Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pendahuluan Di sekolah sains telah dijadikan sebagai mata pelajaran yang utama dalam bidang pendidikan negara hari ini. Sains merupakan suatu bidang yang amat luas merangkumi cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semulajadi (Kamus Oxford, 1983). Salah satu cabaran dalam Wawasan 2020 ialah membentuk sebuah masyarakat saintifik yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Oleh itu perkembangan dalam bidang ekologi amat penting untuk memastikan generasi akan datang dapat bersama meneruskan pemeliharaan alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar di sekolah menekankan pemberian input pengetahuan

mengenai konsep-konsep asas alam sekitar sebagai asas perubahan sikap terhadap alam sekitar. The World Conservation Strategy menyatakan Pendidikan Alam Sekitar mempunyai pengukur untuk transformasi sikap dan tingkah laku masyarakat sehingga dapat membentuk etika terhadap alam sekitar (Palmer, 1998). Di Malaysia, kajian mengenai pengetahuan dan sikap terhadap alam sekitar telah banyak dijalankan pada tahun 1980-an. Jayatilaka (1982) mengkaji kerelevanan mengajar Ekologi untuk membentuk kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah dan Ponniah (1981) membuat kajian

Pengetahuan dan sikap terhadap isu alam sekitar di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Terdapat ramai individu yang mempunyai pengetahuan dan

kesedaran terhadap alam sekitar namun, ramai yang gagal menterjemahkan kesedaran ke dalam bentuk komitmen (Starke, 1990).

Kurikulum sains adalah melibatkan konsep dan penyiasatan serta penyelesaian masalah sains secara induktif kaedah ini akan lebih berkesan jika memberi penekanan

kepada konsep dan masalah yang penting serta menarik. Oleh itu bagi membolehkan pelajar menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan mereka perlu memahami konsep dan prosedur yang terlibat.Dengan demikian, ekologi merupakan topik yang ideal untuk dikaji dan digunakan dalam kajian untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam mengaitkan konsep-konsep sains. Ini disebabkan topik ekologi merangkumi aspek-aspek yang saling berkait iaitu interaksi biologi, kelancaran ekosistem , biosfera, ancaman dan pemuliharaan. Topik ini adalah merupakan topik yang rencam dan kompleks menyebabkan guru

meletakkan ia sebagai topik yang amat penting, mencabar dan agak sukar difahami oleh pelajar.

Sampel Kajian Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar Tingkatan 4 dari aliran sains dan aliran bukan sains di sekolah menengah dari negeri Perak dan Kedah. Oleh kerana populasi yang besar, maka pengumpulan data adalah melalui kaedah sampel rawak mudah. Persampelan rawak mudah ini memberi peluang kepada setiap orang untuk dipilih menjawab soalselidik. Menurut pendapat Mohd Najib Abdul Ghafar (2003: 38), setidak-tidak 30 %daripada populasi itu sudah dianggap mencukupi bagi saiz sampel. Maka, seramai 520 pelajar Tingkatan 4 menjadi sampel kajian yang digunakan oleh penyelidik.

Rujukan

Jayatilaka, B. C. (1982). Relevance of the Teaching of Ecology to Environmental Awareness:

a case study of Malaysian Secondary School. Kuala Lumpur: Unpublished Thesis Master of Education, University Malaya.

Tahap Dialog Peradaban: Kajian Di Kalangan Pelajar Tahun 3 Universiti Teknologi Malaysiaazmi Shah Bin Suratman, Mohd Nasir Bin Ripin, Ramli Bin Awang Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad, Zulkifli Bin Haron , 2007 , Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Palmer, J. A. (1998). Environmental Education in The 21 st Century: Theory,Practice, Progress and Promise. London and New York: Routledge. Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Starke, L. (1990). Signs of Hope: Working Towards Our Common Future. New York: Oxford University Press

Anda mungkin juga menyukai