewujudan, konsep Sekolah yang lengkap dengan
teknologi terkini serta kemudahan prasarana itu secara tidak langsung berupaya untuk
memperkasakan perkembangan ICT di kalangan rakyat.
.

Langkah tersebut membantu generasi muda untuk menguasai penggunaan aplikasi

ICT selain merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk di
bandar.
Sehingga kini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi platform bagi
melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari.Ia merangkumi aspek, kurikulum dan
kokurikulum, sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti berteraskan kemudahan yang
disediakan dan garis panduan yang ditetapkan. Justeru, dengan adanya staf profesional di
kalangan tenaga pengajar (guru), kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat
bantuan mengajar digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap secara tidak
langsung mampu melahirkan para pelajar yang celik teknologi maklumat (IT) .
Di Sekolah yang mempunyai ICT yang lengkap pembelajaran bercorak kendiri
diterapkan, kurikulum lebih fleksibel dan terbuka berbanding sekolah biasa. Sehubungan itu,
bagi menyebarkan peranan sebenar dan konsep Sekolah Bestari kepada umum, Perbadanan
Penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan memperlihatkan
perlaksanaan nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Ini meliputi sistem
pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu menggunakan aplikasi
dan perkakas ICT.
Secara tidak langsung, budaya memperkasakan ICT dapat diterapkan di kalangan para
pelajar,guru-guru sekaligus kepada masyarakat setempat. Dari segi pengurusan, sekolahsekolah berkenaan menggunakan perisian khas yang bertujuan merekodkan segala data
mengenai murid dan guru dari segi kehadiran, penggunaan kemudahan komputer ataupun
makmal, kewangan, perpustakaan dan sebagainya. Penyepaduan kemasukan data ke
pangkalan data yang sedia ada memudah- kan proses pencarian, penyimpanan dan
pengurusan data yang efektif dapat dilakukan oleh pihak sekolah.
Sementara itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang untuk
berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding sekolah biasa.
Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi mata pelajaran tertentu yang
memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi perisian Power Point. Penyediaan
bantuan papan putih interaktif (interactive whiteboard) serta projektor melancarkan lagi

proses pengajaran guru-guru disekolah tersebut Sebagai tambahan, sekolah-sekolah tersebut


turut menganjurkan program khas seperti bengkel, pertandingan, pameran dan juga minggu
berkaitan ICT khusus untuk para pelajarnya. Dalam pada itu, pengajaran yang sistematik dan
berkonsepkan modul turut menampakkan kelancaran membahagikan penggunaan kemudahan
yang sedia ada. Ini adalah kerana, bilangan komputer yang sedia ada tidak mencukupi untuk
digunakan oleh semua pelajar seretak.
Oleh demikian, pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan prasarana waktu sekolah.
Sementara pelajar lain seperti tingkatan satu dan dua bebas untuk menggunakan kemudahan
selepas tamat masa persekolahan. Selain itu, kesemua pelajar turut diajar untuk menggunakan
perisian dan aplikasi ringkas bagi membantu sistem pembelajaran mereka. Lebih menarik,
para pelajar berupaya untuk mengumpul data dan maklumat mengenai sesuatu tugasan yang
diberi melalui Internet dan kemudiannya menghantarnya kembali kepada guru berkenaan
menerusi e-mel. Lebih membanggakan, kemahiran penggunaan aplikasi ringkas dan
pengetahuan mengenai komputer yang diperoleh di sekolah itu, turut dikongsi dengan isi
rumah

masing-masing.

Selain itu, antara cabaran lain adalah sekolah tersebut kekurangan guru penyelaras ICT yang
bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan juga kemudahan prasarana sekolah.
Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT perlu ditambahkan bagi
setiap Sekolah dalam usaha memastikan kelancaran.
Implikasi terhadap pendidikan guru
Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan
ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan
pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat
yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan,
di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat
profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan
pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan
profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai
pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru
juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan
berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.

Guru yang berinovatif serta berkualiti adalah pemangkin kecemerlangan pendidikan


dan hakikat ini telah menagih perubahan di kalangan guru dalam merealisasikan hasrat dan
aspirasi sistem pendidikan negara dalam melahirkan generasi yang serba boleh sejajar dengan
zaman permodenan. Lantaran itu, pelbagai tuntutan telah dibuat ke atas guru dan
menyebabkan tanggungjawab yang diamanahkan seakan menjadi satu bebanan kepada
mereka. Hari ini, para guru terpaksa berhadapan dengan kadar perubahan dalam dunia
pendidikan sehingga wujudnya bebanan yang keterlaluan.
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini apabila berlakunya
ledakan teknologi maklumat hari demi hari. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi,
komputer yang dihubungkan dengan jaringan Internet telah membolehkan banyak maklumat
diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala
maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Negara yang kini sedang menghadapi
pelbagai cabaran dan dugaan semasa dari segi dalaman dan luaran akibat daripada kesan
globalisasi, libralisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information
and Communication Technology, ICT) yang sekaligus akan memberi impak yang ketara
terhadap sistem pendidikan negara. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam
proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha demi usaha
telah dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhimatan dan kemudahan secara
meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT dalam semua aspek kehidupan.
Penggunaan ICT di sekolah telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti
pengetahuan dan kemahiran serta kemudahan dan kekangan di sekolah. Namun, beberapa
kajian telah menunjukkan bahawa kepercayaan guru berkaitan penggunaan teknologi dalam
kerja-kerja seharian mereka di sekolah merupakan faktor penentu dalam kemampuan guru
mengintergrasikan teknologi tersebut.Para guru juga masih berada pada tahap perlu belajar
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi. Dalam
konteks ini, tidak semua guru boleh menerima atau mengikuti perubahan sesuatu teknologi
dengan hati yang terbuka. Dalam usaha memperkukuhkan asas bagi pencapaian yang
memberangsang berasaskan pengetahuan, penggunaan teknologi secara strategik menjadi
semakin penting selaras dengan tumpuan negara ke arah pembangunan teknologi maklumat
dan komunikasi seperti mana yang dinyatakan dalam RMK9/RMK10 sebelum ini.Usaha giat
dijalan untuk merapatkan jurang digital dan memperluaskan rangkaian komunikasi bagi
memastikan akses kepada perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara di kalangan para
pengguna. Kebiasaannya keberkesanan terhadap penggunaan teknologi maklumat adalah

bergantung kepada keterbukaan warga pendidik dalam penerimaan teknologi maklumat


sebagai elemen pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan oleh mereka. Warga
pendidik contohnya guru yang menjadi nadi dan tulang belakang dalam menjana
keberkesanan pendidikan secara keseluruhan. Jika dahulunya kurang guru di Malaysia
menggunakan Internet, tapi kini bilangannya yang mengakses ke Internet sudah semakin
meningkat malahan ada di antara mereka menganggap bahawa teknologi maklumat
merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mereka.
Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan pendidikan
merupakan satu landasan yang cerah untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia. Namun
begitu, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi juga mampu mendatangkan kesan negatif
kepada individu.
Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru
seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston Churcil
menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk
mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul
maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.
Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis
dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah
mendapatkan maklumat.
Kelebihan Penggunaan (ICT) Dalam Bilik Darjah
Pada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan
lagi.Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya.Sama ada dalam
bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya.Namun, sejauh manakah
teknologi maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di
sekolah sebagai bahan mengajar di kelas.
Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana tidak
berapa mesra pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya pembelajaran di
sekolah dan sebagainya.Selain itu, bahan mengajar berteraskan ICT banyak dibina oleh pihak
luar dan kurang menepati citarasa guru serta murid di sekolah.Ada kalanya terlalu canggih
sehingga sukar dipelajari dan digunakan di sekolah.

Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah
untuk menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang
telah diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks
dan gambar atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak
dinafikan kebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam
kelas.Namun, ianya bersifat statik dan berpusatkan guru.
Sebagai contoh, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk
menghasilkan perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di
kedai.Cuma ianya perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula, perisian ini
mampu menjimatkan kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah.
Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau ditambah
untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah.Tentulah keadaan
ini menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya.Selain itu,
perisian dari luar juga bersifat universal dan umum kerana dibina untuk pasaran seluruh
negara.Justeru, kemungkinan ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan dengan persekitaran
murid-murid.Bagaimana murid hendak menggabungkan pengalaman sedia ada dengan
perkara yang dipelajarinya sekiranya bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan dengan
persekitaran mereka.
Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas
merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di
sekolah.Sebagai guru, sudah tentulah mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan
murid mereka.Maklum balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian
tersebut.
Alam pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang ICT
terutamanya komputer.Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid didedahkan dengan
ICT sejak sekolah rendah supaya mereka sudah biasa dengannya.Apabila mereka sudah
terbiasa sejak kecil dan dibekalkan dengan kemahiran ICT, ianya berguna apabila mereka
melangkah ke pusat pengajian tinggi dan alam pekerjaan.
Globalisasi yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan perkongsian ilmu
menjadi mudah.Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini boleh dijadikan contoh serta
dikongsi dengan mudah melalui softcopy.Bahan softcopy ini boleh dipindahkan melalui emel
atau salinan dalam cakera keras. Dengan itu, guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan
menggunakan bahan inovasi ini. Manfaat dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.

Kelemahan Penggunaan ICT Dalam Bilik Darjah


Kelemahan yang mungkin berlaku didalam bilik darjah adalah walaupun bahan
pengajaran berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan kemudahan kepada proses
pembelajaran dalam kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh kerana
bahan berasaskan ICT memerlukan peralatan elektronik seperti komputer, projektor dan
monitor, kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah tinggi. Ia
boleh menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai objektif
pembelajaran.
Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan ICT
dalam bilik darjah. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik. Bagi murid
yang lahir daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman,
komputer merupakan sesuatu yang asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini
mempelajari sesuatu menggunakan bahan berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan
ketinggalan dan tidak mampu mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain.
Seterusnya, kebanyakan bahan pengajaran berasaskan ICT mempunyai unsur
permainan, hiburan dan multimedia. Pada awalnya ia dibuat untuk meransang minat murid.
Tetapi, murid pada peringkat umur kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang
sangat tinggi. Mereka akan mudah leka dan ketagih dengan unsur permainan tersebut
sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.
Kemudian, bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi
pengalaman sebenar kepada murid. Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT
hanyalah sebagai simulasi, contoh dan gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti.
ICT mungkin tidak mampu memberi kesan pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar
bilik darjah yang lebih berkesan dalam membina pengetahuan berasaskan pengalaman
sebenar. Jika pembelajaran menggunakan komputer dilakukan, kesan buruknya ialah murid
belajar secara pasif dengan hanya duduk di hadapan komputer. Komunikasi antara murid
dengan guru dan murid dengan murid mungkin tidak berjalan dengan baik. Murid akan
terlalu asyik dengan perisian komputer tanpa menghiraukan arahan guru dan komunikasi
dengan rakan mereka. Hal ini sudah tentu menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi
mereka di sekolah.

Kesan negatif kepada guru pula ialah apabila mereka mahir menggunakan ICT,
mereka akan mula mengambil mudah semasa membina bahan pengajaran. Bahan sedia ada
akan hanya diubah mengikut keperluan subjek. Hal ini sudah tentu membantutkan pemikiran
kreatif dan kritis guru dalam menghasilkan bahan pengajaran. Walhal, sumber bahan
pengajaran adalah pelbagai, bukan hanya tertumpu pada ICT semata-mata.
Apabila ICT diberi tumpuan secara berlebihan, makan kaedah pengajaran guru tidak
pelbagai. Jika dilihat kaedah pengajaran biasa dan konvensional juga mempunyai kelebihan
tersendiri dan tidak harus dibuang begitu sahaja.
Kesimpulan
Pendidikan pada hari ini menuntut agar guru melengkapi diri mereka dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran teknologi kerana menggunakan ICT adalah trend masa kini dan
akan datang. Seiring dengan itu guru-guru perlu berupaya menangani perkembangan dalam
ICT yang berlaku dengan pantas,dimana pengetahuan dan kemahiran baru sentiasa muncul
Memandangkan guru-guru kini berhadapan dengan impak ICT terhadap pedagogi
mereka,maka seharusnya mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT yang mantap
bagi membantu mereka menangani impak tersebut. Kesedaran,komitmen serta kerjasama
bagi memaksimumkan keberkesanan pengintergrasikan ICT dalam bilik darjah.
Integrasi ICT dalam bilik darjah merupakan perkara yang penting memerlukan
sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah,guru ,murid
dans emua pihak sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan
fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketranpilan ICT untuk
diterapkan didalam proses pengajaran dan Pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin
sekolah dalam membina polisi,pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program
pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus
dilihat sebagaii satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran
pembelajaran.
Selain itu dengan adanya integrsi ICT dalam blik darjah guru harus berhati-hati dalam
melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan
pembaziran masa dan tenaga ,menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
menjurus kea rah penyalahgunaan kemudaham ICT.

Rujukan

1) Norizan Abdul Razak.2000. penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran


bahasa: menangani perubahan. Dlm. Abdul Rahman Embong (pnyt). Negara pasaran &
pemodenan Malaysia. Hlm.291-304 Bangi : penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2)

http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf

3)

http://www.slideshare.net/ShamonaDaud/krt3013-tugasan-besei-d20102043877

4)

Rosnani Mahmud & Mohd Arif Ismail. 2008. Pengintegrasian teknologi maklumat

dan komunikasi (TMK) dalam pembestarian sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.


Posted by norafiszaa mohamed at 20:33
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About
sharing is caring..:)

November (4)

December (3)

About Me

norafiszaa mohamed
View my complete profile

Followers

Blog Archive

Subscribe
To
Posts
Comments

2012 (7)
o December (3)

VIDEO KUMPULAN.

ESEI KUMPULAN

BAHAN BANTUAN MENGAJAR BUKAN


ELEKTRONIK

o November (4)
Travel template. Template images by ULTRA_GENERIC. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai