Anda di halaman 1dari 1

Kami berhimpun pada petang ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepadaMu

sesuai dengan firman Mu yang mulia : . Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk Mu ya Allah. Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar Sejahterakanlah penglihatan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah tubuh badan kami , agar kami dapat menjalankan aktiviti pada hari ini dengan lancar dan sempurna serta terpelihara daripada sebarang kecederaan dan bahaya. Ya Allah Ya Hayyun Ya Qayyum Jadikanlah para peserta temasya pada hari ini bersungguh-sungguh dalam perlumbaan, berlumba-lumba mencari kemenangan, bekerjasama secara erat dalam pasukan, dengan semangat kental kesukanan, bagi meraih reda Tuhan, kerana umat Islam yg gagah lebih disayangi dari umat Islam yang lemah, supaya ibadat dapat disempurnakan, semangat jihad dapat ditegakkan agar syariat Ilahi dapat dipertahankan. Ya Allah Ya Farijal Hammi wa Ya Kasyifal Ghammi Sekiranya kami telah menyebabkan kemurkaan Mu sepanjang program ini, kami mohon ampun kepada Mu Ya Allah kerana hanya Engkaulah sahaja yang layak mengampunkan dosa hamba Mu. Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) akan lahir pelajarpelajar yang berjaya dalam aspek akademik mahupun kokurikulum di dunia dan juga di akhirat .

Anda mungkin juga menyukai