Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

1.1 Perkahwinan Dalam Masyarakt Melayu Perkahwinan dalm masyarakat Melayu adalah satu peristiwa yang mesti dilakukan menurut adat atau susunan yang telah dilazimkan oelh sesuatu masyarakat. Hari perkahwinan adalah dianggap paling penting dalam masyarakat orang Melayu. Secara umumnya adapt perkahwinan orang Melayu dapat dikelaskan kepada 3 peringkat besar:1.1.1 merisik ,menilik dan meminang Istiadat bermula dengan menghantar seorang wakil atau utusan ke rumah gadis yang hendak dipinang. Menghantar wakil ini perlu dilakukan sebagai pintu untuk membuka kira-bicara. Beberapa aspek dan criteria yang selalu menjadi perhatian dalam pemilihan ialah paras rupa, sopan-santun, tingkah-laku, adab-sopan, pelajaran dan kerajinan mengurus rumah tangga. Selesai sahaja risik-merisik dan setelah dapat dusahkan bahawa pinangan akan diterima, pihak lelaki akan menyediakan keperluan mengikut kemampuannya. Sebentuk cincin pertunangan dan benda-benda lain seperti sirih junjung, bunga rampai, duit belanja perkahwinan, selengkap pakaian, buah-buahan dan juadah yang digubah indah. Apabila tiba saat yang ditentukan , utusan yang mewakili ibu bapa pihak lelaki akan pergi ke ruamh gadis yang dipinang. Biasanya diwakili oleh ibu saudara dan ibu serta bapa tidak pergi bersama. Di rumah gadis yang hendak dipinang ibu atau bapa tidak menjadi diwakili oleh bapa atau bapa saudara. Dikatakan tidak manis jika ibu gadis menonjolnonjolkan diri dan menyambut wakil pihak lelaki. Mereka disambut dengan salam dan

tegur sapa yang manis. Barang-barang hantaran diatur memanjang dan bunga sirih diletakkan di tengah sebagai bunga majlis. Setelah keluarga pihak perempuan yang dijemput memenuhi tempat itu, seorang keluarga dari pihak lelaki dan pihak perempuan yang dianggap ketua dan agak dohormati tampil membuka bingkisan-bingkisan hantaran dan bersimpuh menghadap ke sirih pinangan dan menjemput wakil dari pihak lelaki bagi menjawab pertanyaan. Kata-kata kiasan yang dapat dengan kehal;usan budi digunakan. Selakunya pantun pinangan dimulakan sebagai berikut:Bunga melur bunga berseri, Bila dipetik hati nyaman, Kami mengadap puak bestari, Untuk memetik kuntum di taman. Pantun dibalas pula oleh wakil perempuan: Ikan gelama ikan berduri, Batang permai sarang tebuan, Kami menerima kami memberi, Kuntum kami ham tuan. Bila selesai balas-membalas pantun ini barulah pinangan ditertima. Barang hantarannya dibawa ke bilik gadis untuk tatapannya. Pihak perempuan akan mrembalas hantaran ini. Biasanya sebentuk cincin untuk teruna yang meminang itu dikembalikan bersama bekas berisi sirih. Seandainya ibu gadis tidak menyediakan barang balasan, akan mendatangkan keaiban baginya. Selesai sahaja barang-barang disediakan untuk balasan, gadis yang dipinang dibawa bersalam dengan wakil lelaki. Istiadat diakhiri dengan jamuan kenduri. 1.1.2 Hantar Belanja Dan Akad Nikah

Mengikut lazimnya, untuk istiadat ini diadakan kenduri atau jamuan mengikut kemampuan keluarga.Teruna yang hendak berkahwin itu diwajibkan hadir dan perlafazan khutbah nikah dijalankan mengikut Rukun Islam. Selepas itu pengantin lelaki dibawa masuk ke bilik gadis untuk membatalkan air sembahyang iaitu dengan menyarungkan cincin ke jari manis bakal isterinya. 1.1.3 Berandam, berasah gigi dan berinai Biasanya istiadat ini dilakukan tiga hari sebelum hari langsung. Mak andam akan membela tubuh pengantin dengan maksud membuang sial, geruh atau malang. Perbuatan ini adalah untuk menambah seri air muka pengantin di hari persandingan itu nanti kerana segala kekotoran dan perkara yang membawa sial telah dibuang. Dalam istiadat berinai keci, pada malamnya pengantin lelaki datang sebentar sahaja selepas waktu maghrib ke rumah pengantin perempuan. Selepas pawang membacakan doa dan jampi mentera, barulah pengantin pulang. Pengantin perempuan pula , selepas berinai akan didudukan di atas pelamain. Istiadat berinai besar pula, dilakukan pada keesokan harinya. Di sini kedua-dua pengantin mengambil bahagian, dimulai dengan menepung tawar. Selepas itu kedua pengantin mengangkat tangan dan menyembah sebagai tanda hormat dan berterima kasih. Tujuan istiadat ini adalah untuk mengukur kebersihan dan kesucian kedua pengantin, kerana inai ini dianggap mengandungi berkat atau sebagai satu cara penyucian dan perlindungan. Ini adalah kerana pada lazimnya kedua bakal pengantin dianggap sebagai 'wangi' dan darah mereka sebagai 'manis'. 1.1.4 Bersanding mandi berlimau

Bersanding merupakan puncak istiadat perkahwinan di mana keuda-dua pengantin didudukan di atas pelamin. Keduanya dipakaikan dengan lebih indah dan dari situlah timbulnya konsep 'raja sehari'. Pengantin lelaki akan dijemput dengan 'sirih lat-lat' dan setibanya di rumah pengantin perempuan ia akan disambut dengan taburan beras kunyit dan renjisan air-mawar. Kemudian barulah dipersilakan naik dan masuk ke dalam. Waktu dahulu adat 'cukai pintu dan 'cukai pelamin dikenakan sebelum bersanding. Semasa bersanding pengantin lelaki duduk di sebelah pengantin perempuan. Sambil bersanding diadakan majlis 'makan semangat' sambil berkelakar. Pada malamnya diadakan makan berdamai sambil pengantin perempuan melayan suaminya. Usik megusik dan gelak ketawa akan meriangkan lagi suasana ketika itu. Dalam upacara mandi berlimau, pengantin dimandikan secara langsung. Dilakukan sehari selepas hari langsung dan sebagai upacara penamat. Selepas itu air lebihan mandi pengantin akan disiramkan kepad orang ramai yang menyaksikan bagi tujuan mendapat berkat. Biasanya mereka dimandikan di atas balai yang dibuat khas ,di depan tangga atau di tempat lapang. Bacaan doa akan mengakhiri upacara ini.

2.0 Perkahwinan Dalam Masyarakat India Perkahwinan dalam masyarakat India adalah berbeza dengan masyarakat Melayu. Bai orang India yang bergama Hindu mereka menganggap perkahwinan adalah sebagai satu kewajipan agama. Sebagai satu kewajipan agama. Ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan juga dipandang sebagai satu perjanjian yang suci. Bagi kaum lelaki pula, perkahwinan adalah merupakan suatu perkara yang mesti diutamakan. Ini disebabkan ank-anak hasil sebuah perkahwinan dapat menjaga si bapa dalam usia tuanya. Dalam

waktu yang sama, melalui perkahwinan juga dapat melahirkan generasi baru bagi sesebuah keluarga. Bagi golongan wanita, perkahwinan adalah menjadi kewajipan bagi keluarga dan ibu bapa si gadis. Ibu bapa mereka hendaklah berusaha supaya di anak dikahwinkan dengan segera. Kegagalan mereka untuk mendapatkan jodoh si anak akan memalukan keluarga ( Siti Razmah Hj. Idrid & Fatimah Azzahra, 1996) 2.1 Perkahwinan dalam masyarakat India juga melalui beberapa peringkat tetapi dari segi ritual berlainan cara dan tujuan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, jesteru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. 2.1.1 Merisik Bederapa aspek dalam merisik perlu diberi perhatian seperti etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu faktor-faktor ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupas paras dan latar belakang keluarga turut diambil kira. Makulumat boleh diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan tidak langsung dari saudara mara. 2.1.2 Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Selepas merisik bakal pengantin lelaki akan ke rumah calon isteri untuk melihat sendiri rupa paras dan perawakan. Adat ini dipanggil sebagai pen paarttal. Wakil pengantin lelaki perlu datang dalam jumlah yang ganjil sambil membawa buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang,cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengiratkan lagi kekeluargaan. Pihak perempuan akan mengambil barang tersebut jika bersetuju. Jika tidak hanya dilayan sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidangkan air minuman dan memberi layanan yang baik. Pada masa itulah pengantin lelaki akan berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan tetapi bakal pengantin perempuan tidak turut serta. Adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. 2.1.3 Kaji Kecocokan Pengantin

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep penceraian. Terdapat 21 aspek untuk menentukan kesesuaian bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Di antara yang masih diamalkanoleh masyarakat Hindu iaitu Tina Poruttam / natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. 2.1.4 Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barang seperti kelapa, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kukum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Apabila sampai ke rumah pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai nperkahwinan tersebut. Jika kedua belah pihak bersetuju janji akan diikat. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkab janji bagi menyatakan persetujuan mengahwini bakal pengantin perempuan dan seterusnya akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang diinamakan taambuulan marrutal, seterusnya membincangkan hari perkahwinan dan belanja pengantin perempuan. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

2.1.5

Beri Hadiah Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadian sebelum hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah padi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang Bibliografi Haji Mohtar bin H. Md Dom. (2001). Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu. Petaling Jaya. Federal Publications Sdn. Bhd. Siti Razmah Hj. Idris & Fatimah Azzahra (1996). Orang India. Petaling Jaya. Penerbit Penang.

Anda mungkin juga menyukai