Anda di halaman 1dari 2

DDC1123 Kolej Sains Teknologi UTM International Campus Tugasan Akhir Anda dikehendaki membina aturcara yang mengira

gaji dan bonus mingguan yang diterima oleh setiap pekerja di sebuah syarikat. Gaji dan bonus dikira berdasarkan status jawatannya dalam syarikat. Arahan perlaksanaan tugasan: 1. Bina carta berstruktur yang menekankan penyelesaian masalah dilaksanakan secara berstruktur dan pengaturcaraan modular. 2. Tuliskan aturcara dalam bahasa pengaturcaraan C++ yang lengkap dengan dokumentasi dalaman. Aturcara tersebut perlulah: a. Membina fungsi yang membenarkan pengguna system membuat pilihan penggunaan sistem: Pilih tugas: 1. Menambah maklumat pekerja dalam fail data 2. Mengira bonus setiap pekerja 3. Tamat aturcara Pilihan:_ b. Membina fungsi bagi pilihan (1) bahagian 2(a) yang menginput maklumat pekerja melalui papan kekunci dan menyimpannya ke dalam fail teks. Maklumat pekerja termasuk: Nama Pekerja Kadar gaji sejam Peratus bonus Jumlah jam bekerja seminggu c. Membina fungsi untuk menentukan kadar bonus yang diterima pekerja berdasarkan status jawatannya dan akan mengembalikan kadar gaji sejam dan peratus bonus kepada fungsi di soalan 2(b) untuk mendapatkan kadar gaji sejam dan Peratus bonus bagi pekerja tersebut. Contoh status jawatan, kadar gaji sejam dan peratus bonus adalah seperti berikut: Status Jawatan Gaji Sejam Peratus Bonus Pengarah/Ketua Bahagian RM25 sejam 0.05 Penolong Ketua Bahagian RM20 sejam 0.025 Kakitangan Biasa (Tetap) RM15 sejam 0.015 Kakitangan Biasa RM10 sejam 0.01 (Sambilan) d. Membina fungsi untuk memasukkan bilangan jam bekerja setiap hari serta mengira jumlah jam bekerja pada minggu tersebut, dan akan mengembalikan jumlah jam bekerja ini sebagai hasil fungsi kepada soalan 2(b) bagi Jumlah jam bekerja seminggu. e. Membina fungsi bagi pilihan (2) bahagian 2(a) yang mengira bonus setiap pekerja yang mengandungi beberapa fungsi lainnya.

f. Membaca fail data yang menyimpan maklumat pekerja. g. Mengira gaji yang diterima setiap pekerja pada minggu tersebut. Jumlah jam bekerja dalam seminggu x kadar gaji h. Mengira bonus yang diperolehi setiap pekerja pada minggu tersebut. gaji seminggu x peratus bonus i. Mengira total gaji yang perlu dibayar oleh majikan kepada semua pekerjanya. j. Mengira total bonus yang perlu di bayar oleh majikan kepada semua pekerjanya. k. Memaparkan output ke skrin monitor dan juga ke dalam fail teks untuk cetakan. Anda boleh menambah fungsi-fungsi lain untuk memperkemaskan pengaturcaraan. l. Contoh output (Anda boleh ubahsuai output ini mengikut kreativiti anda):
Nama Pekerja Fatimah Muda RM****9.45 Abdul Aziz Salleh RM****30.45 Johari Selamat RM****17.45 Kamariah Ahmad RM*****2.90 Jam Bekerja 42 jam 24 jam 34 jam 29 jam Gaji Bonus RM**630.00 RM**600.00 RM**680.00 RM**290.00

3. Tarikh akhir menghantar tugasan kepada pensyarah: a. 19 Oktober 2009 (ISNIN) sebelum jam 12:00malam ke rozana@ic.utm.my 4. Hantarkan program kamu berbentuk fail .cpp dan fail .txt. 5. Pastikan anda meletakkan maklumat diri anda pada setiap fail yang dihantar.

Anda mungkin juga menyukai